Yuna Pov
Rupanya jisung dibelakang. Dengan kotak jus oren di genggaman dia. Dia menjeling aku lalu memulas tombol masuk kedalam bilik. Namun dia tidak menutup pintu. Air kotak jus oren diletak atas meja belajar dia dan terus memusing badannya menghadap aku dari jauh.
Sekarang aku masih diluar bilik dia. Dia pulak elok bersandar dekat meja belajar dia sambil hadap aku. Kedua tangannya disilang memeluk tubuh. Lidah didalam mulut ditolak ketepi. Mata sepet dia tampak sangat jelas yang dia menyirap nampak figura aku dekat sini.
"Kau nak apa? Nak rosakkan laptop aku pulak ke?" sindir dia.
K aku terasa.
"Tak kakak nak bagi jisung something." terus aku hulur beg kotak jenama kedai yuta sunbaenim tadi. Lama dia perhatikan kotak tu. Pastu dia pandang aku.
Naik lenguh tangan aku duk tayang benda ni.
Dia pun perlahan - lahan berjalan kearahku dan mencapai beg kotak tu. Dia ambil isi didalam beg tu. Dia tersenyum senget.
"Headphone?" ujarnya. Aku mengangguk.
"Kakak gantikan yang baru. Sebab kakak rosakkan yang lama. Maaf kakak betul - betul mintak maaf-" belum sempat aku habis berhujah dia terus pergi ke sliding door bilik dia pastu dia keluar ke balkoni then dia buang kotak tu jatuh kebawah.
Dengan beg kotak tu sekali dia campak kebawah. Mataku terbeliak menyaksikan semua tu.
The heck?
Aku terus berlari anak pergi ke balkoni. Aku tengok barang yang aku bagi sudah jatuh kebawah. Aku toleh pada jisung. Dia yang melirik mata dekat kejiranan terus menoleh kearahku.
"Kenapa jisung buang!?" tegurku yang hampir nak marah. Marah yang sedih.
"Baik aku rosakkan sebelum kau yang rosakkan." ucapnya tanpa rasa serbasalah.
Danggg..
Aku tersentap.
Aku menoleh pada barang yang dah terjatuh kebawah. Aku tersenyum pahit. Jujur aku cakap. Aku kecewa dengan jisung. Dia tak appreciate pun apa yang aku buat untuk dia.
Aku tahu aku salah. Tapi tak payahlah sampai macam ni sekali dia balas. Benda tu mahal. Suka hati dia je nak campak - campak. Duit elaun aku yang papa bagi tinggal sikit sebab beli bende tu.
Ko ingat aku anak orang kaya mama papa tak bertegas ke pasal perbelanjaan aku? Jisung tu takpelah dia ada side saving hasil tournament yang dia menang.
Aku?
"Jangan bercakap dengan aku lagi jisung." aku melangkah keluar perlahan - lahan dari bilik dia. Aku berjalan perlahan - lahan turun tangga menuju ke tempat bawah balkoni bilik jisung.
Keluar je dari pintu belakang rumah aku berjalan ke kawasan bahagian kanan rumah. Barang - barang yang jatuh tadi aku kutip perlahan - lahan. Aku tenung barang yang aku beli. Aku tahu jisung masih pandang aku dibawah.
Air mata yang mengalir walaupun aku tak mintak dia keluar au seka perlahan.
Thank you jisung.
Kau buat aku rasa tak nak tengok muka kau..
Langsung!
S
K
I
P
Pagi tu aku terbangun awal. Pukul 7.30 pagi. Aku terus turun kebawah lepas aku basuh muka dengan gosok gigi. Mandi?
Maleh aku.
Aku yang rajin pun turun guna tangga. Makcik yang sedang buat air teh panas aku sapa.
"Selamat pagi makcik!" aku terus duduk di counter. Makcik soo menoleh kebelakang.
"Selamat pagi cik muda. Awal cik muda bangun. Biasa cuti - cuti tengah hari baru bangkit." tegurnya.
Aku tersengih.
"Bangun awal pun tak boleh. Merajuklah macam ni. Baru nak tolong makcik kat dapur." wajahku cemberut manja.
"Mengada - ngada. Dah pergi tolong hidangkan breakfast dekat atas meja." arahnya.
"Taknak pujuk ke?"
"Taknak"
"Hish." aku hentak kaki manja lalu mencapai breakfast yang siap terhudang atas counter. Lalu kubawa ke meja makan.
"Ehh awal kamu bangun sayang" tegur mama. Mama meletakkan beg serta suit kerja di atas sofa berdekatan meja makan. Terus dia bergerak kedapur. Air kotak susu dicapai dan diletak ke tray bersama cawan 5 biji disusun dan dibawa ke meja makan.
Aku?
Dah duduk dulu di meja makan.
Mama duduk bertentangan dengan aku.
"Mama kerja lagi ke harini?" mama mengangguk.
"Lusa mama cuti full day. Mama amik cuti half day esok. Pagi ada patient. Tengah hari mama balik esok" ujanya sambil mempelawa makcik soo makan. Makcik soo duduk sebelah mama. Air dituang kecawan.
"Kamu ada prom night kan harini?" tanya mama. Aku mengangguk.
"Bila start?" sapa papa tiba - tiba.
"Eh papa. Makanlah sekali" pelawa aku. Papa mengangguk lalu duduk di kerusi utama meja makan. Antara mama dengan aku.
"Start pukul 8petang macam tu pukul 5 yuna bersiap and tunggu jaemin amik." ucapku sambil mencedok breakfast iaitu nasi goreng kimchi ke pinggan papa, mama dan makcik soo.
Tak lupa untuk pinggan aku sekali.
Kami makan sambil berbual - bual sehinggalah.
"Ha jisung. Marik sini breakfast" panggil papa.
"Jisung nak minum air je." ucapnya. Sambil mencapai air yang makcik soo tuang tadi.
Dia minum sambil berdiri di sebelah aku dan papa. Aku tiba - tiba menyampah dengan jisung dekat sini.
"Makalah sekali. Dah lama tak berkumpul." ucap mama.
"Ok mama" jawapnya lalu mengambil tempat di sebelah aku. Aku hanya mengerling mata ketepi.
Aku tolak pinggan aku perlahan.
"Yuna dah kenyang. Yuna naik dulu."
Mama dan papa serta makcik soo perasan yang aku tiba - tiba berubah dingin. Tapi mereka taknak tegur. Sebab dorang dah tahu aku dengan jisung gaduh tentang kejadian semalam.
Mama yang pujuk aku untuk tidak menangis malam semalam.
Mereka menghantar aku pergi dengan ekoran mata sahaja. Namun jisung tidak endah seperti tiada apa - apa yang berlaku. Dia hanya sibuk menyapu jem di roti kemudian dikunyah
*Dah ser cow jey song*
*Hat nut cow jey song*
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
FanfictionI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..