Nafas aku menjadi laju, cuba mencari udara. Aku terbatuk-batuk akibat tersedak air liur. Terkejut aku dengan situasi sekarang. Jungwoo juga begitu.
" Bodo! Kau! Siapa yang hantar kau ha!? "
Jungkook memukul dan menendang lelaki itu dengan kuat sehingga dia terbaring lemah di lantai.
" Kau... p-pun taukan.."
Beberapa minit kemudian bunyi siren polis kedengaran di luar rumah aku. Beberapa orang anggota polis menangkap lelaki itu dan membawanya pergi.
" J-Jungkook! Hiks! Awak pergi mana!? "
" Aku balik ambil baju. "
Kedua-dua pipi aku ditekup Jungkook dan diangkatnya. Mata aku yang berair memandang wajah kacaknya. Hik!
" Kau tinggal dengan aku."
" H-ha? "
" Demi keselamatan kau dan Jungwoo. Kalau ada apa-apa jadi macam mana? "
Tepat ke dalam matanya aku renung sebelum kepala aku diangguk setuju.
Skip
Sampai sahaja di rumah mewah Jungkook, masa dah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Jungwoo yang tertidur Jungkook dukung masuk ke bilik di sebelahnya.
Aku pula sudah masuk ke dalam bilik Jungkook. Beg-beg diletakkan di sebelah closet. Mungkin esok aku akan kemas pakaian aku dan Jungwoo.
Rumah yang aku duduk tu pun, Jungkook akan sewa balik. Aku mengeluh perlahan dan baring di atas katil. Mata dilelapkan.
Sebelum ni aku ada minta bilik lain, yelah takkan asyik nak tidur sebilik dengan Jungkook. Tapi dia just abaikan aku.. huff
Krek
Mata aku terbuka apabila pintu ditolak dari luar. Jungkook masuk dan mengambil tempat di sebelah aku.
" Aku ada kerja oversea esok. Lepas 2 minggu aku balik. "
" Oh..kalau macam tu, ok."
" Jangan terlalu rindukan aku."
Aku menggulingkan mata mendengar ayatnya. Gedik!
" Takdenya saya.. lagi-lagi dengan sikap perasan awak tu."
Jungkook berdecit lalu masuk ke dalam selimut. Aku berganjak jauh darinya. Sekali-sekala aku menendang kakinya menjauhi aku.
Next morning
Aku terbangun dari tidur. Mata dikelipkan beberapa kali, cuba membiasakan dengan cahaya yang memasuki dari celah langsir yang terbuka.
Pandangan kini beralih pada Jungkook yang sedang membutangkan baju kerjanya.
" Awak nak pergi dah ke? "
Jam di dinding aku lihat , 7:34 pagi. Masih awal.
" Pukul 8 aku kena pergi."
Selesai membutangkan baju, dia menghadap aku. Kakinya mula membuka langkah ke arah katil yang sedang aku duduki.
" Kalau something berlaku, call. Remember? "
" Tapi harini saya kena pergi cafe. Kesian Chung Ha unnie kena susah-payah uruskan kedai."
" Tak boleh ke kalau tak pergi? "
" Saya boleh jaga diri, Jungkook. Lagipun saya pergi sorang je. Bagilah Jungwoo tidur."
Jungkook mengeluh. Dilihatnya aku lama sebelum dia membuka mulut.
" Aku rasa tak sedap hati nak tinggalkan kau. Dahlah 2 minggu aku tak ada."
" Saya bukan budak kecillah! "
" Ok fine.. "
Jungkook berdiri dan berjalan ke pintu lalu kakinya menuruni anak tangga satu-persatu.
+END SEOYEON POV
Seoyeon menutup matanya, cuba untuk tidur semula. Tetapi matanya dah segar-bugar jadi dia bercadang untuk turun ke bawah.
Dilihatnya Jungkook sedang menikmati sarapan pagi di meja makan. Seoyeon berjalan ke kerusi di sebelah Jungkook dan melabuhkan punggungnya.
" Aku still rasa tak sedap hati."
Ujar Jungkook membuatkan Seoyeon menggulingkan matanya dan mencebik.
" Stop fikir benda negatif. Saya akan—"
" Aku call Vmin.. "
" Wait what? Kenapa? "
" Suruh tengok-tengokkan kau. Diorang akan jadi bodyguard kau selama aku tak ada."
" Jungkook.. awak tak rasa keterlaluan ke untuk suruh diorang jadi bodyguard saya? "
Jungkook mengabaikan Seoyeon dan mengeluarkan phone-nya dari poket seluar. Dibuka aplikasi Whatsapp dan menaip sesuatu.
" Setengah jam lagi diorang sampai."
" Jungkook—"
" Boleh tak kau jangan nak degil sangat!? "
" Kalau macam tu pergilah curi sangkar sekali! Bagi saya berkurung dalam tu! Awak sukalah kan! "
Seoyeon berdiri dan menghentak kakinya ke bilik semula.
" Sensitif semacam harini."
Jungkook menggelengkan kepalanya lalu pinggan ditolak ke depan. Kot dibetulkan dan dia berjalan ke pintu utama.
" Aku pergi dulu! "
Senyap.
Terasa mungkin gadis itu..
The Cold Love will be continue...
YOU ARE READING
The Cold Love | jjk
Fanfiction🔖 Kang Seo Yeon,seorang gadis polos yang bertemu dengan seorang lelaki dingin,Jeon Jungkook iaitu CEO Jeon's Holding. Perjumpaan yang telah ditetapkan sebagai permulaan hidup masing-masing. Kelab malam, tempat pertama kali gadis kecil itu menjejakk...