Bab 16

3.1K 134 8
                                    

Hani menguap luas. Kelopak mata yang masih tertutup dia tolak terbuka ke atas dengan jari telunjuk. Rambut yang menutup seluruh muka dia biarkan saja. Masih lagi rasa nak bermalasan di atas katil.

"Ini kerja gila... Aku mengantuk lagi lah."

Hani jerit geram. Si malaun tak tahu malu tu memang membuatkan suhu amarah dia meningkat. Mentang mentanglah orang dah maafkan dia. Terima dia sebagai kawan semula eh sesuka hati je nak buat macam kita ni kawan baik. Siapa lagi kalau tidak si Zairel. Mamat tu memang suka buat kerja gila. Kelmarin dia ajak Hani pergi memancing. Boring 50 kuasa kuda.

Hari ini Di ajaknya aku jogging pepagi buta. Aduh, sudahlah tidur lewat semalam gara gara melayan cerita komedi syeram thai. Ini memang mendatangkan amarah. Hani mendengus kuat. Mia di sebelah dia jeling sekilas. Untunglah kau Mia. Tidur lena. Dating pulak dengan kesayangan hati. Aku ni dok meneman si jebon sesat tu je.

"Hani sayang.. Bangunlah, Zairel dah tunggu kat bawah sana. Kesian dia."

Puan Maria di muka pintu tersenyum kecil. Hani yang masih dengan ngantuk nya itu nampak comel macam budak budak sahaja. Rambut berjuntai memenuhi muka. Budak ni bila bergaya nampak matang dan cantik. Bila selekeh macam ni nampak comel. Geram nak cubit cubit.

Puan Maria masuk ke dalam bilik. Merapati Hani yang duduk berjuntai kaki di atas katil. Rambut panjang Hani dia elus lembut.

"Biarkan dia mama. Bukannya orang berjanji pun dengan dia. Dia je yang memandai mandai. Cakap kat dia Hani tak nak. Jangan sesuka hati nak plan apa apa. Hani tak suka. Mama cakap kat dia eh, Hani nak sambung tidur kejap."

Badan Hani rebahkan semula. Mia di sebelah masih tak sedarkan diri. Letak bom tepi telinga pun belum tentu dia bangun rasanya. Jam di dinding Hani jeling. Pukul 7 pagi.

Puan Maria geleng kepala perlahan. Hani.. Hani.. Dalam lembut dia ada tegasnya. Bila itu yang dia cakap memang itulah jadinya. Tak boleh kata tidak. Tak boleh bangkang. Sebab tak jalan punya. Puan Maria geleng kepala dengan telatah Hani. Dia tepuk peha Hani yang beralas seluar tidur.

"Haa, yang nak tidur balik ni dah solat subuh ke belum?"

Hani angkat kepala memandang ke arah puan Maria. Matanya di pejam celik malas. Rasa kantuknya mula menghampiri semula.

"Sudah mama. Hani tak pernah lupa kewajipan yang satu itu. Jangan risau ye. Mama cakap kat mambang tu Hani nak tidur. Tak kuasa nak jogging bagai. Nenek jiran dia mari paksa orang jogging. Bincang tidak mari redah suka hati dia."

Selimut Hani tarik ke paras dada. Sempat dia senyum manis kepada Puan Maria.

Matanya kembali di tutup. Target nya hari ini pukul 9 nanti baru bangun. Sekarang yang penting tidur. Cuaca pagi yang sejuk di kampung bagaikan Aircond semulajadi. Jadinya segala aircond yang ada memang tak akan di pasang tiap kali mereka tidur. Cukuplah kipas siling sahaja. Itupun kadang kadang menggigil sejuk Hani di buatnya.

Pintu bilik kedengaran di tutup perlahan.

Bangun lewat tak apa kalau kat rumah ni. Tapi nanti kena rajin di dapur buat sarapan sendiri. Ala, Bukan hari hari pun Hani buat macam tu. Hari ini kali pertama sepanjang 5 hari dia di sini. Atuk dan nenek pun sporting je. Bila Hani turun ke dapur selepas subuh, mesti diaorang akan tanya.

"Eh Hani, kenapa tak sambung tidur?"

"Kenapa rajin sangat ke dapur ni?"

"Eh, tak apa. Atuk dan nenek boleh buat."

"Hani susun susun pinggan je. Takpe.."

Haaa betul! Tak tipu, tapi itulah yang nenek dan atuk buat. Entah apa yang special nya Hani ni, sampai tolong di dapur di larangnya. Bila Hani tanya kenapa tak bagi tolong, katanya..

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now