Hani mundar mandir. Dari tadi semua benda yang dia buat serba tak kena. Semalaman tidur dia entahnya lena ataupun tidak. Sudah lah dia rasa bersalah sebab Fiona temankan dia tidur. Sepatutnya Fiona kena berada bersama suami dia. Ini temankan Hani pulak. Normal ke macam tu?
Tapi Fiona dengan Rayyan maca biasa lah. Nampak kekok antara satu sama lain. Apatah lagi bila melibatkan kejadian yang mereka hadap sebelum ini. Itu sangat sangat lain macam.
Hani berjalan ke pintu beranda bilik. Fiona yang masih lena dia pandang dari hujung mata. Udara sejuk di waktu pagi sangat sangat mendamaikan. Saat ini dia rindukan Hilman. Seakan masih terasa pelukan dan hangatnya tangan kekar milik Hilman. Sejuk dan hangat dalam masa yang sama.
Indahnya suasana itu!
"Tok.. Tok..."
Hani kerut kening. Siapa pulak pagi pagi ni? Dalam keadaan yang sedikit curiga deringan Handphone menyentakkan dia. Automatik tangan naik mengurut dada.
Nama pemanggil sedikit melegakan hati dia. Ingatkan siapa lah tadi.
"Ye Rayyan, sepupu ku kiriman ilahi."
Suara gelakkan Rayyan membuatkan hujung bibir dia terjungkit dengan senyuman.
"Aku depan bilik ni. Nak ajak breakfast. Kejap lagi nak pergi balai pula."
Awalnya.. Balai?
"Asal tak kejutkan masa subuh tadi lagi. Bagus apa breakfast masa tu. Ni nak ke balai mana pulak? Aku takkan balik tanpa Hilman. Apa nak jadi jadi lah. Kau nak balik kau balik sorang. Aku tak nak.. Aku.."
"Hey.. Cakap tak ada noktah macam kereta api terpaling laju di dunia ni apasal? Aku tak sempat nak cakap lagi lah sengal. Bila bila tanya elok elok."
Hani garu kepala. Dia berjalan ke arah pintu bilik. Fiona atas katil dia pandang sekejap. Nak kejutkan rasa bersalah pulak. Tak nak kejutkan nanti dia fikir bukan bukan macam mana?
" Tapi Fiona tak bangun lagi.. Aku tak sampai hati nak kejutkan dia.. Aku.."
Rayyan mengeluh sedikit.
"Tak payah banyak songeh, bukak je. Bagi aku.. Ehem.. Kejutan dia."
Senyuman nakal terlakar di bibir Hani. Suara deheman gugup Rayyan buat dia fikirkan sesuatu. Nakal kau ye?
Selak pintu Hani buka. Tombol yang di kunci dia pulas. Tapi tidak rantai keselamatan yang di selit sama pada lubang kunci. Apa apa pun dia kena sentiasa berwaspada. Kotnya orang menyamar jadi Rayyan ke kan?
"Haa.. Mencongak depan bilik orang.."
Di sergahnya Rayyan yang sedang menyandar pada dinding. Tersengih sengih macam kerang busuk. Pintu Hani kuak luas.
"Kau dah mandi ke?"
Berpusing leher Hani dengan soalan Rayyan. Dia sepetkan matanya sedikit.
"Haluu.. Cantik meletop macam ni tak mandi ke? Aku subuh lagi dah mandi. Tapi kalau kau aku tak tahu lah"
Dia ketawa. Sehingga terbentuk dalam rahang tajamnya. Kacak, tapi tak sekacak Hilman aku. Eh.. Mestilah kena puji suami sendiri kan? Kiki..
"Dah mandi lah, tapi mandi aku tak berapa nak basah bila isteri aku kat bilik kau. Aku.. Kedinginan.."
Bebola mata Hani pusing ke atas. Menyampah!
"Ah sudah lah kau! Jangan nak merapu. Kedinginan.. Huh, entahkan nak pegang tangan isteri pun tak sanggup."
Rayyan buntangkan mata.
"Aipp, dah lebih ni"
Hani tergelak kecil. Muka Rayyan yang macam di panggang tu buat dia faham segalanya.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...