Dari tadi Mia garu kepalanya yang tidak gatal. Memandang tingkah laku Hani yang berkeluh kesah semacam orang kematian suami.
Apalagi yang tidak kena? Sangkanya selepas Hilman menarik Hani mengikutnya pulang ke rumah semuanya sudah selesai. Segala kemelut perasaan dan ego antara mereka runtuh sudah. Tapi kali ini makin teruk pula rupanya.
Sorang buat kepala angin, sorang lagi terkena tempias angin.
Aih, masalah orang aku pula yang pening.
"Hani, boleh tak kau duduk sekejap. Mata dan kepala aku ni berpusing macam gasing dah ni. Sekejap kau ke hulu sekejap ke hilir depan mata aku ni. Aku syak kejap lagi aku masuk ICU kes bijik mata tak henti henti bergerak sendiri."
Pensel khas di hujung meja dia ambil. Lakaran design dress yanh di minta oleh Datin Seri Raihan pun masih belum siap siap. Apa tidaknya imaginasi dia rasa tertutup di sebabkan Hani yang tiba tiba datang mengacau nya di butik.
Kalau hari hari Hani datang sini dengan stail dia kawat kaki macam ni, memang tak berasap lah dapur dapur staff dia nanti. Iye lah, bila idea yang segar tak ada dalam membina lakaran baju. Mananya sales nak masuk. Lama lama tenggelam lah butik dia ni.
Sudah lah kemain susah dia nak yakin kan papa dan mama untuk benarkan dia untuk menjadikan pereka fesyen sebagai kerjaya tetapnya.
"Kau.. Kau kena tolong aku.. Dah dua hari Hilman macam tu. Aku dah tak tahu nak buat apa. Bila aku ada kat rumah dia, dia sengaja balik lambat. Pukul 2 ke 3 pagi pulak tu. Sampaikan aku tidur kat atas sofa ruang tamu pun dia buat tak tahu je. Bukan kata nak selimutkan, cuit bahu ajak tidur dalam bilik lagi lah. "
Hani kepal penumbuk. Ingatkan hari sesudah scene romantik antara mereka tempoh hari Hilman akan lebih berlembut hati. Apo, dia silap.. Mamat tu memang sengaja nak ajak dia berperang.
Eee geram..
Tanpa sedar dia gigit hujung shawl satin nya dengan kuat.
"Kot ye pun marah, jangan lah sampai nak kokak shawl tu. Hani.. Hani.. Aku nak tolong macam mana. Masalah korang ni, masalah peribadi. Laki bini. Aku boleh dengar dan bagi nasihat selaku nasihat dari minda wanita yang belum berkahwin. Nak melebih lebih aku pun tak tahu."
Phone yang bergetar di tepi laptop menarik perhatian dia. Senyuman simpul mula menghiasi bibirnya.
Hani mencebik..
" Senyum kau buat aku merinding bulu roma. Ee.. Seram tengok muka orang merenyam. "
Mia terkekeh kekeh senyum.
" Pulak.. Banyak lah kau punya merenyam. Ok, now tell me apa effort yang kau dah buat untuk pikat hati suami kau tu."
Pensel dia selitkan di antara sketch book yang tertutup. Nak melukis memang tak nya idea tu nak datang selagi si Hani ni ada kat sini. Masalah dia yang tak selesai boleh buat kan masalah Mia pula yang bertimbun timbun tak jalan.
" Ermm.. Aku pujuk dia. Aku mintak maaf. Aku tampal sticky note merata tempat dengan ayat ayat cintan zaman remaja kami dulu. Aku masakkan dia makanan kegemaran. Apa lagi ye?"
Hani ketuk ketuk dagunya. Seakan memikirkan apa lagi yang ketinggalan.
"Kelmarin aku tidur lewat, so sempat bertentang mata dengan dia. So aku urut urut bahu dia. Tapi tu lah asyik kena tepis pulak. Lepas tu aku tak sengaja tertonyoh kepala dia. Sebab aku geram namatey.."
Terbuntang mata Mia sebelum ketawanya keluar dari mulut lalu memenuhi ruang pejabatnya.
Macam tu pun ada?
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...