Hani kelam kabut. Sedari tadi dia tak tahu hendak buat apa. Fiona asyik menangis tanpa henti. Hampir sekotak tisu atas meja Hilman habis di guna Fiona. Tak apa lah andai kata dengan menangis boleh buang segala rasa yang memedihkan itu. Maka menangis lah.
Hani garu kepala. Hilman juga hilang dari radar. Pergi mencari Rayyan agaknya.
"Fiona.. Dah lah. Jangan menangis lagi. Hani, tak tahu nak pujuk macam mana."
Itu memang betul. Dia memang bengap sikit bab memujuk. Tiap kali gaduh dengan Mia, tiap kali tu juga Mia akan marah kaw kaw kat dia. Katanya Hani tak alert tentang perasaan dia. Tak pujuk pun. Adoi!
"Fiona ni teruk sangat kan? Rayyan mesti lagi benci kat saya sekarang. Saya nak buat apa ni."
Airmata dia masih tak segan silu mengalir dari mata. Tak sangka hari ini Rayyan tahu semuanya. Sudah hampir sebulan dia usaha untuk cuba memberitahu Rayyan bahawa dia lah Tya yang Rayyan tunggu dahulu. Dia lah Tya yang Rayyan suka dulu. Dia lah yang Rayyan janji untuk bercinta secara halal. Tetapi sedikit pun tidak terluah.
Tiap kali dia nak buka mulut mesti Rayyan akan mengelak dari dia. Sudah lah tidur asing asing. Ketuk pintu bilik ajak bincang haram dia tak bukak. Sediakan breakfast dan makan malam, sedikit pun Rayyan tak pernah sentuh. Fiona tak ubah macam tunggul dalam rumah tu. Kadang kadang dia terfikir kenapa Rayyan masih nak teruskan perkahwinan mereka kalau Rayyan sedikit pun tidak memberi ruang untuk dia.
Dia ingat lagi dua hari lepas teruk dia di maki Rayyan sebab masuk ke biliknya tanpa izin. Salah ke dia isteri masuk ke bilik suami? Mungkin dia tak tahu malu. Mungkin dia dah menganggu privasi lelaki itu. Tapi apa lagi cara yang ada kalau lelaki itu sentiasa mengelak daripada berbincang.
"Kau memang perempuan tak tahu malu kan? Kemaruk sangat nak berlaki sampai ke bilik aku pun lau redah. Aku jenis perempuan kau ni? Bukan aku dah cakap, pastikan kaki kau jauh selangkah dari aku. Otak kau bengap ke apa?"
Setitis air mata dia mengalir ke pipi. Muka Rayyan dia tatap dalam.
"Ayyan.. Saya.. Nak cakap pasal kita."
Rayyan tiba tiba merenggus lengan nya.
"Sa.. Sakit Rayyan.."
"Kau tahu tak, kau tak layak nak panggil aku Ayyan. Sikit pun kau tak layak. Hanya dia je yang berhak panggil aku bukan kau."
Makin laju airmata Fiona jatuh ke pipi. Teresak esak menahan sakit di lengan serta pedih di hati. Nampaknya 'Tya' sangat beruntung. Dalam realiti sekali pun dia tetap yang satu di hati Rayyan. Lengannya di lepaskan. Fiona gosok tempat yang hampir memerah. Badan Rayyan yang tidak berbaju hanya berseluar jeans hitam dia pandang lama. Masih berkira kira tentang reaksi Rayyan nanti kalau dia buat macam ni.
Dengan berani dia tangannya memeluk pinggang Rayyan dari belakang. Tubuh Rayyan mengeras. Lama mereka berkeadaan seperti itu. Dapat dia rasa nafas Rayyan yang tersekat sekat dari naik turun nya nafas di perutnya.
"Saya isteri awak Rayyan. Salah ke saya buat macam ni. Saya tahu saya tak berhak untuk ada di hati awak. Tapi saya berhak untuk ambik tahu pasal suami saya. Tolong bagi saya peluang. Tolong mudahkan kita untuk berbincang. Saya.."
Sekelip mata badannya terpusing dan dirinya berada dalam pelukan Rayyan secara berhadapan. Dia telan air liur.
" Kau sedar tak apa yang kau minta ni? Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Haa kau sedar tak?"
Fiona tunduk ke bawah. Dia takut memandang muka bengis lelaki itu. Rayyan senyum sinis. Dagu Fiona dia tolak ke atas.
"Bila aku cakap pandang aku."
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...