Bab 1🕵️‍♂️

5.5K 158 10
                                    

        Gadis itu perlahan bangun dari lenanya. Perlahan tangannya meronta untuk mengambil Samsung Galaxy S8 Edge miliknya yang sudah berbunyi jam loceng yang di tetapkan menandakan waktu gadis itu perlu bangun dari lena. Mata coklat gelap gadis itu perlahan dibuka seraya menenyeh matanya. 

Samar-samar matanya mengesan jam yang tertera di kaca telefon pintarnya. Secara spontan jarinya menekan butang bagi mematikan loceng. Perlahan gadis itu bangun lalu mengeliat. Rambut ikal mayangnya pantas dikemaskan.

" Bau macam apa dah badan aku ni.." Gomel Nurulia.

Begitulah kehidupan seorang gadis bernama Nurulia Alynna pada hari cuti kerjanya. Tinggal bersama teman baik yang cukup bahagia baginya.

Gadis yang penuh penderitaan sejak waktu silamnya kini berubah sepenuhnya kehidupan si gadis bernama Nurulia itu. Kehidupannya menjadi lebih baik dengan bantuan sebahagian keluarganya. Nurulia kini mampu meneruskan hidupnya bersama kawan baik yang sudah dianggap sebahagian dari keluarganya. 

Selepas beberapa minit, Nurulia bertindak membersihkan dirinya. Segera langkahnya keluar dari kamar menuruni tangga tatkala terhidu bau kelazatan yang seperti baru di masak oleh penghuni di dalam rumah. Awal pagi lagi penghuni lain di dalam rumah itu sudah berkhidmat.

Mata gadis itu tertangkap susuk tubuh seseorang yang berseorangan di dapur bersama bunyian lagu yang didendangkan dari bibir.

Wajah Nurulia berubah manis sekelip mata melihat susuk tubuh Aina yang berada di dapur. Tangan kawan baiknya itu ligat menghidangkan sarapan pagi buat mereka.

Lantas tangan Nurulia mengambil beberapa pinggan bersama kutleri untuk disediakan di atas meja tersebut. Pergerakan Nurulia menarik perhatian Aina seketika.

Nurulia tanpa malu hanya bersahaja mencedok mee goreng yang dimasak oleh Aina ke dalam pinggan miliknya dengan diperhati oleh sepasang mata yang tajam melihat kelakuannya. Wajah Nurulia bertukar hairan.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" Soal Nurulia seraya dirinya melabuhkan punggung di kerusi meja lalu mee goreng disuapkan ke dalam mulut selepas selesai membaca doa.

Tersangkut mee goreng yang digunyah di kerongkong Nurulia apabila melihat pandangan yang berubah lebih tajam kawan baik berikan seperti hendak menerkam dirinya.

"Hmm..Macam ni eh korang? Nampak je makanan terus serbu tak ingat dunia. Dah anak dara pun masih lagi tak reti nak rajin bangun masak breakfast. Asyik aku je kena siapkan breakfast..." Membebel Aina pada gadis cantik itu di awal pagi.

Inilah Aina Aqilah Milayna. Seorang gadis yang cantik juga berseri wajahnya sehingga kini sudah berstatus tunang orang. Dirinya yang garang juga manja itu mampu mengalah kan sekawanan anak buah beruang-beruang di hutan rimba untuk menjadi ratu. Kini ini lah dia ratu beruang yang menghadap di hadapan Nurulia kini.

Diri Nurulia yang tiada rasa malu dan bersalah itu hanya mengangguk mendengar bebelan sahabat baiknya itu. Sudah biasa.

"Yelah. Nanti aku pula yang akan siapkan breakfast. Tu pun tengoklah kalau aku rajin sangat. Hehe.." Balas Nurulia dengan sengihan baris gigi yang ditayangkan pada Aina.

Jelingan hanya di balas oleh Aina pada gadis cantik di hadapannya itu.

"Tak membantu kau ni.. " Mendatar Aina dengan memutarkan bola mata.

"Kau cuti eh?" Soal Aina setelah beberapa minit keadaan dua gadis itu berdiam diri sehingga Nurulia selesai menjamu hidangannya.

"Haah! Kenapa?" Soal Nurulia kembali seraya matanya tertarik pada seorang gadis yang menuruni tangga. Bersama rambut yang mengembang serupa seperti hantu kak limah di dalam filem komedi melayu itu.

Love You Mr. Detective [EDITING] Where stories live. Discover now