Ean Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang sebenar dirahsiakan. Lily Ayana pelajar universiti telah meminta ayahnya mencarikan dia seorang suami jika ayahnya itu takut dia tidak pandai menjaga maruah diri. Semua ini kerana satu fitnah menyebabkan dia membuat keputusan itu. Bertunang dengan seseorang yang misteri hanya tahu lelaki itu bekerja sebagai 'Pemotong daging' membuatkan Lily Ayana gelisah apabila hari pernikahan itu tiba. Namun pertama kali melihat lelaki itu pada hari pernikahan Lily Ayana jatuh cinta ❤. Pelahan-lahan segala rahsia mula terbongkar. Lily Ayana dan Ean Zafran bahagia bersama, sikap romantik dan penyabar lelaki yang bernama Ean Zafran membuatkan Lily Ayana semakin hari semakin mencintai lelaki itu. Namun dugaan besar datang menimpa mereka, apabila ibu mentua yang menjadi punca utama. Tidak mahu Ean Zafran di gelar anak derhaka, Lily Ayana membawa diri, biarlah hatinya yang terluka asalkan Ean Zafran tidak menanggung dosa besar. Bagi Ean Zafran, hatinya hanya di miliki oleh Lily Ayana. Walaupun beribu batu gadis itu membawa diri, hatinya akan setia mencintai isterinya sehingga akhir hayatnya. ⚠️SORRY TYPO AND TATABAHASA TERABUR