Hani tergolek golek di atas katil. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Lena nya dari tadi tak kunjung tiba. Semua tips tidur dia tak cuba. Dari minum susu panas kegemaran dia sehinggalah bilang anak kambing pun dia dah buat. Tapi haram, mata masih belum merasa kantuknya.
Nak kata letih badan tidak lah pulak. Mungkin dia letih otak kot. Dari tadi lagi otak dia asyik ter flash back cerita dulu dulu. Di mana, masa mana dan bagaimana dia boleh kenal Hilman. Dari orang asing yang pernah menghuni hati dia kepada adik beradik lain mak dan lain bapak.
Hani mengeluh berat. Sudah 3 tahun semua tu berlalu. Tapi hati dia masih berat nak menerima Hilman sebagai abang. Bahkan saat menuturkan panggilan abang pada mata umum dan keluarga terasa geli dan hampir berbelit lidahnya. Baginya Hilman tetap lelaki asing. Lelaki yang hanya patut beroleh rasa hati dia. Bukan rasa sayang sebagai adik beradik.
Masih Dia ingat lagi di mana mereka bertemu buat kali pertama. Masa itu dia tumpang bermalam di rumah Mia. Oleh kerana papa selalu sangat outstation maka dia akan bermalam di rumah Mia. Jangan haraplah kalau nak tidur di rumah seorang diri. Confirm papa bangkang dari awal lagi.
Malam tu hujan turun lebat sangat. Hani bergegas ke dapur. Walau cuaca agak sejuk tapi tekak dia pulak yang berasa kering dan haus. Baru sahaja beberapa tapak kakinya menghampiri sudut dapur Di lihatnya ada seorang lelaki tak berbaju dengan hanya berseluar pendek sedang bersandar elok pada sinki dapur dengan gelas berisi air.
Rasanya dia tak pernah kenal si jejaka ini. Entah kenapa hati dia rasa cuak. Mungkinkah rumah dah kena pecah masuk? Apakah dia ini penjahat, perampok, perogol atau orang minyak yang sesat? Itu Hani tak dapat nak putuskan jawapannya. Dada dia berombak cemas. Tindakan drastik di luar kotak sedarnya mula terjadi dan Hani melangkah ke belakang beberapa kali. Belum sempat dia nak menjerit sekuat kuatnta lelaki itu dah sudah menerpa menekup mulut dia.
"Shuhh, jangan jerit. Nanti kau akan kejutkan semua orang dalam rumah ni. Aku bukan orang jahat. Aku sepupu Mia yang baru balik dari UK."
Hani terangguk angguk faham. Walaupun masih dalam mood siap siaga untuk menjerit tapi dia cuba tenangkan diri sebaiknya.
Mata tajam lelaki itu pula menikam tepat pada matanya. Dia yang dalam pelukan lelaki itu terasa bagaikan terkena renjatan elektrik. Tangan kekar yang melingkar kemas pada lehernya dia tolak perlahan.
Sedar dek keterlanjuran diri , lelaki itu mula melepaskan Hani dari rangkulan dia.
"Sor.. Sorry. Aku tak sengaja. Aku Hilman."
Hani diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Masih terkejut dengan kemunculan lelaki itu. Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Hilman segera berlalu naik ke atas. Itu pun setelah hampir 10 minit mereka saling merenung antara satu sama lain. Hani terasa gugup. Elok sahaja dia terjelopok jatuh ke lantai sesudah sahaja Hilman berlalu dari pandangan matanya.
Dia sentuh dada sendiri yang berdegup bagai nak pecah itu. Allah, berdebar gila. Macam macam yang ada di fikirnya. Pelukan hangat dia juga bagaikan masih terasa melingkar kemas di badannya. Sungguh! Ini perasaan yang sangat asing bagi dia.
Selepas peristiwa hari itu, dek perasaan yang mulai bercambah tunasnya Hani mula berani mengurat Hilman. Permulaannya Hilman buat derk sahaja. Kata Hilman dia dah jemu sangat dengan taktik mengorat gadis seusia dengan Hani. Sepesen saja. Gaya mengorat yang masih belum matang.
Hani senyum geli hati. Indah rupanya memori silam. Banyak babak indah dan romantik yang di laluinya sepanjang mengenali Hilman.
Tapi kini mereka dah tak seperti dulu. Bila hubungan mereka ternoktah sebagai adik beradik Hilman sentiasa menganggap nya macam seorang adik.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...