Yuna Pov
Semalaman aku mengurung diri aku dekat dalam bilik. Makan tidak, minum pun tidak. Mandi?
Lagi lah kirim salam.
Sekarang dah masuk malam memandangkan aku tidur dari pukul 7 pagi sampai sekarang. Pukul 9 malam.
Selepas mama menghulur sebuah kotak kecil seperti kotak kasut. Papa dengan mama suruh aku bukak disitu. Lepas bukak aku terus nampak album dan kotak cincin baldu Yang aku pernah jumpa dulu.
Kotak cincin baldu merah hati aku angkat.
"Jisung yang ambil kotak cincin tu simpan dalam tu lepas kamu pengsan di bilik beberapa bulan yang lepas" ujar mama.
"Mama ni apa?" Aku menunjukkan isi kotak didalamnya.
"Ni memori yang kamu hilang selepas kemalangan setahun yang lepas." Ujar papa pulak.
"Kamu naik lah kebilik. Papa rasa kamu lagi better tengok bersendirian daripada lihat di depan kami." Ujar papa. Kemudian menepuk mama perlahan untuk naik ke bilik. Memberi aku ruang bersendirian.
Dan sekarang ni aku masih belum bukak isi kotak tu. Lepas aku angkat kotak cincin tu aku terus letak terus dalam tu dan tutup kotak tu rapat - rapat. Aku tak ready lagi nak tahu siapa hyuck tu.
Kotak dihujung meja belajar sana aku tenung dari atas katil. Aku banyak termenung tentang zenny harini. Sampai kelas pun aku tak pergi. Hp yang berdering aku tak endahkan.
Last - last aku angkat jugak.
"Nak apa?"
"Kau ok?"
"Kau sebuk nak tau kenapa?"
"Anii.. Aku ada hal nak cakap urgent."
"Urgent sangat ke?"
"Yaa penting. Bila boleh jumpa?"
"Sorry am not in the mood mark. Bye"
"Bu-"
Tut!
Aku terus campak telephone aku jauh jauh. Tapi still atas katil. Aku capai tuala dan terus hayunkan kaki ke toilet.
S
K
I
P
Peti sejuk aku buka, kotak air jus oren aku capai. Aku tutup pintu sejuk dan bergerak ke counter dapur. Gelas yang tersusun elok di atas tray aku capai. Tiba - tiba jisung masuk kedapur.
Aku hanya mengekor mata melihat dia mendekati aku. Dia tarik kerusi sebelah aku dan dia capai gelas. Selesai aku tuang air aku dia capai kotak air jus oren dan tuang dekat gelas dia.
Aku yang malas nak hadap muka dia segera nak blah dari situ. Hati aku masih sakit dengan kejadian haritu. Senang - senang dia buang barang tu.
Tapi baru je aku pergi selangkah tangannya pantas menahan lenganku dan itu membuatkan aku menoleh sekilas kepada dia.
"Lepaskan" tegurku sambil merenung kearahnya.
Dia menghela nafas berat.
"Am sorry-"
"For what?" Bidasku.
"Am sorry yuna am sorry! Masatu aku tengah emosi faham tak!?"
"Kau tengking aku?" Yuna mengangkat keningya sebelah.
"Kau...tengking aku-"
"Takk ish kau tak faham! You never know how my feelings to you is really big than yours and hyuck!"
Aku terkedu..
Dia betul - betul sukakan aku?
Aku ingat main - main je.
"Dahlah! Aku tak nak kita bergaduh lagi! Tolonglah! Tolong hidup tu jangan selfish sangat! Jangan fikir diri kau je susah dalam dunia ni! Banyak lagi orang lain yang susah. Ingat tu."
Jisung terus bangun dari tempat duduknya. Kemudian merenung kearah aku.
"Pergi tengok bungkusan tu sebelum kau terlambat. Tu je pesan aku."
Baru je beberapa langkah dia nak pergi dia berhenti balik.
"Dia dah tak lama dekat sini lagi yuna, masa dia makin suntuk."
"Aku tahu aku tak layak dapat apa yang aku nak iaitu kau. Tapi still, aku nak kau bahagia."
"Walaupun aku sakit hati."
Dia terus meninggalkan aku di counter dapur sendirian. Manakala papa yang berada di tangga bertembung dengan jisung. Jisung melirik ke arah papa sekilas.
Baru je dia nak masui lift papa terus bersuara.
"Masuk ruang kerja papa. Papa nak bercakap sekejap."
S
K
I
P
Jisung Pov
"Duduk" arah papa. Aku hanya turuti. Malas nak bergaduh malam - malam ni.
"Papa nak bincang apa?" Papa mencapai dua gelas kecil dan botol wine. Kemudian dia tuang dan satu diberi pada aku. Lepas minum sikit papa bersuara.
"Dah lama kita tidak berborak berdua jisung. Kamu ada masalah ke?" Aku menggeleng kecil.
"Jangan tipu jisung. Papa kenal sangat perangai kamu." Aku menghela nafas berat.
"Jisung masih sukakan yuna Pa. Jisung dah cuba tapi tak boleh nak lupakan dia." Papa mengangguk faham.
"Papa faham. Papa minta maaf, sebab papa kamu tak dapat cinta hati kam-"
"It's okay Pa.. Jisung faham. Jisung lagi ok tengok papa bahagia macam dulu."
Papa tersenyum kecil kemudian menuang wine di gelas kami berdua.
"Em Pa.." Tegurku.
"Kenapa?" Jawabnya
"Jisung dah buat keputusan"
"Lepas jisung habis belajar ni jisung ingat nak sambung overseas. Boleh tak? Lagipun jisung nak hirup udara baru." Papa nampak terkejut seketika.
"Kamu biar betul?"
Aku membalas dengan anggukan.
"Jisung nak fokus belajar. Jisung akan berhenti dari NK Team."
"Dan nak lupakan yuna."
Supportlah cerita saya yang sendu ni dengan vote dan comment. Buat pembakar semangat gitu.
Please?
Uwu.
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
FanfictionI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..