C-31 | Tiba masa

86 19 0
                                    

Jaemin Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaemin Pov

Aku mengusutkan rambut aku seketika sambil menghempaskan punggungku diatas sofa ruang tamu. Aku termenung seketika. Sumpah doh aku tak buat pun siak. Bibir aku yang pecah dan berdarah aku pegang.

Ok aku tak bunuh pun.

Masalahnya sekarang ni.

Siapa yang buat?

Siapa yang tak puas hati dengan yuna ni?

Aku yakin ada orang lain nak frame dia.

Aku yakin.

Haechan Pov

Aku yang berada di ruang tamu segera mendail number seseorang. Kemudian aku berjalan keluar rumah sambil menunggu orang disana menjawab panggilan.

"Kau nak apa siot"

"Kau tidur mana semalam? Tak balik sini pun."

"Tchh...aku tidur hotellah..ni kau nak apa."

"Kau balik sini karina. Kau tak balik sini siap kau. Check out hotel."

"Eee tak kuasa aku.."

"Appa bising kat aku bukan dekat kau."

"Hek eleh kene bising sikit je. Aku yang kene bising dengan appa almost everyday pasal kau tak nak balik belgium aku tak kata pape pun."

Ucapnya disana sambil mengunyah sesuatu. Haishhh budak ni.

"Aku malas nak argue dengan kau ni tolonglah aku tengah serabut sekarang ni. Mudahkan kerja aku boleh tak? Balik sini!"

Aku dah bercekak pinggang. Nada aku pula sudah naik satu oktaf.

"Serabut pasal yuna je kerja kau pun-"

"Lee Kyung Na..."

"Ok fine...esok pagi aku balik. Lusa balik belgium aku tak kira."

"Ye aku tau lah. Kau tu balik rumah."

"Yelahh ei sebuklah kau ni"

Tut!

Aku memicit pelipis mata. Aku terus naik ke bilik. Aku hempas badan aku dekat kerusi meja belajar. Kertas kajang dan pen aku capai.

S

K

I

P

Jisung Pov

"Kalau bukan jaemin abistu siapa seh?" Bebel jeno disebelah.

"Aku taktau la" jawap aku kusut.

Siapa yang berdendam dengan yuna?

"Ke budak budak yang yuna reject yang buat?" Celah jeno.

Aku pandang jeno sekilas. Kemudian terus fokus memandu kembali. Dorang ke yang buat? Tapi tak make  sense langsung.

"Haechan tau tak pasal ni?" Tanya jeno.

Aku mengangguk.

"Dia ada siang tadi. Dia jugak yang tolong aku tanam zenny. Lepastu dia rushing balik."

"Kenapa dia rushing? Aku tak sempat tanya pulak." Kataku.

"Japp baru aku teringat jaemin cakap" sambungku.

Aku terus membelok mengejut di bahu jalan. Aku dan jeno bertatapan seketika.

"Dia nak balik belgium?" Ucap kami serentak.

"Habistuh yuna?" Ujarku.

Jeno sepertinya sedang berfikir. Kemudian tiba - tiba dia tepuk bahu aku kuat - kuat. Babi sakit bodoh dia tepuk.

"Patutlah haechan tinggalkan yuna. Patutlah haechan tak stick dengan rancangan semalam." Jeno terus tepuk dahi. Muka dia jelas macam baru tahu sesuatu.

"Dia tak nak tinggalkan yuna dalam keadaan yuna dah ingat diaa nanti doh. Tapi kenapa weh?" Bingit jeno.

"Dahtu tujuan dia dekat sini untuk apa siol.." Bebelku.

Jeno menggeleng.

"Entahlah doh aku sendiri pening dengan haechan tu. Dia jenis tak boleh dijangka doh. Kau pun tau kan dia macam mana." Aku hanya menggumam.

"Jom makan. Lapar siak." Ajak jeno.

Aku hanya mengangguk mengiyakan. Aku start enjin kereta balik terus drive ke gerai terdekat.

S

K

I

P

Yuna Pov

"Kenapa yuna tak bagitau kami yang zenny hilang?" Tanya papa diruang tamu. Kami bertiga berkumpul diruang tamu kecuali jisung sebab jisung tiada dirumah.

Aku hanya menunduk mendiamkan diri. Tak mahu bersemuka dengan papa dengan mama.

"Yuna kenapa kamu tak bagitahu kami?" Tanya mama dengan penuh rasa risau.

"Kalau tak boleh papa tolong carikan. Letak advertisement dekat satu Seoul." Aku menggeleng.

"Tak apa. Dah terlambat."

Terkedu mama dengan papa.

"Kamu jadi macam ni...sebab hyuck ke?" Pertanyaan mama membuatkan aku tersentak. Terus je aku mengangkat muka melihat mama.

"Hyuck? Siapa hyuck?" Mama Dan papa memandang antara satu sama lain.

"Hyuck tu..boyfriend kamu masa kamu di college." Terang mama. Aku menggeleng kepala..

"Apani? Kenapa yuna tak faham!?" Dadaku berombak kencang. Mata terpejam celik dengan laju.

Papa menghela nafas berat. Kemudian menepuk paha mama perlahan.

"Bawak album dekat dalam stor" arahnya papa pada mama.

"Album?" Aku melihat papa dengan penuh tanda tanya.

"Album apa papa? Yuna tanya ni" soal aku tidak puas hati.

"Dah sampai masanya untuk kamu ingat semuanya, yuna"

Habislahh kowanggg semuaa yuna akan tauuu semuanyaaa hahahahahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Habislahh kowanggg semuaa yuna akan tauuu semuanyaaa hahahahahaha.

METAPHORA [이해찬] 1st Series Where stories live. Discover now