Yuna Pov
"Kat mana aku ni?" bingungku sendiri. Aku melihat sekeliling aku. Ianya malam jadi agak gelap. Aku pandang ke kiri. Ni bukan taman depan hostel kolej lelaki masa diploma dulu ke?
Aku pandang di hadapan aku. Kenapa aku di tengah jalan? Kereta?
Ya di depan aku sekarang ni ada sebuah kereta. Lampu dalam kereta itu terbuka. Aku mengecilkan mataku untuk melihat figura dalam kereta tersebut dan model kereta itu.
Mataku membuntang. Dada aku tiba - tiba terasa sesak setelah melihat siapa empunya kereta dan orang dalam tu.
Haechan.
Lampu kereta yang tidak bercahaya tiba - tiba dibuka oleh dia. Mataku silau tetapi aku masih membeku disitu. Deruman enjin kereta tersebut semakin kuat mengaum.
Dan kereta itu meluru laju kearahku. Aku nak lari tapi kaki aku melekat dengan jayanya disitu membuatkan aku tidak boleh nak lari kemana - mana. Kereta itu hampir sahaja mahu melanggar aku tiba - tiba aku terbangun dari tidur.
Mataku berkelip - kelip dan dada aku berombak dengan nafas seketika sebelum aku tersedar aku dimana sekarang ni. Aku melihat syiling di atas kemudian di pintu dan mataku terhenti pada meja gaming jisung.
Aku atas katil dia?
Tiba - tiba tangan seseorang meraba - raba mencari sesuatu iaitu aku. Dia letakkan tangan dia atas perut aku di dalam selimut.
Jantungku bagaikan terhenti.
Aku toleh kekanan perlahan - lahan.
Dan ia membuatkan aku terbungkam.
Aku dan jisung.
Di dalam satu selimut tanpa berpakaian. Dia sedang enak tidur sambil badan dia mengiring menghadap aku.
Aku bagaikan tidak percaya apa yang tengah berlaku ni.
Badanku terasa terapung di udara.
Badanku menggigil hebat.
Aku baru je nak bangun blah dari katil tu tiba - tiba ia betukar menjadi aku di taman permainan olympiade. Waktu malam. Aku bingung lagi untuk kali kedua.
Waktu petang mahu ke malam.
Dia sana ada seseorang lelaki yang berdiri membelakangkan aku. Dia mempunyai satu aura untuk menarik aku berjalan untuk mendapatkan dia yang tidak jauh dari aku.
Dia berpakaian serba hitam serta cap.
Bila aku dah nak sampai je dekat dia lebih kurang 3 meter dia sudah memusingkan badannya menghadap aku dan itu membuatkan aku memberhentikan langkahku.
Dia..
Dia tersenyum manis kearahku.
"Long time no see" ucapnya..
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
FanfictionI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..