Hani agak kelam kabut pagi ini. Selepas subuh hinggalah ke pukul 10 pagi tadi dia masih belum rehat dari mengemas rumah. Entah apa yang di kemasnya dia pun kurang pasti. Padahal rumah dah agak kemas tersusun. Namun itulah perangai Hani.
Kalau boleh sebelum dia nak tinggalkan rumah, dia nak tengok rumah dalam keadaan serba serbi elok, kemas dan teratur. Barulah hati dia rasa lega.
Jam di dinding dia pandang. Dah nak ke tengah hari tapi Hilman masih belum turun untuk bersarapan.
Aihh, takkan tak bangun lagi?
Hani lap tangan yang basah dengan towel dapur. Dia pijak tangga naik ke tingkat atas. Sampai je di depan pintu bilik Hilman, Hani teragak agak. Nak ketuk ke nak bagi salam ke nak terjah masuk?
Kalau ketuk nampak skema sangat. Kalau bagi salam pulak itu namanya buang tebiat. Tapi kalau terjah je, agaknya dapat cuci mata free tak eh? Mana tahu tengah bertuala ke?
Aumm Hani! Sound pervert.
Hani senyum nakal.
Puas berfikir Hani ketuk saja pintu bilik Hilman. 2 3 kali ketuk masih belum ada respon. Dia bagi salam. Pun tak bersambut.
Eh dia ni tidur lagi ke pengsan?
Hani tolak pintu bilik Hilman. Eh, tak berkunci. Ini peluang keemasan ni. Dia intai ke dalam bilik. Tiada rupa gerangan Hilman Safwan.
Dia kuak pintu bilik air pun Hilman tak ada. Entah kemana perginya.
Sudahnya Hani menghempaskan badan ke atas tilam gebu Hilman. Dari baring menelentang dia baring tertiarap. Mencium bau Hilman yang melekat di bantal.
Ah wangi. Ini barulah bau jejaka yang maskulin. Seksi, harum dan mengkhayalkan. Macam Hilman.
Hani sengih gatal. Di peluknya bantal Hilman rapat ke dada. Tak dapat peluk tuan dapat peluk bantal pun jadi lah.
Mata Hani tiba tiba terasa layu. Hani menguap luas. Mengantuk sangat rasanya bila semalaman tak dapat nak tidur. Teruja nak balik kampung hari ini.
"Aihh mengantuk pulak mata ni. Alang alang Hilman tak ada baik aku tidur dulu."
Hani tutup mulut dia sekali lagi. Mengantuk tahap petala dewa dah rasanya.
Mata di pejam. Bantal di peluk erat dan selang beberapa saat dia lena selena lenanya.
___________________________________
Hilman buka pintu rumah dengan anak kunci yang dia ada. Kasut jogging Hilman bukak sebelum di letak ke atas rak kasut. Hairan dek suasana yang sunyi luar biasa, Hilman jenguk ke dapur.
Eh mana Hani? Ruang tamu tak ada. Dapur pun tak ada.
Hilman panjangkan langkah ke perpustakaan mini. Pintu di kuak. Mencari cari kelibat Hani. Tiada juga. Walaupun bilik itu agak luas, mustahil kalau dia tak dapat melihat gerangan Hani.
Sebab dekorasi pustaka mini ini sangat minimalis. Tak sarat dengan perabut dan sangat santai.
Hilman garu kepala dia yang tidak gatal. Mana Hani pergi. Kereta dia elok je tersadai kat garaj.
"Hani, Oo Hani."
Hilman memanggil nama Hani sambil kakinya menuju ke bilik Hani. Pintu di ketuk.
"Hani, kau ada kat dalam ke?"
Senyap. Hilman ketuk lagi.
"Hani, kau buat apa? Dalam toilet ke?"
Hilman ketuk makin kuat. Tak ada respon. Masih senyap. Hilman jadi bengang. Kalau ikutkan hati mau dia robohkan pintu bilik Hani ni.
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...