Bab 29

3.1K 101 10
                                    

Setahun berlalu...

Hani melangkah lambat lambat. Sesekali mata dia di larikan memandang kawasan sekitar taman rekreasi. Kelihatan ada beberapa orang pengunjung yang sedang ralit bermain dengan anak anak kecil mereka.

Senyum dan tawa mereka turut menghiburkan hati Hani. Udara yang agak sejuk pada pagi ini tak mematahkan semangat mereka semua untuk keluar beriadah.

Dedaunan maple yang mula berguguran menambahkan lagi keindahan taman ini. Mengiringi langkah kaki Hani. Dia sekarang tak ubah seperti berada dalam movie dan drama terkenal yang salah satu scene nya ada guguran daun maple yang menemani.

Cantik!

Meskipun sudah masuk ke musim panas. Udara pada waktu pagi masih juga mengigilkan segala sendi yang dia ada. Sejuk dia masih boleh menggetarkan badan Hani kalau keluar tanpa memakai pakaian yang sesuai. Tetapi Hani tengok penduduk kawasan ini sepertinya sudah terbiasa dengan perubahan suhu dan cuaca seperti ini.

Kalau tidak mustahil lah mereka akan keluar jogging dengan memakai tank top dan seluar legging ketat singkat macam ni. Cuba bagi Hani buat macam tu? Mahu belum sampai 3 minit dia dah menggeletar sejuk.

Well, orang Malaysia yang dah terbiasa dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun Nak sesuaikan diri dengan cuaca kat negara orang bukan kerja yang mudah. Tambah tambah lagi kat Scotland ni. 24 jam cakap omputih berbelit belit lidah Hani.

Eh kenapa Hani tinggal kat sini? Untuk apa? Dan mengapa?

Entahlah.. Ini memang kerja gila yang Hani buat sejak setahun lalu. Lari dari Hilman, tinggalkan papa dan mama lepas tu menetap di bandar asing ini.

Hani mengeluh berat. Dia menghampiri sebuah bangku kayu berhadapan dengan tasik indah di hadapannya. Punggung di labuhkan dan dia Duduk menyandar sambil mata terusan memandang pada air tasik yang berwarna hijau semulajadi. Kelihatan ada beberapa ekor angsa putih sedang berenang riang di dalamnya.

"Bagusnya jadi kau angsa, masalah dunia satu pun kau tak perlu nak fikirkan."

Helaan nafas berat terlepas dari mulutnya. Menyesali perkara terbodoh yang sudah lakukan sepanjang setahun ini. Apa lah yang ada dalam fikiran dia sehinggakan dia sanggup membuat keputusan itu. Terasa hati dengan atuk? Tak sanggup nak lihat diri sendiri di madukan? Atau rasa cintanya pada Hilman tak sedalam rasa cinta Hilman pada nya?

Hani ketap bibir bawah.

"Hilman.. Maafkan Hani.."

Handfhone di dalam poket seluar dia tarik keluar. Gallery gambar dia tekan sedikit. Mencari gambar kenangan diri nya bersama suami tercinta.

Masih dia ingat waktu kali terakhir dia tunduk menyalami tangan kekar Hilman. Sempat kucupan hangat terasa menekap pada dahi nya. Senyuman manis Hilman seperti selalu. Menggetarkan segala perasaan pada diri dia.

"Allah"

Hampir saja handfhone di tangan tercampak dek getaran panggilan yang masuk secara tiba tiba. Hani mengeluh sedikit.

"Ye kak Ana."

Ringkas dan bersahaja. Sudah dia sedia maklum apa yang Rihana bakal katakan. Ye semenjak setahun ini dia tinggal bersama Rihana dan Adri. Tak tahu malu kan Hani Antasya ni. Suami sendiri di tinggalkan sebab tak nak terima kenyataan. Mari pula menumpang kat rumah orang. Menganggu hidup suami isteri mereka berdua.

Hani.. Hani..

"Ni bila nak balik ni adik kesayangan akak?"

Hani senyum. Keluar tak sampai 2 jam dah call. Sebijik macam mama. Ah, Hani rindukan mama.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now