Bab 50

1.2K 71 7
                                    

Hani jalan mundar mandir dalam bilik. Semenjak Jane beritahu tentang apa yang sebenarnya terjadi pada Hilman dia memang tak senang duduk jadinya.

Otak dia sentiasa berfikir tentang cara untuk dia dan Hilman lepaskan diri dari sini. Walau apa yang terjadi sekalipun mereka harus keluar dari sini.

Bibir di ketap kuat. Terasa lemas di kurung dalam ruangan serba mewah ini. Apa gunanya hidup mewah andai terkurung.

Bunyi kunci di masukkan ke tombol pintu sebelum di pulas menyentakkan Hani. Dia segera berdiri tegak. Seolah olah bersedia menerima kedatangan seseorang.

"Good morning sister in law. Wow, kau sedang menunggu kedatangan adik ipar kesayangan kau ye?"

Haziq masuk sambil tertawa kecil. Entah apa yang menggeletek tangkai hati dia sampai dia sebahagia ini. Tangan di kepal kuat.

"Adik ipar kesayangan? Kesayangan neraka adalah."

Lelaki itu ketawa lagi sebelum menghampiri katil dan menghempaskan badan tegapnya ke situ. Hani yang sedang berdiri menghadap katil tetap memakukan pandangan dia pada lelaki itu.

Mamat ni bukan boleh percaya sangat. Bukan nafsu je tak normal perangai dengan otak pun swing 60 darjah.

"Hey, kenapa berdiri kat situ. Meh ah join sama. Tepi sini."

Mata Hani terjegil luas. Apa kurang siuman mamat ni. Hani dah pasang kuda kuda. Andai mamat ni buat macam macam memang dia lesing telur dia. Selamba je ajak baring sebelah dia. Macam ajak pergi makan KFC.

"Haha, kelakar lah muka kau ni. Aku gurau lah. Aku memang abnormal tapi aku tak pernah paksa perempuan tau. Apatah lagi bini orang. Tapi kalau kau rela nak serah diri kat aku.. Urmmm.. Apa..."

Tak guna!

Buku setebal 600 helai muka surat itu Hani baling hampir saja mengenai muka Haziq. Namun, muka perasan hensem dia masih terselamat.

" Woii, rileks lah! Aku cakap je, asal main baling baling ni. Woo woo.. Tak sangka Hilman minat kat perempuan perangai macam kucing liar seperti kau ni. Garang."

Dia senyum senget. Jelas di matanya dia sedang 'berseronok' apabila dapat mempermainkan Hani. Lelaki itu kembali merebahkan dirinya ke atas katil.  Kedua tangan di jadikan alas kepala sendiri.

" Kau tahu, mood aku baik sangat hari ni. Menang loteri pun tak sebahagia ni tau. "

Dia baring mengiring menghadap Hani. Senyuman di bibirnya semakin melebar. Hani cebik bibir. Ingat seksi ke dia baring macam tu? Hilman lagi seksi lah. Bagai langit dan bumi berbezanya mereka. Hati Hani mengguman sendiri. Tengok muka Haziq lama lama rasa macam nak terkam dan cakar je.

"Peduli apa aku kau bahagia sampai nak pecah dada pun. Kalau kau bahagia sampai kau tiba tiba mati bagus juga."

Kedua tangan Hani selit ke bawah dada. Memandang tajam pada lelaki itu. Sedikit tidak berkalih. Fokusnya memang 100 peratus pada Haziq.

"Auch sakitnya! Aku tak sangka aku begitu di benci oleh kau. Padahal aku dah rasa sedikit suka kat kau. You're different and special. Mungkin sebab ni kan Hilman suka kau"

Sebuah kenyitan dia hadiahkan pada Hani. Hampir saja Hani hendak termuntah dengan gelagat miang Haziq. Ini kalau Hilman nampak mesti dia gulai gulai si Haziq. Sebuah keluhan terlepas dari mulutnya. Andai saja Hilman nya seperti biasa. Bukan di bawah pengaruh dadah seperti sekarang. Semuanya akan indah. Dan Hani akan bersorak riang seperti penyokong bola sepak negara apabila muka Haziq di cepuk Hilman.

"Mesti kau rasa tersepit sekarang kan?"

Haziq duduk bersila di atas katil dalam kedudukan masih lagi menghadap Hani.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now