1 tahun kemudian.
Yuna Pov
Selepas aku mempamitkan diri dari supervisor aku iaitu Encik Doyoung sunbaenim aku terus grab barang aku yang berada di atas meja dan keluar dari bilik office assistant bmet.
Sapaan dari rakan kerja aku balas manakala tangan ligat bermain telefon untuk videocall dengan seseorang. Aku berhenti seketika selepas menekan punat turun di lift.
Menunggu lift untuk naik ke tingkat 25.
"Jisunggg!!!!!" Laung kecilku setelah dia menjawap call. Nampak macam dia jalan kaki untuk keluar dari university.
"Noonaaaaa.. Balasnya.." Aku ketawa kecil.
Pintu lift pun terbuka aku terus masuk dan tekan punat ground.
"Baru balik uni ke jisung?" Tanya aku. Dia yang sedang berjalan mengangguk sambil pandang depan dia, sesekali dia toleh aku sekilas.
"Haah dekat sini baru masuk pukul 7 malam..dekat korea baru pukul 5 petang kan?" Nampaknya dia berada di traffic light pejalan kaki.
"Haah..baru habis kerja ni. So kakak lambat - lambat sikit keluar sebab mama kan selalu amik lambat." Aku toleh jam di telefon. Masuk 5.15 petang.
"Mana laki kau? Bukan biasa dia ke jemput kau?" Aku berdecit.
"Dia outstation lah. Dia balik Belgium 4 hari. Esok baru balik."
"Aku nak cari kerja partime ni. Untuk malam. Bolehla dari pukul 7.30 sampai 11 ke.." Bebelnya.
"Lah nak buat apa? Papa bagi dah cukup kan?" Tegurku.. Dia tersengih.
"Nak jadi orang susah kejap." Aku menggeleng kepala.
Suka hati kau lah jisung.
"Hmm hati - hati tau..nanti aku kawen jangan tak balik. Aku dah set time kau cuti sem ok.." Aku keluar dari lift.
"Malas aku nak balik.. Dah lah jauh.." Dia menjelir lidah mengejek aku.
"Kau tak balik aku nak merajuk dengan kau." Aku ugut dia.
"Yelahh aku balik nanti.. Chauu nak cari kerja bye!" Tanpa tunggu aku balas dia punya bye dia terus tutup call.
Siot punya budakkk..
Aku terus menutup call dan simpan telefon dalam beg. Aku berjalan kearah port yang aku selalu tunggu orang amik aku.
"Tulahh aku nak drive sendiri tak bagi haaa ka--" baru aku nak membebel mata aku tertancap pada satu figura yang sedang bersandar atau lagi tepat duduk sikit di hadapan kereta sambil menunggu aku.
Hyuckk..
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
FanfictionI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..