1023 am
Dingdong!
Jimin berlari ke pintu dan membukanya. Melihat saja gerangan tersebut, terus matanya digulingkan.
" Jimin-ssi! "
" Jungwoo-ah! Appa dah balik! "
Jerit Jimin dari depan muka pintu. Anak lelaki Jeon itu dengan perasaan yang teruja terus berlari ke dalam pelukan ayahnya.
" Little bunny! Eomma mana? "
" Dekat bilik."
" Aik? Tidur lagi? "
Jungwoo mengangkat bahunya.
" Appa tau tak, Jimin-ssi kalah banyak kali main overwatch dengan Jungwoo! "
Kata Jungwoo sambil terlompat-lompat.
" Eh aku yang bagi dia menang kskdjshebehhe"
Carut Jimin perlahan tanpa dua hamba Allah ni sedar.
" Tae hyung mana? "
Mata Jungkook melilau mencari kelibat lelaki alien dalam rumahnya. Diam semacam je rasa.
" Tengah tanya pakcek google cara nak kalahkan budak 3 tahun dalam overwatch."
Ujar Jimin sambil memandang Jungwoo. Sekali-sekala bibirnya mencebik geram.
" Oklah korang sambunglah main overwatch. Aku nak naik bilik. "
Jungkook naik ke bilik dan membuka pintu perlahan-lahan. Dilihatnya Seoyeon sedang baring di atas katil.
" Seoyeon-ah."
Senyap. Dipanggilnya lagi sekali. Baru nak terjaga dia.
" Hm? Oh Jungkook-ah. Bila awak balik? "
Jungkook meletakkan jam tangannya di atas meja dan lengan tangan disinting hingga siku.
" Sebelum kau lahir lagi aku dah balik."
Seoyeon hanya menggulingkan mata lalu sambung baring.
" Stoplah tidur. Pergi bersiap, aku nak bawa kau keluar."
" Pergi mana? Saya malaslah nak keluar."
" Takde takde! Cepat.. kang aku ter—"
Terus Seoyeon berlari bangun menuju ke tandas. Sempat dia ambil sweater biru dan seluar jean dari dalam closet.
Skip
" Kita nak pergi mana ni Jungkook? Kenapa awak tak bagitahu je saya? Dahlah tak bagi bawa Jungwoo."
Omel Seoyeon sambil suaranya kedengaran agak marah. Memang tadi dia nak bawa Jungwoo sekali, tapi si Jungkook ni kata nak keluar berdua je.
Ish
" Dah kalau surprise tu surprise lah. Kau boleh diam kejap tak? Kita dah nak sampai ni."
Beberapa minit kemudian kereta diberhentikan di parking lot.
Seoyeon segera melihat ke luar tingkap.
" Mall ? "
" Kajja turun."
Skip
Dah 15 minit mereka berjalan di dalam mall. Seoyeon hanya mengikut langkah Jungkook, tak tahu nak pergi mana.
" Jom masuk."
" Kedai jewelry?"
Jungkook menarik tangan Seoyeon masuk ke dalam. Habis rambang mata dibuatnya gadis itu.
" Kau pilihlah cincin mana yang cantik."
Kata Jungkook selamba. Lantas Seoyeon membuntangkan mata. Biar betik? Kenapa dia suruh pilih cincin?
" Termenung apa? Aku suruh kau pilih je. Ni untuk Eunha.Waktu oversea appa aku call, suruh belikan."
Jungkook menggulingkan matanya menyampah apabila menyebut ayat terakhir.
Seoyeon pada mulanya tersenyum terus pudar.
" Apalah yang aku harap."
Bisik gadis itu tanpa Jungkook sedar. Timbul satu soalan dalam kepalanya.
" Habis tu kenapa awak ajak saya? Tak ajak Eun—"
" Kalau aku ajak dia, sampai kesudahlah dia stay dalam ni taknak keluar. Terus pokai aku nanti. Dah pilih cepat! "
Seoyeon akur dan mula melihat pelbagai jenis cincin di dalam kaca jernih itu. Sehinggalah sebentuk cincin menarik perhatiannya.
" Ni! "
Tunjuk Seoyeon kepada Jungkook. Lantas lelaki itu memanggil seorang staff.
" Terima kasih. Sila datang lagi."
Mereka berdua berjalan keluar. Turun saja dari eskalator, Seoyeon menarik hujung baju Jungkook, meraih perhatiannya.
" Apa?"
" Tu. Boleh tak saya nak tu? "
Gadis itu menuding ke arah gerai makanan tidak jauh dari mereka.
" Aiskrim? "
Angguk Seoyeon berkali-kali dan mendapat keluhan dari Jungkook.
" Tunggu dekat bangku tu. Aku pergi belikan."
Skip
Pegangan di stereng dieratkan. Sekali-sekala matanya melihat gadis yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah.
" Sedap sangat ke aiskrim tu?"
Seoyeon malah hanya mengangguk. Lalu sambung menikmati aiskrimnya.
" Aku ke aiskrim tu lagi sedap? "
" Aiskrim."
Kata Seoyeon selamba tanpa teragak-agak menjawab soalan Jungkook. Terus monyok muka lelaki itu. Dia kalah dengan aiskrim yang dah cair.
" Takpalah kalau camtu... taknak dah beli aiskrim kat kau."
" Mana boleh macam tu! "
" Dah kau kata aiskrim tu lagi sedap. So taknaklah beli aiskrim. "
" Ala Jungkook! "
Bibir merahnya dimuncungkan. Tak aci lah macam ni! Jungkook ni saja je taknak beli aiskrim! Hishh benci!
" Yelah yelah.. Jungkook lagi... buwekk ehem."
Mahu termuntah gadis itu bila nak sebut ayat terakhir. Habis dahinya berkerut melawan cringe.
" Ape ape? Tak dengar? Cakap kuat sikit? "
" Taknak! "
" Betul ni.. aku tak dengar."
" Jeon Jungkook siot."
The Cold Love will be continue...
YOU ARE READING
The Cold Love | jjk
Fanfiction🔖 Kang Seo Yeon,seorang gadis polos yang bertemu dengan seorang lelaki dingin,Jeon Jungkook iaitu CEO Jeon's Holding. Perjumpaan yang telah ditetapkan sebagai permulaan hidup masing-masing. Kelab malam, tempat pertama kali gadis kecil itu menjejakk...