Hani terkelip kelip memandang ke arah Hilman yang nampak tak keruan. Dia telan air liur sendiri. Rasa debar dan waswas dalam diri dia cuba campakkan ke tepi.
Entah apa lah yang Hilman akan fikir bila melihatkan dirinya dalam sepersalinan baju tidur yang serba seksi ini.
Berwarna merah terang, bertali halus, berenda mewah dan agak tipis dari bahagian dada hingga ke peha. Senang citer baju ni memang menampakkan dia macam tengah 'berbogel'.
Jarang kainnya, Hani rasa macam nak bergulung dalam selimut dan sembunyikan diri.
Dari lepas isyak tadi lagi dia bersiap macam ini. Itu pun sesudah 15 kali dia menelefon Mia bertanyakan betul ke apa yang dia bakal buat nanti.
Berpakaian serba seksi demi menggoda suami sendiri. Sudahnya selepas di marahi Mia dia segera mempersiapkan dirinya. Mandi, pakai losyen dan wangian. Merias sedikit wajahnya agar tidak nampak kusam. Rambutnya di sikat elok biar nampak terurus. Dan baju yang maha seksi itu di kenakan pada badannya.
"Err.. Abang baru balik.."
Tuturnya gagap gagap.. Dia gerun melihatkan pandangan Hilman yang tajam semacam itu. Serta merta mukanya di tundukkan semula ke bawah. Bahagian dada yang terdedah dia tarik tarik sedikit. Kononnya ingin menyembunyikan dadanya yang terserlah pada pandangan mata Hilman.
Duduknya di betulkan. Kaki di silang rapat di antara satu sama lain. Seolah olah ingin menutup daripada pandangan Hilman pada kawasan pehanya yang berwarna putih mulus itu. Dari tarik baju dari dada, dia kini menarik kain yang maha singkat itu melindungi peha nya.
Nak tarik buat apa lagi Hani, terang terang kau dah se seksi ini. Ada baiknya kau biarkan je. Alang alang dah bagi suami kau cuci mata, pamerkan je terus.
Hilman hanya diam. Hampir sahaja nafas dia hendak terhenti apabila bilik tidur yang di masukinya terbentang Hani dalam keadaan seseksi ini. Mata dia di larikan pada seluruh badan Hani yang terdedah. Air liur dia telan berkali kali. Terasa jiwa lelakinya bergelora. Siapa je yang tak merasakan perasaan sama sepertinya. Orang gila pun boleh jadi waras kalau jamuan pada matanya seperti ini.
Kulit yang serba putih gebu, rambut panjang beralun lembut dengan haruman yang sangat wangi dan menusuk ke rongga hati. Ini memang betul betul mencabar.
Iman dia tipis!
Kalau Hani buat macam ni dari dulu lagi, confirm dah lama dia cair.
Gulungan kertas dia capai dan briefcase dia bawa ke meja kerjanya. Kali ini mata dia di larikan sedikit dari terus memandang tubuh menggiurkan milik Hani.
Kau kena tahan Hilman. Sabar...
Butang kemeja dia buka satu persatu sehinggakan mendedahkan dada dia yang bidang. Dia kerling ke arah Hani. Kelihatan isterinya hanya diam dan menunduk malu di birai katil.
Hilman senyum nipis. Kali ini tali pinggang di seluar dia buka. Sebelum seluarnya di buka dan di lorotkan jatuh ke bawah. Mendedahkan dirinya yang hanya ber boxer Calvin Klein berwarna hitam.
Kali ini makin melebar senyuman dia bila dia terperasankan yang Hani tengah meletup letupkan jemarinya. Dia tahu Hani sedang berdebar.
Tuala di sisi katil Hilman capai sebelum dengan selambanya dia bergerak ke arah katil, atau lebih tepat kepada Hani. Badannya di tundukkan sedikit. Menyamai kedudukan Hani yang jelas nampak menggigil di atas katil.
Ahai, comel..
Dia pandang belakang badan Hani yang terdedah.
Ya Allah, cantiknya isteri aku. Putih, bersih, mulus dan sangat menggoda.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...