Rayyan diam. Sesudu sup dia suakan ke mulut. Masalahnya nak telan pun rasa tersekat di kerongkong. Apa ruang kerongkong ni dah mengecil ke?
"Hey, korang ni dah kenapa? Tenung aku macam nak makan je. Jangan lah. Seram tau. Tengok segala bulu aku ni meremang je."
Rayyan gosok bulu roma di lengan kirinya. Dia telan air liur. Gerun nak memandang lama lama pada wajah garang Hani dan muka serius Hilman.
" Aku tak sangka.. "
Hani berkata sepatah. Garfu yang berada di tangan nya itu kelihatan di gengam kemas. Rayyan mula kecut perut. Bahkan usus dalaman dia juga terasa bagaikan hendak meletup. Walau ringkas sahaja kata kata Hani, itonasi suara dia tu. Orang mereng pun faham. Hani tengah marah.
Aa sudah!
"Ye, aku tahu aku salah sebab tak ceritakan kat korang. Aku sebenarnya tak tahu nak mulakan dari mana. Benda ni so.. Complicated."
Dia mengeluh berat. Rambut di kusut kusutkan dengan jari jemari.
"Complicated kau kata? Apa yang susah sangatnya. Call lah bagitahu kami sepatah dua. Benda ni bukan benda biasa biasa. Ini luar biasa. Hal besar tau. Aku.. Eee.. Geramnya.."
Garfu Hani angkat tinggi. Mata dia memandang tepat pada tangan kanan Rayyan yang berada di atas meja.
" Ha.. Hani.. Jangan fikir nak buat macam tu pun. Dengar dulu apa yang dia nak cakap."
Hilman tarik garfu di tangan Hani. Dia tarik Hani gengam kemas. Makin dia tarik makin Hani gengam. Siap dua belah tangan Hani gengam.
"Hani, lepas sayang.. Jangan buat keputusan melulu masa tengah marah. Arwah mamat ni macam mana dengan isteri dia?"
Hani ketap gigi. Rahangnya bergerak gerak. Mata mencerlung tajam pada Rayyan. Ikutkan rasa akal yang tengah tak waras sekarang ni memang dia terkam Rayyan dan di cakar cakar muka mamat ni.
Bertuah punya kawan merangkap sepupu.
Garfu akhirnya beralih tangan.
"For good sake Rayyan, you're married? With whom? Siapa yang malang ni."
Rayyan picit dahinya. Tak tahu hendak jawap apa. Dia pandang wajah Hilman. Meminta simpati. Bayangkan dalam satu malam sahaja semuanya berubah. Dari bujang kini berstatus suami orang.
Ini gila. Semua gila.
" Yeah. Explain to us. "
Rayyan melopong luas. Sangkanya Hilman akan berpihak padanya. Memberinya ruang dan bukan menekannya seperti Hani. Itu apa yang bermain dalam fikirannya. Tetapi kalau dah Hani dan Hilman. Memang sepadan dari segala serbi. Perangai dan otak mereka pun sama. Tengok saja sekarang. Sama sama menekannya.
Adoiiii.. Aku stress!
"Macam ni.. Aku tak tahu macam mana boleh jadi. Aku tak buat semua tu. Kami di perangkap. Aku.. Kau tahu kan aku macam mana. Aku bukan macam tu. Aku..."
"Cop.. Cop... Apa yang kau melalut sangat ni. Cuba cerita satu persatu. Cara kau cakap ni macam kau kena sergah dengan pegawai pencegah maksiat lepas kena tangkap basah."
Hani ketawa kecil. Geli hati dengan reaksi Rayyan yang menggelabah memerang. Dia pandang wajah Rayyan sebelum pandang Hilman pula.
" Kau jangan cakap apa yang aku cakap tadi betul? Rayyan? What have you done? Kau kawan tak guna. Sepupu tak bertamadun."
Nampak? Bila berbincang benda penting dengan perempuan macam ni lah jadinya. Kena tuduh dan fitnah secara melulu. Belum cakap apa apa lagi dah kena bambu. Bertambah tambah rasa stres dalam diri Rayyan.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...