Tik tok , tik tok
Jarum pendek jam menunjukkan sudah pukul 12 tengah hari, lunch time!
Dengkuran halus dari Jungkook menyebabkan Jungwoo merengek perlahan. Lantas Jungkook terjaga dan menepuk lembut belakang anaknya.
Kepala disandarkan balik pada kerusi kerja apabila Jungwoo sudah berhenti merengek. Badannya sedikit sebanyak bergerak, mencari kedudukan yang selesa untuk bersandar.
(Jungkook sedang tidur di kerusi kerjanya sambil memegang Jungwoo erat.)
Beep!
" Bos, ada seorang yeoja yang nak jumpa bos. Nama dia Kang Seoyeon. Bos? "
Panggilan melalui intercom diabaikan Jungkook. Selalunya dia akan terus jawab,tetapi tak pulak kalini. Tumpuannya hanya pada tidur yang lena. Tidak tercuit langsung dengan panggilan itu.
Tok tok!
" Jungkook? "
Seoyeon mengintai di celah pintu yang dibukanya. Oh dia tertidur. Entah kenapa Seoyeon tersenyum dan berjalan ke arah anak-beranak itu.
" Mesti tak selesa kan.."
Jungwoo diambil dari pegangan Jungkook tetapi lelaki itu masih tidak terjaga. Wajah kecil anaknya diamati, kenapa rasa macam ada yang tak kena?
Mata Seoyeon membuntang melihat plaster yang terletak elok pada dahinya. Apa yang dah jadi sepanjang dia takde? Dia taknak kejut Jungkook semata-mata nak tanya benda tu jadi dia abaikan sebentar.
Dia mendukung Jungwoo sambil menepuk punggungnya , taknak kejutkan dari tidurnya yang lena. Bila difikirkan balik, dua-dua memang susah nak bangun tidur. Hmm
Phone diambil dari beg tangan dan nombor seseorang di dail.
" Unnie! "
Skip
+SEOYEON POV
Take my hands now~
You are the cause of my eupho—" Yah cepatlah datang! Unnie dah sampai. "
" Ok ok."
End call
Aku melihat sekeliling pejabat sebelum turun ke tingkat bawah,di mana Chung Ha unnie sedang menunggu aku.
" Unnie! "
Aku berlari ke kereta yang cukup aku kenal. Chung Ha unnie sedang bersandar pada keretanya. Mata aku terus tertancap pada 2 plastik yang dipegangnya.
" Nah! Ramai pelanggan tau dekat cafe tapi aku datang jugak untuk kau. Nasib aku sayang kau tau!"
Aku tersengih, bertuah ada unnie yang memang care tentang aku walau sesibuk mana pun dia.
" Banyak kau suruh beli.."
" Untuk diorang juga. Unnie pun tahu kan yang Jungwoo tu makan banyak. Tapi Jungkook , Seoyeon tak tahu pula.. so beli jelah banyak sikit."
" Tapi yang beli ni pakai duit aku."
Chung Ha unnie memuncungkan mulutnya. Ala macamlah aku tak pernah bayar balik untuk benda yang dia dah beli untuk aku.
Skip
Pintu pejabat aku buka maka terpacullah wajah Jungkook yang mengantuk sedang mendukung Jungwoo yang menangis.
Segera aku ambil Jungwoo dan menarik tangan Jungkook untuk duduk di sofa.
Aku keluarkan bekas makanan dari dalam plastik dan membuka penutupnya.
" Uljima Jungwoo-ah. Eomma ada beli chicken. Kalau nak, jangan menangis."
Jungwoo mengelap air matanya dan berhenti menangis. Kau umpan je dia dengan makanan, konferm dia berhenti nangis.
" Good boy.. nah. Jangan makan comot-comot."
Aku berikannya seketul ayam dan dia mula mengopek sedikit demi sedikit ayam itu lalu disumbat ke dalam mulut.
" Jung—yah jeon Jungkook. Awak taknak makan ke? "
Tawa aku cuba tahan sebelum meletus.Apalah yang kau buat sampai penat sangat macam ni?
Perlahan-lahan dia mengangguk sebelum mengambil ayam dan letakkan dalam mulut, masih separuh tidur.
" Yah bangun.. makan elok-elok."
Mata Jungkook dibuka dan mata hazelnya memandang mata aku. Lalu dia tersengih kecil.
" Kenapa?"
" Tak ada apa."
Matanya segar memandang ayam yang agak banyak di dalam bekas. Terus-menerus dia makan, begitu juga Jungwoo.
Aku hanya makan 2 ketul je.. selebihnya diorang yang tolong bersihkan.
Selesai sahaja makan, aku kemas meja supaya tak bersemut nanti. Kau ingat semut takde taste?
" Jungkook, macam mana dahi Jungwoo boleh luka? "
Jungkook yang sedang membuat kerjanya terhenti . Dia memandang aku lama lalu memandang Jungwoo yang sedang menari tarian Tomato.
" Salah aku. Sepatutnya aku tak tinggalkan dia dengan Eunha."
Aku diam. Aku tak boleh nak marah apa, benda dah lepas.
+END SEOYEON POV
The Cold Love will be continue...
YOU ARE READING
The Cold Love | jjk
Fanfiction🔖 Kang Seo Yeon,seorang gadis polos yang bertemu dengan seorang lelaki dingin,Jeon Jungkook iaitu CEO Jeon's Holding. Perjumpaan yang telah ditetapkan sebagai permulaan hidup masing-masing. Kelab malam, tempat pertama kali gadis kecil itu menjejakk...