Jeno Pov
"Haritu aku ada terdengar dari feyy yang haechan balik korea. Betul ke?"
Tanya mark di corong telefon. Aku yang sibuk mengemas file yang berterabur di atas meja kerja bersuara.
"Haah, sekejap je. Kenapa?" Aku letak telefon di atas meja dan bukak speaker biar kuar sikit. Tangan ligat mengumpul file.
"Takde lah aku cuma terkejut je. Tak sangka lepas aku bagitau karina hari tu jugak dia pergi fly semata - mata untuk yuna." Dia ketawa kecil.
Aku menggeleng kepala.
"Dah sayang sanggup la buat apa je-"
"Sayangggg sangatt" bunyi dia macam tengah mengejek je disana.
"Kau ni. Tak baik lah." Aku tegur bagi dia insaf kejap. Tapi dia malah berdecit.
"Member banyak sangat masalah nak kene hadap. Kadang kesian jugak aku tengok."
"Yang tu aku setuju."
"Kalau tak bersatu jugak dua ketul tu aku tak tau nak kata apa."
Aku yang baru siap mengemas hanya berdehem setuju.
"Kau dengan feyy apa khabar."
"Ok je bro..btw kitorang nak jenguk yuna next months. Apa - apa update lah. Kalau dia sedar ke apa nanti." Pesan dia.
"Aku harap dia sedar cepat. Aku bukan apa. Pelajaran dia pun terganggu jugak masalahnya. Kene extend lagi satu sem belum masuk intern lagi."
Betul tu. Dorang pun tengah intern ni. Tu yang feyy intern balik rusia sebab sekali intern dekat sana. Mark sekarang intern dekat company kawan ayah dia dekat sana. Aku intern dekat syarikat ayah aku.
Yeon pulak intern dekat syarikat yang bukan keluarga dia.
Nak berdikari katanya.
"Tak sangka lagi sebulan je kita nak habis intern kan?" Ada sengihan dari sana.
Aku juga ikut tersengih.
"Kan"
S
K
2 Bulan Kemudian
Haechan Pov
"Jeno aku ada berita baik.."
"Berita apa tu. Excited pulak rasa aku yang nak mendengarnya.."
"Syarikat aku tak dapat berpindah." Jeno disana dah tayang muka muka pelik.
Haah.
Kami videocall sebenarnya.
"Celah mana berita baiknya?"
"Sabarlah aku tak habis cakap lagi."
"Cawangan syarikat memang tak boleh berpindah. Tapi hq syarikat aku boleh pindahkan."
"Lega aku dengar. Bila nak berpindah?"
Tanya dia sambil ligat mengetik laptop. Tengah kerja gamaknya. Dekat sini malam sana mungkin siang.
"Aku tengah survey office yang dekat dengan rumah lama aku."
"Why not kau amik bangunan sebelah bangunan aku ni. Dekat dengan aku pun ye tak?"
Idea yang bernas.
"Kalau kau nak aku tolong kau survey bangunan sebelah ni pun boleh. Petang ni jugak aku surveykan. Cepat kerja kau siap."
"Boleh jugak. Kau jadi orang tengah aku lah macam tu. Deal dengan dia harga berapa. Nanti aku turun Seoul dengan Karina."
"Abis masa nak berpindah semua berapa lama?"
"4 bulan rasanya. Paling lambat lah tu kiranya. Sebab banyak nak kene uruskan dekat sini. Dekat sana lagi."
"Btw yuna belum sedar."
Aku mengeluh perlahan.
"Bagi aku masa 2 bulan lagi. Aku akan balik dalam masa 2 bulan. Settle part aku dekat sini aku terus pass dekat Karina untuk uruskan hal Yang seterusnya."
"Aku harap sangat masa dia bangun kau dah ada untuk dia."
"Aku harap sangat aku dapat siapkan benda ni cepat - cepat."
"Aku bukan nak doakan dia supaya sedar lambat - lambat. Tapi aku nak kau ada dekat sisi dia masa dia dah sedar nanti."
"Aku faham. Mark dengan feyy apa khabar?"
"Dorang lepas present pengalaman intern dorang terus kene balik tempat dorang balik. Lagi setahun mark pindah sini nanti. Feyy kene tunggu around 1 tahun lebih baru dia balik sini. Masing - masing sibuk."
"Jaemin?"
Jeno yang sebuk mengetik di laptop terhenti. Lama dia berjeda. Kemudian dia sambung ketik laptop dia balik.
"Kau tau kan aku dengan dia tak berapa nak baik."
"Tapi sampai bila jeno? Dia kawan kita jugak kan. Kau kene ingat dia dulu pernah jadi sahabat kau."
"Sekarang bukan sahabat lagi. Tapi musibat."
"Why not you give him 1 more chance. Dia dah berubah la."
"Kalau dengan 1 peluang tu boleh buat nami hidup balik aku boleh pertimbangkan."
Aku berdecit perlahan.
Susah betul nak pujuk si jeno ni lah.
"Nampak sangat kau belum terima yang nami mati sebab dia yang pilih jalan tu."
"Tapi jaemin kan punca dia?"
"Stop salahkan orang lain, why not mirror yourself first. Kau pun salah satu punca jugak tau tak. So stop blame jaemin sorang."
"Jeno..berbaiklah dengan jaemin. Buang yang keruh, amik yang jernih. Bukak buku baru."
"Kalau kau nak menyakitkan hati aku dengan ayat kau baik kita end videocall haechan-"
"Ok fine aku minta maaf. Tapi jeno, macam kau cakap. Umur kita dah cukup untuk berfikiran matang."
"Aku cuba"
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
Hayran KurguI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..