Seoyeon's House
Jungwoo yang tertidur di paha aku, dikemaskan kedudukannya. Matanya masih sembab akibat menangis terlalu lama tadi.
Aku tak sangka yang Jungkook akan tolak Jungwoo jauh darinya. Dia tak pernah macam tu.. atau, Jungkook memang akan dump kami?
Mungkin dia hanya cuba dapatkan perhatian kami then tinggalkan macam tu je. Sape tahu? Lelaki...sentiasa menipu.
Aku mengeluh.. bayangan tentang Jungkook dan Eunha masih berada di ingatan. Tapi bukan, Jungkook tak sukakan Eunha ke? Oh betullah diorang akan kahwin nanti.
Eunha cantik ape.. tapi sayang hati tak cantik. Kalau tak mesti Jungkook dah suka. Aku harap Jungwoo tak akan menangis lagi sebab dia.
+END SEOYEON POV
Snapping Cafe
Ting!
Mendengar bunyi loceng pintu yang terbuka, lantas Seoyeon berdiri dan berjalan ke counter.
" Ye encik nak pesan apa? "
Seoyeon mengamati muka lelaki di hadapannya. Macam pernah dilihat tapi dekat mana eh? Dia tak ingat! Otak dh berkarat...
" Kau."
Membulat mata gadis itu. Dia tak silap dengar kan? Entah-entah nanti akan ada orang keluar dari pasu bunga jerit "IT'S A PRANK!!"
Soalan yang sama ditanya lagi. Tapi kalini lelaki tu betul-betul mengabaikan soalan tersebut.
" Aku Doyum. Sepupu lelaki Jungkook. Aku boleh jamin yang kau kenal dia kan?"
Perlahan-lahan Seoyeon mengangguk. Pandangan mata cuba dilarikan dari gadis itu. Rasa janggal sangat!
" Ada masa? "
" Ermm... maaf saya—"
" Kalini je."
Seoyeon diam seketika. Jam di tangan di lihat. Lalu dia mengangguk. Doyum sudah tersenyum gembira. Tapi sape tahu apa maksud di sebalik senyuman tu?
Skip
Mereka berdua duduk di meja yang agak terselindung di hujung sekali dalam Cafe kepunyaan Chung Ha. Tak keluar mana pun. Doyum ada ajak pergi tempat lain, tapi Seoyeon kata dia ada masa sekejap je.
" So, nama kau apa? "
" Erm Seoyeon."
" Ooh nice name. Sama macam tuan dia."
Ujar Doyum sambil tersenyum sinis. Seoyeon diam memandang tangannya.
" Kalau tak silap, kau ada anak lelaki kan? Mana dia?"
Seoyeon mengangkat wajah memandang lelaki di hadapannya. Macam mana dia—oh office..
" Dia ada dengan unnie saya."
Doyum hanya meng'oh'kan saja. Rambut diselak ke belakang, cuba menarik perhatian gadis polos itu.
Tetapi tiada sebarang reaksi darinya. Hanya wajah emotionless yang dipasang." Oklah aku kena pergi. Sebelum tu, kau habis kerja pukul berapa? "
" 6 petang. Kenapa? "
" Aku tunggu kau nanti. "
Belum sempat Seoyeon nak kata apa-apa, Doyum dah keluar dari cafe. Huff lelaki zaman sekarang ni boleh ke percaya?
1800pm
Pintu cafe dikunci lalu kuncinya disimpan di dalam beg tangan. Seoyeon berpaling ke belakang sambil Jungwoo berada di sebelahnya. Terjengket bahu gadis itu melihat suatu bayang.
" Doyum.. "
" Jom? "
Pada mulanya Seoyeon teragak-agak tetapi dah nak dekat malam. Lagipun kebanyakan teksi atau bas kurang .
Tangan Jungwoo dipegang erat lalu mereka berjalan ke kereta milik Doyum. Setelah diberi alamat, kereta Doyum meluncur laju ke jalan raya.
Ye dia tahu yang dia baru jumpa Doyum tapi disebabkan dia sepupu Jungkook, mungkin dia boleh dipercayai?
Seoyeon's House
" Terima kasih , Doyum. "
Senyuman diberi lalu dibalas. Doyum melambai lalu memandu pergi dari perkarangan rumah tersebut.
" Eomma, sape tadi tu? "
" Samcheon tadi sepupu appa. Dah kajja masuk. Langit dah nak gelap."
Jungwoo mengangguk dan berlari masuk dari celah pintu anjing sebelum sempat Seoyeon membuka pintu.
Tergelak kecil gadis itu melihat anaknya yang bersahaja masuk di pintu bawah. Nasib muat kalau tak dah lama kena panggil pihak bomba suruh keluarkan.
The Cold Love will be continue...
YOU ARE READING
The Cold Love | jjk
Fanfiction🔖 Kang Seo Yeon,seorang gadis polos yang bertemu dengan seorang lelaki dingin,Jeon Jungkook iaitu CEO Jeon's Holding. Perjumpaan yang telah ditetapkan sebagai permulaan hidup masing-masing. Kelab malam, tempat pertama kali gadis kecil itu menjejakk...