No One Pov
Gambar seorang perempuan aku tenung di atas meja dalam bilik gelap yang ditemani lampu kuning malap. Aku ambil gambar itu. Aku lekatkan gambar itu di dinding. Kucing yang mengiauww di dalam sangkar bucu bilik aku pandang sekilas.
Dengan muka bersahaja aku mencapai pisau yang berada di meja meja sambil aku tenung gambar - gambar yang sudah ditikam - tikam di dinding. Aku cucuk gambar yang baru aku tampal banyak - banyak kali.
Setelah puas melakukan itu. Aku tersenyum sinis.
"Aku akan pastikan hidup kau rosak macam mana aku pernah rosakkan kawan kau dulu." aku memalingkan badan dan berjalan kearah kucing itu. Pisau diangkat menghala ke kucing tersebut.
"Jum zeny kita bersuka - ria"
S
K
I
P
Yuna Pov
"Tulah kau, kucing tu dah hilang baru sibuk nak cari - cari. Selamani dia ada kau asyik dengan dunia kau sendiri je!" marah jisung lalu meninggalkan aku keseorangan di halaman rumah.
"Thank you jisung, the person who always support me!" jerit aku yang membuatkan dia berhenti membuka pintu hadapan rumah.
Dia mengalihkan kepalanya menghadap aku yang tersedu - sedan kerana zeny dah hilang. Dia mula berjalan patah balik pada aku.
"Aku nak cari zeny sorang - sorang bye!" usai itu aku terus berlari anak untuk keluar dari pagar rumah tapi malangnya tangan aku ditarik olehnya dan itu membuatkan aku berpatah balik dan terpeluk badan dia.
Dan sekarang aku di dalam dakapan dia. Dia juga memeluk aku sambil tangannya yang satu mengusap rambut aku.
"I'm sorry." ucapnya dan aku semakin galak menangis. Aku pukul belakang badan dia.
"Dahla papa mama selalu busy kerja! Kau pulak asyik nak marah - marah aku! Apa salah aku!? Ingat aku tak ada perasaan ke?" aku pukul dia lagi.
"Aku nak mati lah macam ni!" sambungku lagi.
"I'm really really sorry." dia semakin eratkan pelukan dia lagi. Matanya sebuk melihat seseorang yang sedang memerhati kami di sebalik pokok rumah jiran berhadapan dengan kami.
"Kau selalu marah - marah aku. Tak boleh ke cakap baik - baik dengan aku?" kami melepaskan pelukan.
Dengan berat hati dia menjawab.
"Aku tak boleh layan kau baik - baik. Jom masuk rumah. Esok sambung cari lagi. Dah malam." jisung menarik aku untuk masuk kerumah.
Tetapi aku menarik tangan aku yang dia tarik. Dia tolehkan kepala dia kebelakang. Kami bertatapan.
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
FanfictionI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..