삼십일

702 71 10
                                    

Seoyeon's House



" Kajja Jungwoo."

Tangan Jungwoo aku genggam dan turun dari kereta Jungkook. Baru aku mahu masuk ke dalam, Jungkook menahan aku.

" Jangan jumpa dia lagi."

" Kenapa awak— kejap, jangan kata awak.... cemburu? "

Aku mengangkat sebelah kening ke atas, menyoalnya dengan penuh tanda tanya. Kebiasaannya dia tak macam ni.

" Aku tak cemburu! "

" Alolo cakap ajelah yang awak memang CEMBURU."

" Erghh!! "

Aku ketawa kecil apabila Jungkook menggulingkan matanya dan memandu pergi.

Aku buka kunci pintu dan masuk ke dalam diikuti Jungwoo. Beg tangan aku letakkan atas meja. Jam pula menunjukkan pukul 6 petang.

" Eomma, Jungwoo laparlah.."

" Jungwoo pergi duduk dulu. Eomma masakkan."

Jungwoo berlari ke sofa dan membuka saluran kegemarannya. Terlompat-lompat dia, nasib tak terkoyak kulit sofa.

Sedang aku memasak, tiba-tiba perut aku rasa sakit. Eh korang jangan ingat aku nak membuang pulak. Sebab kalini lain daripada yang sakit perut biasa.

Rasa sakit di perut aku tahan. Aku selesai memasak dan hidangkan atas pinggan lalu Jungwoo dipanggil.

" Jungwoo, Makanan dah siap."

" Yeay! Gomawo eomma! "

Jungwoo panjat kerusi dan duduk. Tangannya ligat menyuapkan makanan ke dalam mulut. Perut aku tekan kuat, bagi mengurangkan sakit.

" Ah! "

" Eomma, gwenchana? "

Terus tergendala Jungwoo dari makan. Aku mengangguk, walaupun hakikatnya perut aku memang sakit sangat.

Aku tinggalkan Jungwoo di dapur dan berjalan ke bilik tidur. Dinding aku pegang bagi membantu aku untuk berjalan dengan mudah.

Pintu bilik dibuka dan aku segera jatuh ke katil. Oh shoot! Dahi aku dah berpeluh banyak.

Aku terdengar pintu dibuka perlahan dan Jungwoo berlari masuk dengan wajah risaunya.

" Eomma! "

+END SEOYEON POV

" Eomma sakit ke? "

Jungwoo memegang tangan Seoyeon erat. Bibirnya mencium kepala Seoyeon.

" Eomma ok.."

Tangan gadis itu naik mengusap kepala anaknya. Terus mendapat idea anak lelakinya itu. Laju dia berlari keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Telefon diambil dari beg tangan milik Seoyeon. Tangannya ligat mencari contact seseorang.

Trut trut!

" Appa! Eomma dah nak mati!! "

" NAE!? Kenapa dengan eomma?"

" Jungwoo tak tahu.. tadi e-eomma.. terus eomma—appa datang tau! "

End call


Skip



Jungwoo menarik selimut menutupi badan Seoyeon lalu pinggang rampingnya dipeluk anak kecil itu.

" Sakit lagi ke eomma? "

Seoyeon menggeleng, mahu menenangkan anaknya yang terlalu khawatir  itu. Perut di bahagian bawahnya masih sakit tapi dia taknak Jungwoo risau.

Bum!

" Seoeyon! "

Serentak mereka berdua memandan Jungkook yang sudah gelabah.

" J-jungkook?"

" Appa! "

Jungwoo mengesot turun dari katil dan menarik tangan Jungkook mendekati Seoyeon.

" Kau kenapa? Jungwoo call aku kata kau dah nak mati—"

" Appa jangan tanya banyak soalan . Eomma tengah sakit. "

Tangan kecilnya menekup mulut Jungkook, menghalangnya dari bercakap lagi.

Fuhh bau telor!

" Saya—AH!!"

Semakin bertambah sakit perutnya sekarang berbanding tadi. Rasa macam ada penukul yang tengah ketuk perut dia. Lantas Jungkook duduk di sebelah Seoyeon.

" Kau okey ke tak!? "

" S-saya okey... cramp je ni."

Matanya bergenang dengan air mata menahan sakit. Sakit mcam ni hanya perempuan yang faham. Hmm

" Eomma..."

" Kau perlukan apa-apa ke? "

Nada suara Jungkook berubah menjadi lebih tenang. Tangan besarnya meraih tangan mulus gadis yang sedang kesakitan itu.

" Eung! Appa kena beli coklat untuk eomma. Jungwoo selalu nampak eomma makan waktu sakit macam ni."

Ujar Jungwoo bersungguh-sungguh. Jungkook mengangguk lalu berdiri. Matanya melirik gadis itu seketika sebelum menapak keluar dari bilik.

" Jagakan eomma kejap, little bunny. Nanti appa datang balik."






Mall







+JUNGKOOK POV

" Cadbury.. mana pula letak natang ni.."

Mata aku melilau kiri , kanan, atas, bawah, depan dan belakang. Sehinggalah satu peket berwarna ungu menarik perhatian aku.

" Kenapa bodo eh? Depan aku je.."

Aku capai 2 bar besar dan bawa ke kaunter. Dari pantulan lantai yang bersih berkilat ni, dapat aku lihat seorang perempuan tak jauh dari aku.

Shit

Derapan kaki aku percepatkan. Selesai membayar , aku segera berjalan laju ke tempat parkir kereta. Pintu kereta dibuka tetapi tangan seseorang menghalang aku dari masuk.

" Baby! "

" Kau nak apa, Eunha? "

" I nak you lah~"

Katanya dengan suara yang sengaja dileret seperti kambing yang mahu melahirkan.

" Eunha, kau ingat aku tak tahu? Yang kau saja suruh orang kau stalk aku kan? "

" M-mana ada! "

" Dahlah Eunha. Aku kena pergi."

" You nak pergi ke perempuan tu? Hmm? Jungkook, I takkan pernah bagi you hidup bahagia dengan dia. Take note! "

Tch. Aku lihat dia pergi membawa hati busuknya. Malas mahu fikir, segera aku masuk ke dalam kereta Lamborghini.

+END JUNGKOOK POV

The Cold Love will be continue...

The Cold Love |  jjkWhere stories live. Discover now