Peluh yang merenik di dahi dia seka laju dengan telapak tangan. Dia tidak pedulikan nafasnya yang hampir semput dek larian separa laju itu. Kegelapan malam yang sedikit pun tidak di sinari cahaya rembulan menyukarkan segala gerak langkahnya.
Setiap langkah kakinya tiada berpetunjuk. Dia hanya berlari mengikut kata hati.
"Abang, you can do it. Kita kena lari. Kita tak boleh mengalah sekarang."
Hani memperlahankan lariannya. Badan di bongkokkan sedikit. Kedua tangan di jatuhkan menekan lutut. Berhenti Melempiaskan rasa lelah dalam dada. Bajunya melekap ke badan. Basah bagai di sirami air hujan.
Hutan yang tebal dan gelap itu dia pandang sekelilingnya. Mampu ke mereka harungi kepekatan malam ini.
Hilman jatuh terduduk. Dalam keadaan dirinya lemah seperti ini memang dia tidak dapat berlari dalam waktu yang lama.
"Hani.. Kita tak boleh lama. Kita kena keluar dari sini dan segera ke pelabuhan. Diaorang masih belum sedar kita dah lari dari makmal. Kalau tak naya kita."
Jane yang sama mencungap seperti mereka berdua berdiri di sebelah Hani. Sekejap sekejap dia pandang jam tangan canggihnya yang sedang menyala seakan menunjukkan arah keluar dari hutan.
" Hilman, kita tak boleh berlama kat sini. They will find us. Cepat. Jom saya bantu.."
Jane capai lengan Hilman. Membantunya bangun sambil di ikuti oleh Hani. Mereka berdua memapah tubuh kurus Hilman dengan langkah kaki yang terburu buru.
Mereka tak boleh berlama lama di sini. Bila bila masa mereka akan tertangkap oleh konco konco Haziq. Lemah macam mana sekalipun mereka harus keluar dari sini.
"Kau yakin ke kita boleh keluar dari pulau ni?"
Hilman bersuara dengan suara lemahnya. Kaki cuba di kuatkan melangkah menyaingi langkah wanita wanita di sebelahnya.
Syukur pada tuhan dirinya tidak sempat di suntik dengan dadah pembunuh itu. Tipu muslihat Jane menyelamatkan mereka bertiga.
" Maaf Tuan Haziq, saya tak boleh nak suntik Killer A pada Hilman sekarang. Badan dia tak dapat nak tampung cecair ini."
Haziq sedikit mendengus. Kurang gemar dengan apa yang di sampaikan oleh lelakinya di depannya sekarang.
"What you mean?"
Sebelah tangan di masukkan kedalam kocek seluar.
" Dia perlu direhatkan dahulu sebelum Final injection. Kalau badannya terima Killer A sekarang, kita tak akan dapat lihat their actual reaction terhadap badan Hilman. Hilman akan terus mati tanpa sempat cecair ni betul betul sebati dalam dirinya. "
Seorang chemist berbadan tegap sedang menerangkan tentang Killer A kepada Haziq.
Hani sedikit pun tidak kalih pandang kepada mereka berdua. Sesekali dia pandang pula pada Badan Hilman yang di baringkan di atas katil makmal. Kelihatan Pelbagai jenis wayar memenuhi badan kurus Hilman. Ada wayar yang bersambung pada beberapa jenis mesin yang Hani sendiri tidak faham. Itu belum lagi wayar drip air pada tangan kanan Hilman. Sesungguhnya dia tidak suka dengan pemandangannya sekarang.
"Hey.. Apa yang kau nak buat tu?"
Hani berteriak kuat. Tangannya meronta ronta ingin melepaskan ikatan dari kerusi yang di dudukinya. Tak guna, dia di ikat kuat pada kerusi ini.
Jelas teriakan Hani menyebabkan doktor lelaki itu dan Haziq berpaling ke arahnya.
" Oo jangan risau, ini bukan Killer A. Ini hanya ubat untuk bantu Hilman bertenaga semula. Killer A mematikan tetapi ubat ni... Dia menyegarkan penerimanya.."
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...