Hari yang di nantikan tiba jua. Pagi itu semua orang kelihatan agak sibuk. Sanak saudara dan jiran tetangga mula memenuhi kediaman Tok Haji Shukri dengan Hajah Fatimah.
Di depan halaman rumah menghadap sawah kelihatan sekumpulan orang lelaki sedang melapah daging lembu yang baru lepas di sembelih.
Hani yang berdiri di tingkap rumah itu ralit memandang suasana riuh kenduri di halaman rumah.
Senyuman jelas terpamer di wajahnya. Dia tak pernah merasakan suasana seperti ini. Maklumlah kampung dia kat bandar. Atuk dan nenek dia tak ada kampung. Mereka semua berasal dari bandaraya metropolitan.
Nasiblah papa dia kawin dengan mama Hilman, dapat lah dia rasa suasana macam ni.
Sebut pasal Hilman, Hani mula tercari cari kelibat dia. Rasanya tadi dia ada melihat Hilman turut serta menolong orang orang kampung melapah daging. Haa jumpa, Hilman yang berbaju biru gelap bersama seluar trek warna hitam sedang tekun melayan kerjanya.
Hani tongkat kedua tangannya di birai tingkap kayu itu sambil matanya lurus memandang ke arah Hilman.
Hilman yang berotot. Hilman yang berpeluh renik. Hilman yang hensem di matanya. Senang citer semuanya pasal Hilman.
Sedar dirinya di perhatikan Hilman panggung kepala memandang lurus ke tingkap hadapan rumah.
Zupp.. Terasa panahan mata Hani menikam tepat ke jantungnya. Terpaku sekejap jadinya dia bila Hani selamba badak berendam sahaja mengenyit mata kepadanya.
Memerah jadinya muka Hilman dengan perangai nakal Hani. Dia pandang kiri dan kananya. Bimbang kotnya ada yang perasan perangai Hani.
Dia tarik nafas lega. Nasib baik tak ada yang perasan. Tak pasal pasal kan pecah tembelang nanti.
"Abang Hilman! Yuhuuuuu!!!"
Melorot jatuh rahang Hani bila dia tengok Nadine tergedik gedik melangkah ke arah Hilman. Dia tatang dulang yang berisi jug air sirap sebelum membawanya ke wakaf berhampiran mereka.
Hani gigit bibir geram. Dia perasan Hilman sedang kulum senyum mengejek padanya. Tangan Hilman angkat membalas lambaian Nadine.
Meluap marah Hani jadinya. Berani Hilman berpoya poya di hadapannya dengan Nadine?
"Hani, oo Hani."
Mia yang sedang sibuk menyusun dulang dulang hantaran di ruang tamu menjerit kuat memanggil namanya.
Hani mendengus marah. Masa inilah dia nak panggil.
"Apaaaaa"
Hani jerit geram. Mata masih memandang tepat ke hadapan. Sekali lagi darahnya menyirap bila Nadine dengan penuh manjanya mengelap dahi Hilman yang berpeluh dengan sapu tangan.
"Apa yang kau tengokkan tu? Ralit semacam. Aku panggil dari tadi kot. Tu haa mama kau panggil dari dapur."
Mia juihkan bibir ke dapur. Hani membuang pandang ke arah Mia. Segala dulang hantaran yang berhias elok dia susun di tepi dinding.
Hani berjalan perlahan menuju ke dapur. Sebelum tu sempat juga dia hadiahkan pandangan tajam pada Hilman. Hani pandang segenap ruang tamu yang luas itu. Beberapa orang sepupu sepapat Mia sedang sibuk dengan kerja masing masing.
Dia masuk ke dapur. Nampaknya suasana kat dapur ternyata lagi sibuk dari kawasan ruang tamu tadi.
"Haa sini pun Hani. Dari tadi lagi tau mama cari Hani. Hani kemana je?"
Puan Maria tarik tangan Hani mengikutinya. Tercenggang Hani. Apasal mama nampak panik sahaja.
"Kenapa ni maaa. Hani dok kat luar je tadi. Tengok tengok orang buat kerja."
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...