"Betul ke apa yang aku buat ni? Ya Allah.. Kenapa rasa berdebar sangat ni."
Hani satu kan kedua dua jemari dia. Dia gengam kemas dan di bawa menekap dada. Semenjak kapal terbang yang dia naiki berlepas dan sampai ke Malaysia, hati dia berdebar bagai nak pecah.
Dia tak tahu penerimaan mereka semua terhadap dia macam mana.
Apa mama dan mama akan gembira dengan kepulangan dia? Yang paling dia risaukan tentang Hilman. Bagaimana reaksi dia.
Hani tarik nafas dalam dalam. Kau dah buat keputusan ni Hani. Nak ke tak kau kena terima apa saja yang berlaku. Jangan nak lari lari lagi.
"Fuh, i can make it. This is Hani Antasya lah. Pandang mundur. Kalau semuanya tak ok aku lari lagi."
Eh.. Hani tepuk dahi dia. Bagasi yang sederhana besar dia tarik keluar dari balai berlepas. Kaki dia menuntun dia ke pintu keluar. Handphone yang masih dalam flight mode dia tukar kepada mode biasa.
Matanya melilau memandang kiri dan kanan.
" Hani!!! "
Jeritan nyaring yang boleh tahan bingitnya menyentakkan Hani. Terpaling wajahnya memandang ke arah suara yang memanggil namanya. Kelihatan Mia terkinja kinja sambil tangannya melambai ke arah Hani.
Ini kalau ada misi confirm misi pun boleh jadi mission abort. Laungan Mia sangat sangat menarik perhatian ramai. Hampir separuh dari manusia yang ada dekat ruang menunggu kat luar ni melihat ke arah mereka berdua.
Silap besar aku sebab bagitahu dia supaya jemput dari airport.
Hani silang kedua tangannya ke dada. Mulut sengaja di muncungkan.
"Hani rindunya aku kat kau."
Badan Hani di raih ke dalam pelukan. Sangat kejap sehingga Hani sendiri menepuk belakang Mia minta di lepaskan.
Mau aku sesak nafas ke apa ni?
"Lepas... Le.. Mas.."
"Opss.. Sorry.. Aku teruja.."
Mia tersenyum lebar. Dia pandang lama lama wajah Hani. Tak banyak yang berubah. Masih cantik seperti dulu. Cuma yang lainnya dia dah bertudung. Nampak manis sangat.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Tersampuk ke apa?"
Mia senyum. Kepala dia di geleng geleng.
"Kau cantik sangat bila bertudung macam ni. Tak sangka kau dah kembali ke pangkal jalan."
Hani bulatkan mata dia.
"Hey, cara kau cakap macam aku ni sesat ye. Mulut tu, nak kena ganyang agaknya."
Mia terkekeh kekeh ketawa. Sedikit pun dia tak merasa takut dengan ugutan Hani. Bukan dia tak biasa dengan kawan baik dia ni. Bergurau lebih dari ni pun pernah.
"Mia. Rindunya aku kat kau. Kau lagi cantik bila bertudung. Aku sayang kau."
Badan Mia di tarik kembali dalam pelukan. Kali ini suasana syahdu mengiringi mereka berdua. Mata Hani bergenang dengan air mata. Mia pula menahan sebak.
Mereka tak pernah berpisah untuk jangka masa yang begitu lama. Pergi saja kemana mana mesti kena ada salah seorang darinya.
"Tak.. Kau lagi cantik.."
Mia tersedu sedu. Airmata mengalir turun ke pipi.
"Kau lah cantik. Tengok, bila kau nangis kecantikan kau lagi terserlah."
"Banyaklah kau.. Kau cantik."
"Tak.. Kau..."
"Hey.. Hey girls.. Kalau asyik nak menangkan siapa cantik siapa tak sampai jumaat minggu depan kita semua dok bertapa kat sini."
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...