Hani dan Mia duduk santai di atas pangkin menghadap sawah. Pagi ini Hani hanya mahu bersarapan dengan kuih muih sahaja. Mood makan nya sudah ke lautan china selatan. Dek terasa hati dengan Hilman sampai ke nafsu makan nya jadi terbantut.
Nama je nak bersarapan makan kuih, cara makan nya dah serupa makan nasi. Dari sebiji ke sebiji di makan. Sedar tak sedar dah habis 5 bijik dia tapau sorang sorang.
Mia siku pinggang Hani. Dari tadi Hani hanya senyap tak bersuara. Tapi cara makan kuih macam dah kebulur gila. Ajak makan nasi tak nak.
"Aku tengok kau ni macam lain je hari ini. Gaduh lagi ke?"
Hani pandang muka Mia. Cawan kopi dia letak ke tepi. Dapat minum kopi di waktu pagi sambil menghadap sawah padi yang menghijau, perasaan nya tak dapat di ungkap.
Bahagia. Segar.
Hani senyum.
"Lain? Gaduh? Maksud kau?"
Hani rebahkan badan ke atas pangkin. Berbaring di atas tikar mengkuang.
"Kau dengan Hilman lah. Aku perasan dari semalam lagi. Korang nampak lain. Diam je. Biasanya kau suka menyakat dia. Ada apa apa yang kau sembunyikan dari aku ke?"
Mia ikut baring mengiring. Sebelah tangan dia bawa menongkat kepala.
"Entahlah. Aku rasa aku nak give up jela dengan plan kita tu. Aku tak rasa ianya berbaloi pun. Hati Hilman tu keras. Once he make that decision, then he would never change it anymore."
Hani pejam rapat. Tanpa dia pinta air matanya mengalir perlahan dari tubir mata.
"Hei, Hani.. Janganlah nangis. Kalau kau nangis, nanti aku nangis sama."
Mia rapat ke arah Hani. Air mata Hani yang mengalir itu dia seka dengan jari telunjuk. Hati dia ikut bersedih. Dia sendiri tersepit dengan masalah mereka berdua. Yang perempuan kawan baik. Yang lelaki pulak sepupu.
Aduh, di telan mati bapak di luah mati mak.
"Entahlah, Aku.. Aku rasa macam orang bodoh.. Aku yang berjuang seorang diri, pastu aku yang terkandas sendiri."
Hani ketawa sendu. Tangan menyeka air mata dengan kasar. Tapi air mata tu degil. Tetap juga bercucuran keluar. Hani ketap bibir.
Geram dengan diri yang sikit sikit cengey.
"Shuhh. Dah. Jangan nangis. Aku tahu kau kuat. Buat masa sekarang kita lupakan dulu pasal mamat ego tu. Kita enjoy kat sini puas puas. Pasal dia tu nanti aku fikirkan jalan, Acaner nak kenakan dia."
Mia dakap badan Hani. Di tarik badan Hani merapat padanya. Rambut separas bahu Hani dia belai lembut.
" Terima kasih Mia. Kau lah sahabat terbaik aku. Aku sayang kau."
Mia angguk. Dia tepuk tepuk bahu Hani. Mia senyum. Hani ni kadang kadang bukannya normal sangat. Drama je lebih.
Kejap lagi mesti mood dia elok macam biasa.
" Ye kau pun sama. Aku sayang kau jugak."
Hani senyum. Terubat rasa hati dia dengan ada nya Mia. Bila dia sedih Mia sentiasa ada untuk menceriakan dirinya.
Masing masing pandang muka antara satu sama lain. Hani senyum. Mia pun senyum. Sebelum ketawa mereka pecah bersama.
Hani tonyoh dahi Mia. Mengaduh kuat si kawan.
" Apa kau ni!"
Mia jerit geram. Tangan dia naik menyekeh dahi licin Hani.
"Geli lah peluk peluk rapat macam ni. Aku bukan les tau."
YOU ARE READING
KERANA DIA LELAKI ITU!
RandomCinta hati sendiri jadi adik beradik? Boleh terima dek akal atau tidak? Itulah kisah Hilman Safwan dengan Hani Antasya. Berkenalan, jatuh suka dan bercinta. Bila dah tangkap leleh rupa rupanya bakal jadi adik beradik. Akhirnya cinta itu putus di ten...