Aku terjaga dari tidur.
Jam di tepi katil aku lihat. Dah pukul 2 pagi. Muka aku raup perlahan lalu dipandangnya Jungkook yang sedang tidur.
Baru saja aku mahu tidur semula, suara tangisan seseorang menarik perhatian aku.
" Jungwoo? "
Aku bangun dari katil dan menuju ke bilik Jungwoo. Pintu ditolak dan aku mengintai ke dalam.
" Jungwoo-ah.."
Melihat Jungwoo yang menangis, kaki aku laju mendapatkannya di katil. Mukanya berpeluh dan hidungnya semakin memerah.
Aku naik ke katil dan menekup pipinya. Panas membahang. Lagi panas berbanding pagi tadi. Dia jarang demam panas macam ni. Tangisannya pula semakin kuat.
" Ottoke! Gwenchana Jungwoo-ah...Jungwoo akan ok. Eomma ambilkan kain basah. "
Aku berlari anak keluar dari bilik dan menuju ke dapur di tingkat bawah. Besen kecil yang berisi air sejuk dan kain aku ambil lalu dibawa ke bilik Jungwoo.
Dilihatnya Jungkook sedang memeluk Jungwoo yang masih menangis. Matanya yang separuh terbuka membuatkan aku tergelak kecil.
" Tolong baringkan Jungwoo, Jungkook."
Dia akur dan membaringkan Jungwoo semula di atas katil. Kain basah aku letakkan atas dahi kecilnya.
Semakin lama tangisannya berkurang. Air matanya aku lap menggunakan ibu jari.
" Jungwoo kena makan ubat. Jadi eomma pergi masak bubur untuk Jungwoo arraseo? Tunggu dengan appa."
Jungwoo mengangguk perlahan dan aku mengucup dahinya. Mata aku sempat terpandang Jungkook yang sudah terlena di atas katil sebelah Jungwoo.
Dia lagi cepat ㄴㄴㄴㄴ
Skip
Bubur yang dimasak aku kacau perlahan. Tiba-tiba ada sepasang tangan memeluk aku dari belakang. Dagunya direhatkan atas bahu aku.
" Jungkook."
Aku tersenyum dan mengusap kepalanya. Tangannya pula makin mengeratkan pelukan.
" Kenapa tak suruh maid je? "
Soalnya dengan suara yang agak serak.
" Takpe lagipun takkan saya nak kejutkan diorang pepagi buta macam ni."
" Hm "
" Saya ingat awak tengah jaga Jungwoo, kalau kalau demam dia makin teruk? "
" Dia tertidur. Aku pun datanglah dekat kau. Rinduuu~ "
Aku ketawa kecil dan mengambil mangkuk dari rak, bersama Jungkook yang masih memeluk serupa koala.
" Kajja Jungkook, naik atas."
Aku tarik tangannya ke bilik Jungwoo. Hampir terlepas mangkuk dan ubat yang aku pegang akibat budak manja ni berpaut pada lengan aku.
" Jungwoo."
Panggil aku perlahan. Dia membuka mata dan memandang aku.
" Yeogi makan."
Beberapa minit kemudian, selesai saja dia habiskan bubur, Jungkook menyuapnya ubat. Terus dia terbaring dan menarik selimut.
Pelipis dahinya aku usap, panas dah berkurang sikit. Tempat di sebelahnya aku baring dan dipeluk badan kecilnya.
Tiba-tiba saja ruang belakang aku terasa berat menandakan seseorang sedang baring. Jungkook menolak perlahan badan aku supaya tubuh sasanya selesa di atas katil. Laju lengannya merangkul pinggang aku.
" Let's sleep , love. "
bisiknya di telinga aku. Bibirnya sempat mencium lembut leher jinjangku.
+END OF SEOYEON POV
2 months later
" Awal balik? "
Soal Jimin yang baru saja masuk ke dalam pejabat Jungkook . Matanya setia memandang Jungkook yang sedang memakai kotnya.
" Tonkatsu.. aku dengar ada gerai tu jual sedap. Tapi gerai tu tutup awal, so i need to go now. "
" Untuk Seoyeon? "
Jungkook hanya tersenyum dan mengangguk.
" Kan seronok kalau aku ni yeoja. Boleh goda kau then nanti mesti kau jaga aku dengan penuh kasih sayang kan? "
Ujar Jimin sambil matanya melihat Jungkook dari hujung mata, cuba menyakat lelaki yang dianggap adik kandungnya itu.
" Lain kali jangan laju sangat berenang, kan dah menang. "
Kata Jungkook sinis. Tangannya menepuk bahu Jimin sebelum keluar dari pejabat. Jimin yang terkaku menyumpah perlahan .
" Boleh pulak dia kenakan aku balik."
The Cold Love will be continue
🔖 hi peeps! Your author is here hehe ^^ very sorry for a long hiatus :( actually i terlupa my password for this acc and now i dh reset so i akan continue habiskan all of my works okie <3
I'm truly sorry for making yall wait :(
- your author (yun) 💌
YOU ARE READING
The Cold Love | jjk
Fanfic🔖 Kang Seo Yeon,seorang gadis polos yang bertemu dengan seorang lelaki dingin,Jeon Jungkook iaitu CEO Jeon's Holding. Perjumpaan yang telah ditetapkan sebagai permulaan hidup masing-masing. Kelab malam, tempat pertama kali gadis kecil itu menjejakk...