Bab 15

3.1K 130 1
                                    

Hani termenung menghadap sawah padi. Kaki dia di juntaikan ke bawah pangkin. Udara segar berlatar belakang kan sawah padi di waktu malam, di hiasi neon bintang yang semula jadi memang Hani tak akan lepaskan peluang untuk menikmatinya.

Hani lepas keluhan berat. Peristiwa petang tadi sikit sebanyak mendatangkan kesan padanya. Boleh ke dia nak move on? Kalau setahun dua yang lepas pun dia masih belum move on, sekarang boleh ke?

Aii pening pulak! Hani garu kepala yang tidak gatal. Getah pengikat rambut dia lepaskan. Di biarkan rambutnya lepas bebas di tiup angin malam. Janganlah ada yang lari lintang pukang ingatkan hantu mana yang duduk atas pangkin ni memalam buta.

"Ingatkan hantu tadi. Rupanya Hani. Boleh duduk?"

Kan dah cakap.

Suara yang menyakitkan hati sehingga ke limpa menyapa pendengaran dia. Hani buat tak tahu. Dia keraskan badan. Sedikit pun dia tak berpaling memandang gerangan yang menyapa dirinya. Tak kuasa.

Alangkah indahnya kalau dia ada kuasa, automatik dia akan tukarkan Zairel jadi batu. Tak payah tunggu dia menderhaka pada emaknya. Biar Hani je yang sumpah. Bila jadi batu senang sikit hati Hani. Dia tak akan di ganggu lagi.

Zairel melabuhkan punggung. Walau Hani tak menjawab pertanyaan dia, dia duduk je. Lelaki gentleman kena sentiasa ke depan. Ewah!

Zairel gosok hidung dia. Sesekali dia jeling Hani di sebelah. Jurang di antara mereka cukup memuatkan kalau ada yang ketiga, yang ketiga bersaiz satu treler pun boleh muat. Begitulah perumpamaannya. Berjarak. Luas sedepa.

Senakal nakal dia, dia tak pernah lagi duduk rapat rapat tanpa jarak dengan perempuan ajnabi. Prinsip yang sentiasa dia pegang ialah kapel biar beribu, tapi jangan dajal kan anak orang. Tak suka cakap je tak suka. Jangan mulut cakap tak suka, perangai pulak suka nak merasa anak dara orang. Dosa yang sedia ada pun dah bertimpa. Ni nak tambah lagi?

Bila sekali dah terjebak dengan maksiat, memang susah dah nak patah balik. Ini kawan kawan dia sendiri yang bagitahu. Zairel geleng kepala. Mintak jauh diri benda tu semua dengan dirinya.

Hani hairan tengok Zairel tergeleng geleng sendiri. Tersampuk ke apa? Hani pandang sekeliling. Tak ada apa apa yang ganjil pun.

Aku pulak yang seram.

"Kau ni dah kenapa, tergeleng geleng sendiri."

Hani lepuk kepala Zairel dengan kipas tangan. Tak terlalu kuat, tapi cukup untuk membuatkan Zairel bengang seketika.

Terpusing kepala Zairel menghadap Hani. Sensitif betul dia bila orang lepuk kepala dia. Kepala ni bayar zakat.

" Amboi! Sesuka hati kau je lepuk kepala aku. Ingat kepala ni memang sengaja tercipta untuk kau lepuk ke apa?"

Zairel merenung geram. Minah ini. Nak Cekik cekik kan anak orang. Elok tolak masuk dalam bendang ni baru tahu. Buat hal sekali lagi memang aku tolak terus.

" Dah kau terangguk angguk sendiri. Aku ingatkan tersampuk. Kalau hampir nak tersampuk, elok lepuk macam ni. Insyaallah, mambang terus keluar."

Hani gelak dalam hati bila tengokkan muka cemberut Zairel. Apa salahnya hal lama simpan tepi dulu. Simpan dalam bank dendam. Bila dia melampau lagi, aku bukak balik bil dendam tu. Bagi panas.

" Merapu je kau ni. Meh aku lepuk pulak kau. Nak bagi kau rasa sama macam aku."

Zairel rampas kipas tangan dari Hani. Terkejut Hani jadinya. Tangan dia cuba untuk melepuk kepala Hani.

"Hei janganlah.."

Hani cuba rampas semula kipas yang di pegang Zairel. Tapi automatik tangan Zairel tertonyoh ke muka Hani. Cuba menghalang dari menerkam dan merebut kipas dari tangannya.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now