"Ketuk ketak.."
"Ketuk ketak.."
Hani jeling orang di sebelah. Dari tadi lagi bunyi jemari dia je yang dok mengetuk meja. Entah apa yang merunsingkan kepala otak dia Hani pun tak pasti.
Hani buat endah tak endah. Dia lebih berminat untuk melayan drama Korea yang baru saja dia masuk kan ke dalam list wajib tonton.
"Pap!"
"Allah.. Kau ni dah kenapa?"
Hani urut dada. Gila tak terkejut bila tapak tangan sehasta tu menepuk meja dengan kuat.
"Rayyan!"
Terjerit geram Hani dengan perangai Rayyan. Dari tadi lagi dia perasan yang Rayyan ni lain macam. Dok berkeluh kesah. Kejap dia belek fail dengan kasar macam nak terkoyak dokumen dalam tu. Kejap dia sedut air macam dia je manusia yang haus atas muka bumi ni.
"Aku.. Aku stress lah.."
Rayyan kusut kusutkan rambut nya di atas kepala. Hani jungkit kening. Nampak berserabut betul ni. Jam di tangan dah hampir waktu makan tengah hari. Hilman meminta dia untuk tunggu di restoran berhadapan dengan office. Alang alang Rayyan tak ada kerja nak buat Hani ajak dia sama.
"Stress dah kenapa? Kau dah berapa hari tak shave ni. Nak bagi dagu tu jadi belukar ke?"
Rayyan kirai rambut ke belakang semula. Hujung dagu dia sentuh. Bulu bulu kasar sudah mula memenuhi dagunya. Jambang di tepi rahang pun sama. Sekali lagi dia mengeluh berat. Rasa berdenyut kepala otak dengan hal yang dia tengah fikirkan.
" Aku serabut Hani. Sampaikan aku tak rasa nak shaving segala bulu bulu ni. Aku tak tahu kenapa makin aku kawin makin aku serabut. Aku rasa hidup aku yang serba serbi indah dan tenang dah hilang."
Dia tekup muka ke meja. Kedua tangan di kepal kuat. Ini semua gara gara Fiona. Iye. Perempuan itu sangat sangat menghuru harakan hidup dia.
" Allah.. Macam besar sangat ni masalah kau. Kau nak share dengan aku? Atau kau nak tunggu citer kat Hilman sama?"
Rayyan angkat mukanya. Memandang lama ke muka Hani. Sampai berkerut muka Hani dengan pandangan yang semacam tu.
"Kau ni kenapa pandang aku macam tu. Hey..."
Hani tepuk kepala Rayyan dengan menu di tangan. Naik seram dia bila Rayyan pandang macam tu. Berdiri bulu bulu roma.
"Adoi! Sakit lah cerdik!"
Rayyan gosok kepala. Mukanya masam. Hani ketawa terkekeh kekeh.
"Siapa suruh tenung aku macam tu. Ingat orang suka ke? Ee! Geli mak nengok nya."
Rayyan jegil biji mata.
"Banyak lah kau punya mak mak. Kang orang dengar dia orang ingat aku ni kak fon pulak."
Kali ni Rayyan tongkat pipi di aras tapak tangan kanan.
"Haha.. Ok.. Ok.. Sorry ok. Aku tahu kau straight tak kan lah orang boleh melebel kau sampai macam tu."
Hani senyum. Badan sasa, muka macho, hidung mancung kalau cicak jatuh konpem arwah. Senang citer selain Hilman, Rayyan juga cukup pakej. Masa kat kolej dulu dia dengan Mia selalu jadi tukang penyampai kiriman orang kepada Rayyan. Dari hadiah, surat menyurat di tabur bedak. Eh ada tau, ingat zaman dah serba moden ni tak ada ke? Tapi Rayyan tetap Rayyan. Jika Hilman tu beku, dia pun lebih kurang sama. Nama lagi sepupu. Mana pernah dia layan perempuan lain selain Hani dan Mia. Berkepit pun dengan mereka lah.
"Haa.. Berangan ke mana dah?"
Sekali lagi meja kena tepuk. Hani terkulat kulat malu.
"Ala, tiba tiba aku teringat masa kita kat kolej dulu. Dalam berpuluh puluh orang perempuan yang tergila gilakan kau, satu pun tak pernah sangkut. Kadang kadang aku terfikir kau ni normal ke tidak?"
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...