Haechan Pov
"Dah sampai." Ucapku sambil menarik handbreak keatas. Wajah yuna yang tenung aku tanpa berhenti aku toleh sekilas. Aku tersenyum kecil melihat gelagatnya. Aku memusingkan badan aku sikit kearahnya.
"Kenapa? Pandang aku macam tu."
Ya lepas sesi dia melepaskan pautan pada yeon aku terus mendakap tubuhnya. Lama kami berpelukan di dalam keadaan salji sedang turun jatuh ke bumi. Kemudian aku meminta izin pada mereka untuk membawa yuna bersama aku.
Mereka izinkan kerana yuna menyetujuinya. Semua barang yuna termasuklah wheelchair dia dipindahkan ke kereta aku.
"Rinduu.." Dia mengelus pipi aku perlahan. Aku mengenggam tangan dia yang mengelus pipi aku.
"Aku pun rindu kau.." Aku mengelus rambutnya pula.
"Aku minta maaf. Sebab aku kau.."
"Perkara dah lepas..and look..kaki saya semakin pulih..memori saya pun dah kembali pulih. Tapi hati saya tetap pada awak je." Bidasnya perlahan. Menenangkan aku supaya tidak rasa serbasalah.
Tapi still.
Sebab aku dia jadi macam ni.
"Dah jom masuk cafe." Ajaknya. Aku mengangguk dan keluar dari tempat duduk aku. Kami sebenarnya pergi ke cafe lama tempat dimana aku kerja part time masa di college dulu.
Yuna membuka pintu kereta. Aku terus hulur tangan aku. Dia memandang aku pelik.
"Tak amik wheelchair?" Aku menggeleng. Aku membantu dia untuk berdiri.
"Awak nak papah saya ke?" Tanyanya selesai aku memapah dia untuk berdiri. Aku tutup pintu kereta dan tekan punat untuk lock kereta. Kunci kereta disimpan pada poket baju sejuk.
"Tak papah pun.." Sejurus itu aku terus angkat gaya bridal style pada dia. Dia yang tersentak tambah terkejut terus memautkan tangan dia di belakng leher aku. Kami bertatapan seketika.
"Saya malulah.." Ujarnya lalu menyembamkan mukanya pada leher aku. Aku tersenyum gembira.
Dia ni cute sangat lah. Aku terus melangkah masuk ke cafe.
"Kenapa nak malu. Dulu aku pernah dukung macam ni kan." Masuk ke cafe je semua perhatikan kami berdua.
"Sweetnya boyfriend diaaa"
"Nak juga!"
"Biyy nanti u dukung I macam tu tau!"
"Aku syak dorang baru kawen"
"Ni bukan senior kita ke?"
"Yang legend tu eaa main tarik rambut masa orientasi..?"
Customer lain yang sibuk bersuara aku biarkan. Aku terus letakkan yuna di atas kerusi empuk. Tempat favourite dia dulu. Aku duduk bertentangan dengan dia.
Dan akhirnya kami disapa seseorang..
"It's been a while..apa khabar korang? Dah lama tak datang sini." Ujar waitress tersebut.
"Eh yeri.." Sapa kami..
"Kami sihat..kau sihat?" Ujarku.
"Sihat je..ni korang nak pesan apa?" Yeri sudah siap sedia untuk mencatit pesanan selepas memberikan kami buku menu.
Aku menoleh kearah yuna sekilas. Kemudian menyelak buku order mencari apa yang best disini.
"Wow ada menu baru? Bagi aku menu baru ni lah.. Yuna nak makan apa?" Aku menoleh pada yuna yang sibuk membelek buku menu.
"Green tea panas dengan toast bread." Selesai mengambil order yeri terus menghilangkan diri dia ke dapur. Aku terus toleh yuna. Dia sebuk tenung aku sambil tersipu malu. Aku meletakkan siku kiri aku di atas meja dan meletakkan sedikit dagu kiri aku di telapak tangan.
Wajah dia aku tenung kembali. Lama kami bertatapan wajah. Berbunga hati aku tiba - tiba melihat dia tersenyum sambil merenung aku kembali.
"Jadi bangunan sebelah tempat jeno kerja tu. Jadi awak punya lah?" Tanya dia. Aku mengangguk mengiyakan pertanyaan dia dengan perlahan.
"Sebab nak dekat dengan kau..sayang." Ucapku. Tangan kiri dia aku raih dengan tangan kanan aku. Aku mengangkat dan menciumnya dengan ikhlas. Aku pandang dia kembali.
"Jom kita berkahwin?" Aku mengelus tangan dia yang aku pegang perlahan guna ibu jari aku. Dia tampak terkejut.
"Tapi saya belum sihat sepenuhny-"
"Tak apa..aku tunggu kau dah sihat kita terus kawen ok sayang?"
Tiba - tiba bunyi dan flash camera terpancar kearah kami. Serta - merta kami menoleh laju kearah tersebut. Ternyata yeri dengan camera instax dia mengambil gambar kami tadi. Dia tersenyum gembira.
"Dah lama korang tak datang. Boleh buat stock untuk tampal polaroid customer bulan ni." Dia menicicipi kami satu polaroid gambar kami.
"Cantik.." Ucap yuna..
"Haaa apa lagi...accept la lamaran donghyuck kita ni yuna.." Laungan yeri membuatkan customer semua mengalihkan pandangan mereka kearah kami.
"Accepttt accepttt accepttt!"
Kami bertatapan seketika. Yuna agak terkesima dengan laungan untuk menyuruh dia menerima lamaran aku. Lama dia terkesima dan menoleh kearah sekeliling sebelum.
"Yes I do.." Haa mulalah meriah disitu dengan penerimaan lamaran aku. Aku terus bangun dari tempat duduk aku dan melutut satu kaki dihadapan yuna. Aku mendepakan dada aku meminta untuk dipeluk.
Dan yuna memeluk aku laju..
Bunyi gemuruh dan sorakan dari belakang kami biarkan..
"Thank you yuna.."
"Thank you hyuck.."
Ucap kami serentak..
Dan kami mengetatkan pelukan kami berdua.
Aku janji.
Aku akan jadi suami terbaik untuk dia.
I love you sayang..
Hamba minta maaf kalau tuan hamba punya taip idea cam haram ah ha ha ha ha ha bye!
Kau saba jap aku tengah fikir ending ni kwwkkwkwk
Maaf naaaa
YOU ARE READING
METAPHORA [이해찬] 1st Series
FanfictionI'm sorry for leaving you.. I will back to you.. DEAR..