BAB 52

934 62 11
                                    

Berlari, berjalan jatuh dan adakalanya tersungkur mengiringi malam mereka. Hani, Hilman mahupun Jane mengerah sepenuhnya tenaga yang ada demi kebebasan di depan mata. Bagi mereka walau apa yang bakal terjadi malam ini mereka harus berjuang. Mereka harus selamat. Tiada kata tidak mungkin.

Sesekali Hani dan Jane berhenti dengan nafas tercungap cungap. Satu alat pengesan arah berada kemas dalam gengaman Jane.

"Betul ke ini jalannya?"

Hani lap dahi yang basah dengan air peluhnya. Sesekali dia pandang ke arah Hilman yang sedang duduk menyandar lelah pada sebuah pohon besar di sebelahnya. Rasa sedihnya terhadap keadaan si suami tidak dapat dia ungkapkan melalui kata kata.

"Yang tertera kat skrin, arah sini lah. Depan tu sikit je lagi. Takkan Liu nak tipu kita?"

Jane melepas lelah. Sesekali dia tekan skrin alat pengesan di tangan. Anak panah merah sedang menunjukkan arah hadapan.

"Aku tak tahulah, aku rasa sesuatu sangat pada Liu. Aku bimbang ini adalah perangkap mereka untuk kita."

Hani tunduk sedikit mengelap peluh di dahi Hilman.

"Entah lah, dalam keadaan sekarang aku sendiri pun tak tahu kena buat macam mana. Diri ini pun tidak percayakan dia, tetapi apa pilihan lain lagi yang aku ada. Hendak tak hendak kita kena cuba."

Jane memandang tepat ke mata Hani. Seolah olah meminta Hani yakin dengan keputusan yang mereka buat sekarang ini.

'Zassss'

Kedengaran bunyi daun daun di pijak oleh seseorang. Hilman terus bangkit berdiri. Dia menarik tangan Hani dan terus menghampiri Jane. Menghadang kedua perempuan itu di belakangnya.

"Abang apa tu"

Hani berbisik seperlahan yang mungkin. Tangan Jane dia gengam kemas.

"Abang pun tak tahu, bunyi tu macam tapak kasut orang tengah pijak daun gugur. Sekarang diam dan cuba fokus. Kita kena bersiap sedia."

Hani mahupun Jane masing masing berdiri serapat mungkin antara satu sama lain. Mendengarkan apa yang di perkatakan oleh Hilman membuatkan darah mereka bergemuruh.

" Aku takut Hani, aku tak nak kena tangkap lagi. Peluang kita untuk lari kat depan sana je. Sikit je lagi."

Mata Jane kembali bergenang dengan airmata. Sudah lama airmatanya tidak mengisi tubir mata, malam ini ianya kembali. Hampir hampir saja ianya menitis ke pipi.

"Iye aku tahu! Aku pun macam tu, walau apa pun yang jadi malam ni kita kena berjuang sehabis daya. Kita ada satu sama lain. Percayalah."

Kata kata Hani sedikit menenteramkan gelojak hati Jane.

'Zasss'

Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Kali ini bukan hanya satu arah bunyinya. Ianya datang pada arah yang berbeza.

Air liur di kerongkong terasa kering. Hilman masih lagi mengawasi keadaan sekeliling. Meskipun dalam keadaan bergelap dia yakin dengan mata hatinya. Telinganya peka pada bunyi yang kedengaran.

Dia tahu mereka sudah terkepung. Dari bunyi daun yang di pijak itu orang yang memaku langkah mereka sekarang bukan hanya seorang dua. Mereka yang mengepung mereka mungkin lebih dari dua orang. Pisau bedah yang tersisip di pinggang dia tarik dari poket seluar. Mujurlah otaknya masih mampu berfungsi dengan baik sebelum keluar dari makmal tadi. Tangan kanannya sempat mengambil dua bilah pisau bedah di atas meja tanpa pengetahuan Liu mahupun yang lain.

"Wow, very unexpected dari orang yang sedang nyawa nyawa ikan."

Hilaian suara garau memecahkan kesunyian di antara mereka semua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now