1K 137 0
                                    

Present Day

" Terima kasih. Sila datang lagi!"

Pen dan buku aku letakkan di atas meja. Apron ditanggal lalu dilipat kemas. Aku mengeluh penat lalu duduk di sebuah kerusi.

" Eomma!"

Aku mengangkat kepala , memandang seorang budak lelaki yang sedang tersenyum manis memandang aku. Tidak semena-mena aku juga menguntumkan senyuman.

" Jungwoo-ah. "

Jungwoo berlari terkedek-kedek ke arah aku dan memeluk kaki aku.

" Eomma, noona tak bagi Jungwoo makan aiskrim!"

Jungwoo kemudian memuncungkan mulutnya comel. Aku mengangkatnya dan letakkan atas paha aku.

" Tak eloklah makan aiskrim selalu..tak baik untuk kesihatan. Lagipun ni baru pukul 11 pagi."

Entah dari mana Chung Ha unnie datang sambil berpeluk tubuh memandang kami berdua.

" Tapi Jungwoo nak aiskrim! Bolehlah eomma.. kalini je."

" Jungwoo lupa ke.. Semalam Jungwoo sendiri cakap last,last..tapi masih makan aiskrim."

Jungwoo memandang aku dengan matanya yang berair. Aww aku tak bolehlah kata tak.

" Arraseo arraseo. Kalini je ok? "

Aku mencuit hidungnya lalu aku berdiri sambil mendukungnya.

Ok cup!

Sejak tiga tahun yang lepas,Chung Ha unnie dah banyak tolong aku. Dia dah sewakan rumah untuk aku, tawarkan kerja dekat cafe-nya sendiri.. aku terhutang budi sangat dekat dia.

Kalaulah Chung Ha unnie tak jumpa aku malam tu, mungkin aku dah jadi gelandangan dekat bawah jambatan. Dan ini anak aku,Jeon Jungwoo. Kenapa Jeon? Sebab aku rasa ini memang anak ... you know siapa. Aku tak pernah buat benda tu dengan sesiapa kecuali dia. So yeah..

Ok done!

" Seoyeon terlalu manjakan dialah.. nanti tak pasal-pasal kesihatan dia terjejas. "

" Gwenchana.. lagipun Seoyeon tak boleh kata tak dengan Jungwoo."

Pipi Jungwoo aku cium berkali-kali. Dia je keluarga yang aku ada.. aku tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti aku kehilangan dia.

" Kajja Jungwoo. Unnie, Seoyeon pergi kejap je. Nanti Seoyeon sambung kerja."

" Anniy, gwenchana. Ambillah masa Seoyeon dengan Jungwoo. Biar unnie uruskan cafe."

" Nae! Kamsahamnida unnie! "

Aku berlari keluar dari cafe dan menurunkan Jungwoo. Aku duduk menyemai ketinggian Jungwoo.

" Kita nak pergi beli aiskrim dekat mana? "

" Taman!! "

Jerit Jungwoo gembira. Aku usap kepalanya dan memimpin tangannya ke taman. Mikrokosmos Park tak jauh dari cafe Chung Ha unnie.



Mikrokosmos Park




" Eomma, aiskrim!"

Jungwoo melepaskan pegangan tangan aku dan berlari ke arah trak aiskrim yang berada tak jauh dari kami.

" Jungwoo! Jangan lari nanti jatuh! Jung—"

Buk!

" Jungwoo! "

Membulat mata aku apabila melihat Jungwoo terjatuh ke belakang akibat terlanggar seseorang. Tanpa berlengah aku berlari anak ke arahnya.

" Gwenchana? "

Aku tunduk menyemai ketinggiannya dan mengangkat Jungwoo agar berdiri lalu menepuk-nepuk bajunya yang terkena debu.

" Haish kan eomma kata jangan lari. Minta maaf cepat."

Kata aku agak tegas. Selalu taknak dengar.. haih.

" Mianhae samcheon."

Jungwoo bow sambil tangan diletakkan di perut. Salah satu manners yang aku ajar.

Aku berdiri dan memandang orang tersebut. Membulat mata aku apabila memandang gerangan tersebut.

" Jeon Jungkook.." getus hati aku.

" Eo? Muka samcheon macam Jungwoo! "

Jerit Jungwoo teruja. Waktu ni jugalah kau nak spoile wahai Jungwoo ku sayang~

" Jungwoo kajja kita beli aiskrim."

Aku memegang tangan Jungwoo dan baru mahu pergi dari situ tetapi..

" Tunggu. "

Serta-merta aku memberhentikan langkahku apabila mendengar suara dinginnya.Perlahan-lahan pandangan aku beralih ke arahnya.

"Aku kenal kau ke? Kita... pernah jumpa? "

" T-tak.."

" Kau pasti?"

Aku mengangguk sambil memandang kasut ku. Tak berani aku nak tengok mata dia. Yang bagusnya dia tak ingat aku. Fuhh nasib baik~



Skip



" Eomma nak sikit? "

Jungwoo memegang aiskrim vanilla yang sedang dimakannya di hadapan muka aku.

" Gwenchana.. jungwoo makanlah."

Kata aku perlahan. Fikiran aku melayang tentang tadi.. betul ke dia tak ingat aku? Tapi baguslah.. aku tak payah nak tengok muka dia dah.

" Aku ingat aku takkan jumpa kau lagi setelah 3 tahun berlalu. Kenapalah dunia ni kecil sangat..." bisik aku perlahan.

" Eomma, Jungwoo nak pergi buang sampah kejap dalam tong sampah sana."

Aku mengangguk dan mengusap kepalanya.

" Hati-hati."

Aku menghantar Jungwoo dengan pandangan mata. Tong sampah tu agak jauh dari bangku yang kami duduk sekarang.

Walaupun Jungwoo baru 3 tahun, tapi dia dah belajar berdikari. Sungguh aku bangga dengan dia. Selalu dia akan tanya,mana appa? Tapi aku tak boleh jawab soalan tu.

Aku bersandar pada bangku dan menutup mata. Hmm penat.

+END SEOYEON POV

Jungwoo berjalan ke arah tong sampah dan membuang plastik aiskrim yang berada di dalam genggamannya.

Baru saja dia pusing ke belakang...

" Eo? Samcheon tadi?"

The Cold Love will be continue...

The Cold Love |  jjkWhere stories live. Discover now