Bab 45

2.7K 122 12
                                    

Hani resah. Dari tadi lagi dia tak duduk diam. Dari bilik siasatan hingga ke bilik pegawai yang mereka berada sekarang dia tawaf. Tangan di kepal kuat. Kadang kadang dia gigit jari telunjuk. Ada seketika dia membebel yang dia sendiri pun tak faham apa pun.

"Hani duduk lah dulu. Soket mata aku ni nak tergelincir je tengok kau dok lalu lalang depan mata."

Rayyan yang sedang menyandar di atas sofa sedikit berdecit bila dahi nya di tuam dengan ais oleh Fiona. Pipi dia lebam dengan tumbukan. Hujung bibir bawah sedikit pecah. Ini lah hasilnya bila tunjuk hero bergasak dengan lelaki sebesar besar badan ahli WWE.

"Kau diam.."

Ye.. Hani Peduli apa kalau Rayyan terasa pun. Biar lah juga soket dia nak tercabut sekalipun Hani tak nak ambik tahu. Yang ada dalam kepala otak dia sekarang ialah tentang Hilman. Kenapa mereka culik suami dia? Siapa mereka? Apa yang diaorang nak? Nak duit ke?

"Hani..."

Rayyan panggil lagi. Kali ini lagi lembut dari tadi. Agaknya dia risau tengok keadaan Hani. Lagipun mama nya pernah cakap, sesiapa pun bila tengah serabut dan tertekan jika kita guna kekerasan atau cakap dalam nada memaksa diaorang tetap tak akan mengalah.

Sebuah keluhan panjang terlepas dari mulut Hani. Dia berjalan sedikit ke sofa dan melabuhkan punggung sedikit kuat bersebelahan dengan Fiona. Sampaikan melantun pasangan suami isteri itu dek momentum yang sedikit kuat terhasil dari punggung Hani.

"So sekarang Apa aku nak buat?

Hani ketap bibir. Mata dia lurus ke hadapan. Merenung lama pada tingkap bilik di belakang kerusi pejabat.

" Kau pulak.. Kenapa kau tak ikut sama haa dengan Hilman? Dari kau melangut kat sini, ada baiknya kau pun di jadikan orang tebusan sama. Boleh lah korang tolong satu sama lain."

Rayyan telan air liur. Dia pandang Fiona di sebelah dan sedikit menjeling ke arah Hani. Agaknya bila dia cakap yang Hilman tak bagi dia ikut Hani akan cincang lumat dagingnya tak?

" Aaa.. Aa.. Aku.. Aku pun tak pasti. Semua tu berlaku sekelip mata. Tahu tahu dia dah tangkap Hilman. Dan aku ni kena lanyak dek orang bukan sorang dua tau. Enam orang sekaligus terkam macam rimau lapar."

Hani diam. Dan itu sangat meresahkan Rayyan. Sebab dia tak boleh nak tebak apa yang Hani sedang fikirkan.

Kedua telapak Hani tangan tekup muka sendiri. Nak nangis tapi tak nak nangis. Tak nak nangis tapi rasa macam nak nangis. Tak faham betul. Hani bukak beg tangan di sebelahnya. Satu keping Cadbury bersaiz sederhana besar dia keluarkan. Di buka pembalut itu dengan kasar sebelum isinya di sua ke mulut. Di gigit gigit dengan kuat.

Aneh kan Hani Antasya ni?

Orang lain menangis risau bila suami hilang. Entah entah berguling atau pengsan bila suami di larikan orang. Dia pulak sebaliknya. Boleh lagi gigit Cadbury selamba badak.

Eh Hani risau lah ni. Otak dia tak dapat nak memproses apa apa. Jadi solusinya dia perlu makan sesuatu.

"Ok.. Terima kasih."

Mereka bertiga pandang ke arah pintu yang sedang terbuka. Kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap masuk ke dalam bilik. Matanya yang tajam memandang ke arah mereka bertiga.

"Jadi korang semua ni lah ye kawan kawan kepada isteri inspektor Reza?"

Dia berjalan ke sofa yang bertentangan dengan Hani dan mereka yang lainnya.

"Err.. Saya kawan dia. Ini suami saya dan ini sepupu kami. Suami sepupu kami yang kena culik."

Lelaki itu angguk sedikit. Fail di atas meja dia ambil. Mukanya serius. Sedikit pun tak senyum. Agaknya memang polis sepesen saja kot muka dia. Hani terangguk angguk.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now