Hani tayang sengih. Biarpun wajah dia bengkak sini sana tetapi dia tetap yakin yang senyumannya tetap menawan seperti biasa.
"Maaf lambat bos, perempuan ni boleh tahan ganasnya. Melawan dia bukan biasa biasa. Sampaikan biru muka si Mirul di buatnya."
Hani masih beriak seperti tadi. Bahkan makin bertambah bangga bila terkenangkan mamat botak yang jatuh pengsan terkena buah tomoinya.
Bila di ingat kembali beberapa jam yang lepas. Dia tidak rasa yang tindakannya untuk ikut lelaki ini dengan cara yang baik adalah tindakan yang bodoh. Hani dah buat yang terbaik kot. Dia pilih untuk tidak menjadikan Fiona dan Rayyan sebagai mangsa.
Andai saja dia ego dan ikut saja kata kata Rayyan, maunya kepala mamat tu meletop dengan tujahan peluru.
Tak sangka dia dapat lihat aksi aksi persis dalam drama. Pistol di tuju ke kepala. Ugutan demi ugutan. Nyawa bakal menjadi taruhan. Yang berbezanya ialah Rayyan bukan hero nya. Hero nya sudah berjaya di jadikan tebusan.
Jelas di depan matanya bagaimana Rayyan memarahinya kerana sanggup bertindak bodoh seperti ini. Katanya dia rela mati dari membiarkan Hani mengikut penjahat itu. Tetapi Hani sanggup ke untuk jadikan Rayyan sebagai mangsanya?
Sanggup ke dia biarkan seorang lelaki berkorban untuk orang lain sedangkan isterinya masih di sisi?
Sebesar mana pun janji Rayyan pada Hilman tidak dapat membohongi apa yang Hani lihat di depan matanya. Bias cahaya pengharapan dari mata Fiona mengatakan semuanya. Dia berharap yang Rayyan akan selamat. Rayyan masih bernyawa.
Dan sudah sampai masanya Rayyan fikirkan pasal diri sendiri sebelum mengutamakan orang lain.
___________________________________"Kau jangan buat kerja bodoh Hani.. Jangan ikut mereka.."
Rayyan berteriak kuat. Mukanya yang penuh dengan lebam menimbulkan rasa kasihan pada tunak sanubari Hani. Sesekali dia kerling pada Fiona yang di paut kuat oleh seorang lelaki tegap.
Si Mirul tadi?
Tuh, menonggeng ke lantai tidak sedarkan diri.
Hebat kan penangan Hani Antasya, sekali libasan padu betisnya ke kepala mamat itu terus dirinya jatuh menyembam ke lantai. Jangan risau, dia tak akan mati. Cuma pengsan sahaja.
"Rayyan.. Rayyan.. Kau tak nampak ke keadaan kita sekarang ni macam mana? Fiona tu? Kau tak sayangkan dia ke?"
Fiona yang basah pipinya dengan airmata membuatkan Hani rasa bersalah. Kalau lah dia peka sekejap tadi tentu saja Fiona tidak akan di tangkap rakan lelaki tak guna itu.
Rayyan nampak gelisah.
" Tak apa.. Hani jangan risaukan Fiona.. Hani jangan ikut mereka. Please bertahan sedikit lagi.. Tuan Zaid tentu dah sampai.. Ah!"
Hani hampir berlari ke arah Fiona bila terdengar jeritannya. Pisau yang di hunus ke leher Fiona kelihatan di tekan dan mula mengeluarkan sedikit darah.
Rayyan meronta kuat ingin melepaskan diri dari pegangan beberapa konco lelaki lelaki ini.
"Aaa.. Aaaa.. Aaa.. No! Mara selangkah lagi aku akan tekan hujung pisau ni tepat ke arteri dia. Dan aku tahu kau boleh bayang sendiri kan apa yang akan jadi?"
Lelaki tinggi yang pada mulanya nampak sedikit enak di pandang pada mata Hani kini membuatkan Hani rasa ingin tendang beliau kuat kuat. Meluat! Menyengih dengan senyuman jahatnya. Tak sangka boleh tahan liciknya mamat pelat ini.
Kenapa Hani cakap dia pelat? Sebab slang Thailand kedengaran agak jelas setiap kali dia bercakap.
Sayang sekali perangai macam setan walau muka ada iras iras pelakon Thailand!
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
CasualeCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...