"Kau janji tau, bila aku balik KL jangan tak layan aku."
Zairel mengecilkan mata dia ke arah Hani. Muka dia sedikit menunduk memandang Hani yang agak rendah. Maklumlah dia galah, nak tak nak kena tunduk. Hani geleng kepala. Dari semalam lagi dok cakap hal yang sama.
" Iye.. Aku jawab call kau. Chat kau. Tapi bukan dalam versi pakwe makwe ye. Kita kawan je. Tu pun kau kena ikut masa aku. Kalau aku tak sibuk, aku balas. Ok?"
Zairel sentuh dagunya. Seolah olah berfikir. Tapi gayanya yang bersahaja itu mencetuskan ketawa kecil dari mulut Hani. Makin lama kenal mamat ni makin lawak pula. Dari semalam dirinya terisi dengan lawak bodoh dari Zairel. Berbeza gila dengan Hilman. Macam bomi dan langit. Menyimpang.
"Dah.. Pergilah. Abang Adri dari tadi lagi dok tunggu kau. Macam tak boleh chat atau call je nak berpamitan bagai."
Zairel juling mata ke atas. Memanglah boleh call chat semua tapi memikirkan yang Hani ni agak keras hati bimbang jugak andai segala chat dan call dia tak berbalas. Sudahnya mereka jadi asing macam zaman dulu dulu. Oh, tak nak. Sesudah segala caci maki dia tahan selama beberapa hari di sini untuk berbaik balik dengan Hani. Dia tak sanggup. Dia dah begitu 'terisi' dengan ada nya Hani.
Zairel kalih pandang pada abangnya yang sedang menunggu di kereta. Ralit bercakap dengan kakak iparnya. Aih, bila lah aku pula nak merasa macam diaorang.
"Janji tau? Kau kalau.."
"Airel, jomlah.. Nanti lambat. Cakap dengan kawan mengalahkan abang yang baru kawin."
Zairel gelak perlahan. Muka cemberut abangnya di jeling sedikit.
"Kejaplah.."
Dia paling balik menghadap Hani.
"Aku pergi dulu. Ingat.. Ada apa apa yang kau rasa nak kongsi, kau call je aku. Aku walau masuk air macam ni, I'm a good listener."
Dia kenyit mata sedikit kepada Hani. Hani jengil mata. Berani kenyit sekali lagi aku cungkil mata tu.
"Apa apalah Zairel. Dah pergi sana. Semua orang pandang kita macam kita ni pulak laki bini."
Hani pandang anjung rumah. Kelihatan Mia, Rayyan dan beberapa lagi sepupu mereka asyik memandang kepadanya dan Zairel. Malu toksah di cerita. Kejap lagi harus kena bahan.
Zairel ketawa lagi.
" Dah tu kau jadilah bini aku. Kan best. Jom merealisasikan kata kata kau tu."
Zairel jongket kening dia sebelah. Dapat sakat Hani sebelum balik ni pun jadilah. Dia suka gila bila muka Hani merah meruap marah.
" Yelah.. Yelah. Dari tadi lagi dok menghalau aku. Aku pergi dulu. Ingat. Apa apa hal call aku."
Dia senyum sedikit. Pusing badan dan berjalan perlahan menuju ke kereta. Malas malas sahaja langkahnya. Sayang nak tinggalkan Hani. Eh..
Sampai di pintu sebelah, dia lambaikan tangan pada Hani dan mereka yang berada di anjung rumah. Sempat lagi flying kiss dia sasarkan kepada Hani. Apalagi satu anjung rumah tu dok mem pewitt ke arah mereka. Rupa masing masing macam tengah tengok drama pukul tujuh di stesen tv3 sahaja. Hani buat tak tahu. Suara yang paling mendalam pada telinga dia tak lain tak bukan Mia dan Rayyan. Menjerit macam nak putus urat tekak. Hani hanya pandang kereta yang sudah bergerak perlahan keluar dari pagar rumah.
Zairel ni macam macam.
Hani pusing badan dan berura ura mahu naik semula ke rumah sebelum dia perasan dengan pandangan tajam yang di hadiahkan Hilman kepadanya. Bakal bini ada kat tepi pun masih nak menenung aku macam tu. Cungkil mata baru tahu. Hani buat tak nampak.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...