Bab 32

3.6K 138 29
                                    

Dari tadi Hani tak senang duduk. Dia resah gelisah kepanasan bagaikan sedang di panggang hidup hidup. Padahal yang memanggang dia hanya lah mata Hilman yang sedari tadi sedikit pun tak berkalih dari dia. Biarpun jarak antara mereka di pisahkan oleh dua buah meja tetapi pandangan tajam Hilman itu terasa sangat sangat menikam ke ulu hati dia.

Dia seram!

Mata tajam Hilman itu bagaikan ingin membahamnya hidup hidup. Entah apa yang ada dalam kepala dia. Marahkan Hani sebab tinggalkan dia? Geram kat Hani sebab balik sesudah setahun lamanya?

Hani tak tahu apa yang ada dalam benak fikiran Hilman. Tetapi apa yang dia tahu, dia bakal mendapat dengan Hilman. Lelaki itu ada perhitungan yang perlu di selesaikan dengannya.

"Wei, makan lah. Asal dari tadi lagi aku tengok kau menunduk sampai nak sujud ke dalam pinggan ni?"

Mia bisik ke telinga Hani. Dari tadi lagi di lihatnya Hani menyuap nasi hanya sesuap dua. Itu pun dengan tangan yang terketar ketar. Dia sempat menjeling pada gerangan Hilman di hadapan. Lelaki itu kelihatan garang dengan pandangan tajam dia.

Dia pandang Rayyan di sebelah. Nak salahkan Rayyan kan Rayyan sendiri pun tak tahu yang Hilman akan memilih untuk makan di sini. Lagipun sampai bila Hani nak terus mengelak? Mengelak dari suami dia?

Lari ke mana sekali pun kalau dah takdir Allah tentukan diaorang akan berjumpa balik. Diaorang akan jumpa.

Rayyan yang sedari tadi hanya diam memandang ke arah Hani. Jujurnya dia serba salah. Bukan dia rancang untuk temukan Hani dengan Hilman. Tetapi ini dah namanya takdir.

"Hani.. Aku minta maaf. Aku pun tak tahu dia nak makan kat sini."

Rayyan pandang Hilman di hadapan. Perasan dengan anak mata Rayyan yang memandang ke arahnya Hilman jegilkan biji mata. Bagaikan sedang memberi amaran kepada Rayyan.

'Siap kau'

Aduh..

"Tak.. Tak apa.. Aku faham. Lagipun sampai bila aku nak elakkan diri kan. Cuma.. Tak.. Sangka akan secepat ini."

Hani ketap bibirnya. Darahnya bergemuruh. Dada dia bagaikan ingin pecah. Seleranya mati. Walaupun hidangan yang tersedia di depan mata boleh tahan enaknya. Makanan kegemaran dia. Yang dia rindui setahun yang lalu.

Tetapi semuanya kelaut bila dia kini berhadapan dengan Hilman.

Allah, kuatkan aku.

Sempat dia lirikkan pandangan pada seorang wanita yang makan berhadapan dengan Hilman. Berambut panjang yang sengaja di curl kan pada hujungnya. Pakaian office yang boleh tahan sendatnya. Rupa dia pun cantik macam model model Malaysia.

Tiba tiba Hani rasa tergugat. Adakah ini pesaing dia sesudah Ainin?

Dia tundukkan semula pandangan bila matanya bersabung pandang dengan Hilman. Gemuruh dalam dada. Dia berdebar. Hujung bibir di gigit lagi. Kali ini lagi kuat.

"Kita nak makan kat mana ni?"

Soal Mia sesudah lama mereka bertiga mendiamkan diri.

"Aku tukang drive je. Kau Hani nak makan apa?"

Rayyan pandang cermin sisi kereta sebelum memandu laju ke highway.

"Ermm.. Aku teringin nak makan masakan melayu yang betul betul melayu. Setahun dah tak merasa masakan pure melayu ni. Korang tahu ke kat mana?"

Dia pandang Mia. Mia kelihatan sedang berfikir.

"Entah, kat mana ye. Asal tak datang pulak kat dalam otak aku ni kat mana tempat tu? Kau Rayyan tahu tak kat mana?"

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now