Aku memandangnya tidak percaya.. Dia ingat aku ni perempuan yang macam mana? Perempuan yang selalu layan lelaki dekat kelab malam? Apakah..
" Eunha stop it! "
Jungkook datang ke arah aku dan berdiri di sebelah aku. Aku melihat Jungwoo yang sudah menangis mendengar tengkingan Jungkook. Segera aku memeluknya bagi mengurangkan tangisan.
" Kenapa? Betul kan? Dia dah sihir you ke sampai jadi macam ni? Hm Jungkook? "
Aku memandang perempuan yang bernama Eunha ni . Mata aku dah berair. Eunha melihat Jungkook kemudian aku, sambil keningnya diangkat.
" Eunha lebih baik kau keluar sebelum aku naik angin."
Kata Jungkook tegas. Pelukan Jungwoo aku eratkan namun dia masih menangis.
" Kalau I taknak? You nak buat apa? Panggil security guard? Tolak I keluar? Ingat ye Jungkook, appa you dah amanahkan kita untuk kahwin. Bukan kutip PEREMPUAN MURAHAN dekat tepi jalan! "
" YAH JUNG EUN-BI!! "
Semakin kuat tangisan Jungwoo kedengaran. Jungkook pula sudah menarik kasar Eunha keluar dari pejabat.
" Uljima Jungwoo-ah.. "
Ibu jari aku dijadikan tisu untuk mengelap air mata Jungwoo yang laju mengalir. Belakangnya pula aku usap lembut.
Beberapa minit kemudian Jungkook masuk ke dalam pejabat semula. Aku boleh nampak mukanya yang merah dan urat-urat mula timbul di leher dan tangannya.
" Jungkook.. awak okey ?"
Walaupun aku agak takut nak tanya sebab muka ketat dia,tapi aku gagahkan juga lepas tengok muka berkerut dia.
Perlahan-lahan dia memandang aku dan mengorak langkah mendekati aku dan Jungwoo.
" Kau rehatlah , aku tahu kau tak sihat lagi. Bagi aku Jungwoo. "
Baru saja aku nak jawab, Jungkook terlebih dahulu mengambil Jungwoo dari pegangan aku.
" Kau abaikan mulut celupar dia. "
Katanya dingin dan berlalu pergi ke meja kerja bersama Jungwoo. Aku hanya melihat Jungkook cuba menenangkan Jungwoo yang masih menangis.
+END SEOYEON POV
" Little bunny, nak coklat? "
Jungkook mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan menyua ke arah Jungwoo. Serta-merta Jungwoo berhenti menangis dan mengambil coklat yang diberikan Jungkook.
Tangan kecilnya mengelap air mata yang tersisa sebelum membuka bungkusan coklat tersebut berhati-hati. Jungkook tersenyum melihat Jungwoo memuncungkan mulut apabila bergelut untuk membuka plastik.
" Appa buka,appa buka.."
Jungkook mengambil coklat yang dipegang Jungwoo dan membukanya. Lalu diberi semula kepada Jungwoo yang sudah tersenyum menampakkan senyuman arnabnya.
YOU ARE READING
The Cold Love | jjk
Fanfiction🔖 Kang Seo Yeon,seorang gadis polos yang bertemu dengan seorang lelaki dingin,Jeon Jungkook iaitu CEO Jeon's Holding. Perjumpaan yang telah ditetapkan sebagai permulaan hidup masing-masing. Kelab malam, tempat pertama kali gadis kecil itu menjejakk...