C-12| Lab

123 18 0
                                    

Feyy Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Feyy Pov

"Ok sebelum balik saya nak ingatkan kamu semua buat tutorial yang saya dah hantar dekat google teams. Hantar by esok and esok buat lab 3 comparator." Usai itu lecturer kami terus mengemas barangnya dan keluar dari lab.

Aku dicuit jina.

"Awak nak buat lab dengam siapa?" Tanyanya.

Aku melemparkan pandanganku kearah yuna yang jauh dariku dan aku pandang jina semula.

"Saya lab dengan awaklah. Boleh?" Dia seperti berfikir untuk seketika.

"Boleh. Nanti saya print instructions lab tu." Katanya.

"Saya bawa toolbox esok" sokongku.

"Ok" jawapnya.

"Saya balik dulu ye" pintaku. Tetapi tanganku ditarik jina dan membuatkan aku terduduk semula.

"Kenapa?" Tanyaku. Jina memandang sekeliling. Membuatkan aku melirikkan mataku sekeliling kelas.

Tinggal kami berdua je.

"Em saya nak tanya." Ujar jina.

"Tanya apa?" Balasku.

"Awak dengan yuna gaduh ke?" Pertanyaan dia membuatkan hati aku agak luntur seketika.

Sakit hati aku mengundang kembali apabila aku teringat yang aku ditampar oleh yuna sebulan yang lepas.

Jina yang faham terus memeluk aku.

"Saya faham perasaan awak feyy. Sakit sangat bila bergaduh dengan kawan baik sendiri." Dia mengusap belakang badan aku.

"Saya rindu nami" ujarnya. Aku membalas pelukannya.

"Kalau nami ada lagi mesti saya tak kesunyian." Tambahnya lagi. Serta - merta pelukannya semakin kuat. Aku terdengar dia teresak - esak.

"Nanti kita melawat dia nak jina." Aku memujukknya. Dia melepaskan pelukan perlahan - lahan.

Dia bangun dari tempat duduknya.

"Saya tak sanggup nak pergi funeral dia. Saya pergi dulu." Pamit jina dan dia beredar dari situ. Meninggalkan aku keseorangan.

Aku yang mahu beredar dari situ. Tiba - tiba ternampak jeno yang berdiri di depan pintu kelas kami. Wajahnya sedikit dingin. Membuatkan aku takut untuk memandang kearah dia.

Aku hanya mengerling. Dia terus beredar perlahan - lahan dari situ.

Apa yang dia buat dekat sini? Bukan ni bangunan biomed? Dia budak marketing.

"Mungkin dia nak jumpa mark." Aku menyedapkan hati aku dan beredar dari situ.

S

K

METAPHORA [이해찬] 1st Series Where stories live. Discover now