Hilman kerling Hani dari hujung mata. Dari tadi dia hanya diam tak bercakap. Muka dia pun tidak beriak. Nak kata masam tidak. Nak kata senyum jauh sekali. Sepatah di tanya sepatah juga jawapan yang keluar. Hilman ketap bibir.
"Hani...."
Hani yang sedang ralit memandang keluar tingkap kalih ke tepi. Wajah tenang Hilman dia pandang dari tepi.
"Ye.."
Hani perasan rahang kiri Hilman bergerak gerak.
"Kau betul betul ke nak kahwin dengan aku?"
Dari tadi lagi Hilman terfikirkan perkara ini. Hati dia tertanya tanya sendiri. Dia tak nak memaksa jika Hani tidak mahu. Dia bukan seperti itu. Cuma dia buat macam ini sebab dia tahu akan rasa yang Hani ada padanya.
Hani cintakan dia dan dia yakin akan rasa yang mereka ada.
"La, kita kan nak ke kelas kursus kahwin ni. Itu bukan tanda nya lagi ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
Hilman diam. Hani perasan wajah Hilman yang agak muram. Terasa hati lagi agaknya?
"Ini pasal tadi kan? Awak terasa hati dengan saya?"
Hani keluh perlahan. Dia tahu Hilman terasa hati. Mulut ini pun cakap lepas tak bertempat. Lagipun rasa hati sendiri, tak salah rasanya kalau dia suarakan.
'Aku tak nak di madukan'
"Hilman.."
Hani sentuh bahu Hilman. Sentuh atas kemeja dia tu ok. Bukan yang lain macam. Hilman masih diam.
"Hani minta maaf.."
Hani masih kalih pandangan dia pada Hilman. Menunggu andai ada jawapan untuk kata kata maafnya. Hilman ni kalau dia terasa hati memang susah gila nak di pujuk. Dia tak makan pujuk. Nak tak nak bagi dia sejuk sendiri.
"Awak dengar tak ni?"
Hani mula geram. Hujung bibir dia gigit.
"Ok"
Sepatah dan senada aja. Mendatar dan tak ada itonasi suara tinggi rendah atau yang berperasaan. Hilman di tepi dia sekarang adalah manusia yang kosong tanpa biasan perasaan.
"Apa yang ok?"
Hilman mendengus kecil. Hani dia pandang dari hujung mata.
"Apa yang kau cakapkan tadi lah. You said I'm sorry. Than I reply ok. Isn't enough for you?"
Hani ketap bibir. Nampak sangat yang Hilman tu tak iklas. Hani paling kepala menghadap cermin kereta. Memandang keluar.
"Berhenti sekarang!"
Perlahan. Tapi dia tahu Hilman dengar. Tak dengar memang Hani jolok jolok lubang telinga Hilman itu kasi dengar.
"Kenapa?"
Hilman paling ke arah Hani. Tiba tiba sahaja. Hilman paling semula ke depan.
"Kenapa apa nya. Berhenti sajalah."
Hani geram. Seat belt yang membaluti badannya dia tanggalkan. Kalau Hilman nak main main. Ok Hani bagi main main.
"Dah kenapa pulak? Nak ke mana?"
Hilman mula menggelabah. Hani tampak garang. Kejap lagi adalah perangai menyinga dia keluar.
"Tak ada nak ke mana mana. Nak balik. Berhentikan saya kat sini. Awak pergi je sorang sorang kursus tu. Saya tak nak pergi."
Hani silang tangannya ke dada. Hilman garu kepala. Apalagi yang tak kena?
"Kenapa ni? Kita kan nak kahwin. Ni pun dah nak sampai. Apa lagi yang tak kena?"
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...