Hani buka pintu bilik sambil di ikuti oleh Mia. Mereka yang tengah berborak kosong kelihatan terkejut terpandangkan Hilman yang turut keluar sama dari biliknya. Bergerak untuk turun makan sama. Rayyan dan Amri pula awal awal lagi sudah turun ke bawah.
Hani buat tak tahu. Jalan menonong meninggalkan Mia di belakang. Dia masih geramkan Hilman pasal kejadian tempoh hari. Hilman yang tak betul sebab sanggup memalukan dia di depan kaum keluarga mereka.
Memang tak ah hari ini Hani nak tunjuk baik. Hari ini dia akan tunjuk belang yang selama ini dia simpan kemas.Malas dah nak berlakon jadi adik yang baik. Dia nak bagi je sesiapa tengok perangai dia yang memang masuk air ini.
Tanpa dia sangka Hilman juga turut mempercepatkan langkahnya. Seakan akan Cuba untuk bersaing langkah dengan Hani. Sudahnya Hani dan Hilman asyik bertolak sesama sendiri untuk sampai dahulu ke tangga. Hani tolak, dia tolak Hani balik. Dahlah bahu macam batu. Keras gila. Sampai sakit telapak tangan nak menolaknya.
Berdongkol dongkol rasa geram di hati Hani dengan perangai Hilman yang sengaja nak mencari gaduh dengannya.
"Tepilah.."
Hani tolak bahu keras Hilman kuat kuat. Geram betul..
"Kaulah yang tepi. Bagi aku dulu."
Hilman mengeraskan badan. Padahal di tepi sana ruang untuk turun lagi luas berbanding di tepi Hani. Tapi apa dia kisah. Sibuk nak mencelah di sisi Hani juga. Sengaja mencari gaduh dengan Hani. Sejak semalam lagi Hani buat muka cemberut tunjuk protes dengannya. Bukan dia tak tahu yang Hani marahkan dia.
Eh dia patut ada rasa marah tahu. Hani tu menggedik sangat bila dapat panggilan daripada Zairel. Kononnya macamlah mereka tu pasangan kekasih yang paling bahagia kat donia ni. Sakit betul hati Hilman. Apa Hani tak sedar ke yang dia tu makwe Hilman?
Eh Hilman.. Bukan kau ke yang mintak putus dulu dulu. Adoiiii..
Sudahnya dek geram yang melampau dia bambukan Hani kat depan sepupu sepupu mereka yang ada. Hani yang tengah tahan malu hampir sahaja menangis kat situ. Dia rasa menyesal juga atas kata katanya. Tapi bila nak minta maaf rasa ego dia melangit.
"Hei sana punyalah luas. Turunlah dari sana. Menyemak je ikut sebelah orang."
Hani tolak lagi bahu Hilman. Kali ini dengan tenaga paling terkuat yang dia ada. Sehinggakan Hilman terundur ke tepi beberapa langkah.
Hani mula melangkah turun. Tapi Hilmam ikut menyaingi langkahnya lagi. Ah tak boleh jadi. Hani berdecit geram. Dia yang kena sampai dulu ke bawah. Bukan Hilman.
Hani panjangkan langkah dia seluas luasnya untuk mengejar Hilman yang sudah selangkah di hadapan. Mulanya langkah luasnya mengena pada anak tangga yang dia sasarkan. Namun masuk langkah yang seterusnya dia tersasar bila kakinya mula memijak angin. Padahal 3 anak tangga lagi untuk Hani sampai ke bawah.
Apalagi gedebuk tubuh dia jatuh menghempap belakang Hilman. Sebelum Hilman juga turut jatuh tertiarap di lantai bawah. Bunyinya kuat semacam buah durian yang jatuh menghempap atap rumah.
Gedebuk!
"Hani..."
"Hilman..."
Terkocoh kocoh mereka yang ada di ruang tamu menerpa ke arah Hani dan Hilman. Panik dengan kejadian yang tiba tiba sahaja berlaku. Jatuh tangga bertindih tindih kot.
"Adoiii..."
Hilman terjerit kecil bila Hani mula angkat badan dari terus menghempapnya. Namun posisi Hani pula selamba sahaja dalam keadaan duduk di atas belakang Hilman membuatkan Hilman berdecit geram. Apa dia tak tahu ke lepas hempap kuat macam tadi dan duduk atas badan dia macam anak kecil ni badan aku tak sakit ke? Dia paling wajah dan menjeling pada Hani.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...