BAB 49

1.4K 84 7
                                    

Satu dulang cantik dengan sebuah pinggan kaca berukiran bunga emas di tolak ke hadapan. Di Sebelahnya ada gelas berwarna tona seakan sama berisi jus oren segar.

Mewah dan cantik sekali. Tetapi sayang sedikit pun dirinya tidak tertarik.

"Puan makan lah. Dari semalam lagi puan tak makan."

Bibir yang kering itu terjungkit hujungnya. Menyinis dengan kata kata yang baru saja di dengari. Apa guna perutnya lapar jika dia terus terperangkap di sini.

"Makan? Apa yang korang kisahkan aku makan atau tidak. Aku tetap akan mati juga kan?"

Selimut yang menutupi sebahagian kakinya di tendang kasar. Tak ada gunanya layanan bak permaisuri yang dia dapatkan andai dirinya dan Hilman di kurung sebegini rupa.

"Jangan macam ni puan. Nanti bos marah. Puan kena bertahan sikit je lagi. Macam mana yang Encik Hilman buat."

Baju di leher gadis itu Hani cengkam kuat. Tubuh halusnya tertarik ke hadapan. Hanya di pisahkan beberapa inci dari badan Hani. Apa sahaja tentang Hilman memang beginilah reaksinya. Sensitif dan ingin tahu.

Semalam dia baru sahaja menumbuk muka Haziq sebab berani berkata yang bukan bukan pasal Hilman. Untung sahaja mukanya tidak di pecahkan oleh kekasih sonsang si Haziq. Kemain marahnya lelaki itu bila muka Haziq terteleng ke tepi dek tumbukannya.

Puas hati?

Tidak! Dia inginkan lebih. Rasa seperti ingin menyiat kulit mereka yang berada di situ pada masa tu.

"Apa maksud kau?"

Gadis yang dia kenali sebagai Jane kelihatan gugup. Mungkin terkejut dengan tindakan spontan dari Hani.

"Ma.. Maksud saya.. Encik Hilman bukan saja saja kena suntik macam tu. Dia.. Dia sendiri yang rela untuk jadi bahan uji kaji."

Sekali lagi leher baju Jane di rentap kuat.

"Merapu apa kau ni.. Uji kaji? Hilman? Orang gila pun tak nak lah pertaruhkan nyawa suntik suntik macam ni. Kau tak payah nak kelentong aku."

Marahnya mencanak. Semua yang ada kat rumah ni fikiran mereka dah tak betul. Nyawa manusia dah macam mainan. Tikus makmal sekarang sudah tidak berguna lagi. Mereka jalankan real experiment pada manusia. Tiada lagi raungan tikus tikus seperti dalam movie movie. Yang ada hanyalah raungan manusia manusia yang tidak berdosa sama sekali. Memikirkan semua itu hati Hani terasa pedihnya. Sakit sekali.

Tidak dapat dia bayangkan penderitaan yang Hilman rasakan. Andai mati maka mati lah. Andai masih hidup itu pun nyawa nyawa ikan atau cacat seumur hidup.

"Puan. Lepas.. Susah saya nak bernafas."

Jane kelihatan tercungap cungap. Hendak tak hendak Hani terpaksa lepaskan juga. Dia mungkin sakit hati pada Haziq tetapi ini bukan caranya dengan melempiaskan pada orang lain.

Sebuah keluhan dia lepaskan.

"Kalau puan sudi nak dengar biar saya ceritakan semuanya.."

Kedengaran beberapa kali bunyi jari di letup letupkan. Mungkin Jane sedikit gerun dengan apa yang Hani buat padanya tadi. Hani panggung kepala.

"Saya ada dengar perbualan Tuan Hilman dan bos sebelum ni. Tuan Haziq bagitahu dia dalam proses untuk pengembangan dadah sintetik dalam bentuk cecair. Dadah tu fungsi dia sebagai pembunuh dalam senyap."

Jane tunduk sedikit. Sebelum menarik nafasnya panjang panjang. Dia pandang tepat ke anak mata Hani.

" Katanya kalau Hilman sanggup jadi pencubanya dan mampu bertahan sampai ke suntikan ketiga dia akan lepaskan Hilman. Keberkesanan cecair itu mengikut keadaan antibodi seseorang mangsanya. Jika tubuh badan penerimanya sihat dan kuat mungkin dia akan selamat. Ini kerana Killer A dadah yang mematikan terus. It's take time but with serious illness and painful."

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now