Hidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan dia namun dia tetap akan membuat aku untuk bercakap dengannya. "Awak memang tak ada tempat lain ke asik datang sini jer." "Saya datang sini sebab saya nak jumpa awak." - Asher Veyne Kemunculannya memang membuat hidup aku kurang tenang. Aku tidak faham kenapa aku masih mahu bercakap dengannya. Aku tahu kami berdua banyak perbezaan namun perbezaan itu tidak menghalang kami untuk berkawan. Malah perbezaan itu merapatkan lagi hubungan ini. Pelik bukan? Tapi tidak untuk aku. Jadi itulah kisah hidup aku yang aku terpaksa tempuhi. Tidak tahu adakah malang aku ataupun takdir aku berjumpa dengan lelaki kurang sel ini. P/s ini adalah kisah Iris dan Saint yang merupakan kenalan Claire Start: 14.5.21 End: Hiatus selamanya