Bab 41

2.2K 118 40
                                    

Sungguh aku tak sangka. Dalam banyak banyak manusia atas muka bumi ni Fiona juga yang jadi isteri Rayyan. Dah namanya jodoh kan. Hendak tak hendak dia kena terima. Walaupun dua hari lepas Rayyan meroyan macam apa entah. Dia macam tak boleh nak terima hakikat yang Fiona tu jadi isteri dia.

Hani tersenyum senyum sendirian. Bila ingatkan tentang Rayyan dia tak tahu hendak kasihan atau ketawa tak ingat dunia.

Kesian sebab dia terpaksa kawin dalam situasi tertangkap basah. Yang buat kan dia rasa lucu pula bila dalam banyak banyak perempuan yang dia tak berkenan tu juga yang jadi isteri dia. Rayyan pernah berkata yang dia tak minat dan teringin nak berkenalan dengan perempuan seperti Fiona. Yang Hani hairannya apa yang dia tak puas hati dengan Fiona?

Memang lah cara Fiona berpakaian nampak sangat moden dan seksi, tetapi siapa kita untuk menilai diri dia? Mana tahu satu hari nanti dia berubah sebaik baik manusia. Kita yang melihat ni doakan saja yang baik baik. Kalau boleh nasihat bagi lah. Kalau tak boleh diam dan terima saja. Sebab kita bukan duduk di dunia dulu dulu yang mana semua orang sukahati terima bila di nasihati.

Hani harap Rayyan boleh galas tanggungjawab itu sebaiknya.

"Dah puas berangan?"

Mia senyum nipis. Dia duduk menghadap Hani. Satu dulang penuh dengan fries, burger prosperity, Mac flurry oreo begitu menaikkan selera Hani Antasya.

"Aku teringatkan Rayyan."

Mia ketawa kecil. Siapa je yang tak rasa geli hati dengan perangai sepupu yang satu tu. Dia sorang dah beribu macam ragam.

"Adoi.. Aku tak tahu nak kesian ke nak gelak. Kau tahu semalam dia call kami semata mata nak cakap yang dia sedia lagi untuk tidur sebilik dengan Fiona. Apatah lagi bila perempuan tu terlalu moden. Pakai baju tidur seksi meksi."

Hani tergelak lagi. Tak sangka sebenarnya yang si Rayyan tu akan call mereka hanya untuk benda macam tu.

" Wei.. Biar betul? Habis tu korang cakap apa?"

Mia nampak teruja. Fries dia suap ke mulut.

" Cakap apa. Cakap jela yang mampu. Hehe. Aku cakap sampai bila dia nak mengelak. Diaorang kan dah suami isteri. Apa guna tidur bilik asing asing, kalau korang tetap serumah. Pastu kau tahu dia cakap apa?"

" Apa wei.. Apa"

"Dia kata betul juga apa yang aku cakap tu. Kalau dok serumah mesti akan jumpa je. Jadi dia buat keputusan nak duduk asing. Gila betul Rayyan tu."

Pecah ketawa dari mereka berdua. Tak dapat nak bayangkan macam mana muka kalut si Rayyan. Rayyan lelaki sejati. Tetapi di sebabkan dia membesar dalam keluarga yang ramai adik beradik perempuan, dia kekadang terikut ikut dengan sedikit perangai feminine. Cuma bukan bermaksud dia lembut. Tangan melibas macam sotong.

"Sampai macam tu? Apalah yang dia tak suka kat Fiona tu ye. Kesian Fiona. Siapa mintak nak kahwin macam tu. Mungkin dia pun ada impian sendiri. Ye tak?"

Hani mengangguk setuju.

"Kan. Entah lah Rayyan tu. Nanti aku suruh Hilman nasihatkan dia. Semalam dia gelabah gila bila Hilman cakap Fiona tu kan dah halal buat dia. Buat apa nak elak elak. Terima jela. Dia lelaki. Tak akan nak tahan je."

Terkekeh kekeh kami ketawa nakal. Haih, Hilman pun. Hani dah dapat bayangkan muka pucat Rayyan macam mana.

" Macam macam betul. Diaorang berdua ni dah macam dalam drama. Dengar cerita pasal mereka pun dah tahu ni mesti gempak stesen tv kalau buat drama macam ni."

Mia lap air mata di tubir mata. Cakap pasal Rayyan siapa je yang tak terhibur.

Hani pandang makanan di atas meja. Dah lama sebenarnya dia tak makan makanan segera macam ni. Entah apa yang merasuknya hari ini. Di paksanya Mia untuk datang ke McDonald's.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now