Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Iskandar pasrah apabila mereka dewasa pun abangnya tetap merampas apa yang dimilikinya waima kekasihnya. Namun demi kasih kepada keluarga yang disayangi membuatkan dia sentiasa beralah dengan kehendak si abang. Malah dia sanggup bekerja sebagai despatch di syarikat papanya sendiri walaupun dia mempunyai kelulusan luar negara untuk memberi peluang kepada si abang untuk menjawat jawatan tertinggi di syarikat. Bukan Noah Iskandar tidak boleh melawan tetapi ugutan Noah Dzulkarnain akan membuatkan nyawa kedua ibubapanya terancam menyebabkan dia patuh dengan segala arahan abangnya. Selagi dia dapat bertahan, dia akan terus bertahan kerana dia tahu ada tangan ghaib yang cuba merosakkan keluarganya menggunakan abangnya. Kemunculan seorang gadis yang menjadi setiausaha Noah Dzulkarnain menyemarakkan lagi perseturuan dua beradik ini. Gisela Ameena seorang gadis yang happy go lucky dan sentiasa tersenyum ini tersepit di antara kehendak hati dan kemahuan ketuanya. Klisekan. Dia tidak mahu jadi yang dikejar tak dapat yang digendong keciciran. Entah apa kesudahan dua beradik ini. Mampukah Noah Iskandar bertahan dengan segala karenah Noah Dzulkarnain? Apakah punca Noah Dzulkarnain begitu membenci Noah Iskandar? Gisela Ameena pula yang terperangkap dalam persengketaan ini pening memikir. Pilihan? Nanti dia main gunting batu kertas rasanya. Noah Iskandar: Antara abang dan kekasih... siapakah pilihannya? Gisela Ameena: Antara abang dan adik... lebih rela pilih kebaikan dari kejahatan. Noah Dzulkarnain: Akulah abang dari neraka!
53 parts