Bab 47

1.3K 97 6
                                    

Hani pelik. Dari tadi lagi dia call Rayyan tetapi tak jugak berangkat. Jam di tilik pada tangan. Dah lebih 10 kali nama lelaki itu dia dail pada Handphone nya. Semakin hairan bila Rayyan tak pernah buat hal macam ni. Kalau call tak dapat sebab Handphone habis bateri ke di mati kan dia faham lah jugak. Tapi sekarang elok saja taliannya berdering.

Fiona di sebelah dia cuit.

"Fiona call Rayyan dapat tak?"

Dagu di tongkat pada meja. Air coklat kegemarannya langsung tak menarik selera. Tak tahu kenapa hati dia resah semacam.

"Dah. Tapi tak dapat juga. Fiona call balai pun diaorang cakap Rayyan dah lama balik dari sana."

Hani garu pipi. Rayyan ni main ciku cakk ke pulak. Orang dah lah gawat dengan kehilangan Hilman. Masakan sekarang dia nak suruh orang cari dia sama.

"Hani.. Fiona risau lah. Macam mana kalau Rayyan pun kena culik sama? Kita nak cari diaorang kat mana?"

Fiona resah gelisah. Ke hulu ke hilir dia jalan tanpa henti. Hani pun risau juga tapi memilih untuk bertenang dan jadi sedikit positif. Sekarang bila dia lihat Fiona macam ni dia pun nak berjangkit sama.

" Fi, cuba Fiona tarik nafas dan duduk dulu. Kita tunggu dan try cari Rayyan. Andai kata 24 jam Rayyan tak juga kita jumpa, kita report dan serahkan pada pihak polis."

Fiona gigit kuku. Dia angguk sedikit sebelum duduk melabuhkan punggung di sebelah Hani. Nafas dia tarik perlahan lahan. Hani pun buat begitu juga.

Mereka duduk diam. Kelu lidah untuk berkata kata.

" Haaa.. Ni.. "

Hani dan Fiona bangun mengejut dari sofa yang mereka duduki. Suara Rayyan yang termengah mengah menahan nafas mengejutkan mereka berdua. Peluh merenik di dahi lelaki itu.

"Awak, kenapa dengan bibir ni?"

Fiona lebih dahulu meluru ke arah Rayyan. Dah itu suami dia. Dia lebih berhak bukan? Hani hanya berdiri di tempatnya. Memandang tepat pada wajah Rayyan yang nampak sedikit lebam. Bibirnya pecah dengan darah yang masih memerah. Pipinya juga nampak sedikit kesan luka.

"Kena pukul sikit je. Tak ada apa sangat. Fiona, Hani.. Sekarang, aku nak korang naik kemas pakaian secepat mungkin. Kita dah tak selamat duduk sini. Aku dah call Tuan Zaid. Dia akan datang ambil kita kat sini. Kita akan tinggal di bawah pengawasan polis buat sementara waktu."

Rayyan tarik nafas. Dia sentuh hujung bibir yang bengkak. Berdesis dia menahan pedih.

" Tapi kenapa? Kau kena pukul ni dari orang orang yang culik Hilman juga ke? Apa yang diaorang nakkan? Mana Hilman? "

Hani nampak cemas. Cincin di jari dia putar beberapa kali.

"Aku tak tahu apa diaorang nak. Apa yang aku tahu they are coming after us. Dia mungkin nak tangkap kita semua. Aku tadi pun hampir jadi mangsa. Cuma nasib aku sedikit baik. Aku melawan dan diaorang dapat padahnya. Sekarang kita kena pergi cepat."

Hani dan Fiona berpandangan sesama sendiri. Apa yang Rayyan bagitahu amat amat mengejutkan. Entah apa yang ada dalam fikiran mereka hanya mereka yang tahu.

Kali ini mereka kena selamatkan diri dahulu walau apa pun yang bakal berlaku. Jika mereka tertangkap sama macam mana nak selamatkan Hilman nanti.

"Eh, apa lagi? Cepatlah. We don't have so much time. Hurry up.. Aku nak selesaikan urusan check out hotel ni. Tuan Zaid bakal tiba bila bila masa. Dan aku rasa konco konco penjahat tak guna tu akan tiba juga."

Rayyan tolak bahu Hani dan Fiona ke arah lif utama hotel. Jelas di wajah dia, yang dia risaukan setiap kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

Fiona dan Hani berlari anak ke arah lif. Muka masing pucat tak berdarah. Tangan masing masing juga menggeletar ketakutan.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now