Bab 18

2.9K 132 10
                                    

Aku duduk menghadap sawah padi atuk. Kaki berjuntai tanpa alas selipar aku hayunkan sedikit. Rambut panjang yang lepas bebas sedikit aku biarkan di tiup angin petang. Sesekali telinga aku dapat menangkap suara riuh orang bercakap dan gelak ketawa dari atas rumah.

Gembira kau orang semua. Berbahagia di atas luka yang terobek robek. Auch, Hani sempat lagi dikau bersendaloka.

Terasa seperti ada yang menghampiri Hani kalih pandangan ke tepi. Zairel tersenyum manis. Tapi idoklah manis pada tatapan Hani. Sedikit kejengkelan masih bersarang di hatinya. Itulah Hani Antasya, sekali orang buat taik dengan dia sampai umur dia masuk rumah kebajikan pun dia masih ingat akan hal itu. Yakinnya kamu Hani tentang kemudian hari. Yeah, konpiden kena level up.

Hani pandang semula ke depan. Tak berniat untuk menegur atau mempelawanya duduk. Dia ada punggung suka hati dia lah nak duduk atau tak. Lagipun kehadiran dia ni bukan aku pinta pun. Kalau boleh aku nak duduk sendiri je. Nak buat pangkin ni macam pangkin papa aku yang buat. Orang lain tak boleh nak kongsi. Zairel garu kening tebal dia.

"Boleh aku duduk sini?"

Tanya dia serba salah. Hani hanya diam tak bereaksi. Malas nak jawap. Moodnya sudah ke laut mati. Terapung tanpa lemas.

"Aku harap jawapan kau boleh lah ye. Aku duduk tau."

Zairel melabuhkan punggung di sebelah Hani. Jauh, masih berjarak. Ini jika ada orang lain datang menempel konpem dua orang masih muat untuk duduk di antara mereka. Zairel curi pandang muka kelat Hani. Diam sahaja dari tadi.

"Hani..kau ok ke?"

Masih cuba untuk mengajak Hani berbual. Walau dia tahu Hani agak terganggu dengan kehadiran dia. Namun dia tak kisah pun. Memang itu tujuan utama dia selepas berjumpa semula dengan Hani. Mahu menggangu perempuan itu seumur hidupnya. Ecece..

Hani mendengus keras. Tanda dia kebosanan untuk melayan segala pertanyaan Zairel. Jika dulu cepat sahaja mulut dia nak membambu Zairel, namun sekarang dia dah jadi agak sopan. Dia akan tarik nafas dan berfikir secara rasional dahulu sebelum membambu orang itu sesuka hati. Dia pandang Zairel yang dari tadi tak jemu jemu memandangnya.

"Apasal? Tengok muka aku tak ok ke?"

Hendak layan dengan tak je jawapan yang Hani berikan. Ikutkan hati memang dari tadi lagi dia masuk ke dalam bilik dan berkurung.

"Tak.. Tak adalah macam tu.. Aku tanya je. Kalau kau ok, alhamdulillah."

Zairel tunduk mencapai sehelai daun pokok mangga yang dah layu di kakinya. Hani masih lagi keras dalam posisi sama. Seolah olah kehadiran dia tak ada fungsi langsung. Dia mengeluh berat. Mata turut sama memandang ke sawah yang terbentang luas. Daun padi yang tumbuh subur dan menghijau sedikit sebanyak menyenangkan hati dia.

"Hani.."

Panggilnya perlahan. Hani diam. Tapi mata dia di bawa memandang ke arah Zairel sekilas. Cukuplah buat syarat. Pandang anak teruna orang lama lama buat apa. Dosa dapat jugak tau. Dahlah diri sendiri pun tak cukup amal lagi. Tiber ingat pasal dosa lama. Eh!

"Ye.. Apa.."

Mulanya hati memberi isyarat jangan melayan si Zairel. Tapi akal warasnya menyatakan kesian pulak. Apa salahnya cuba memberi ruang untuk berkawan. Nanti tak pasal pasal di label perangai divas. Rupa tidaklah seberapa tapi perangai berlagak macam diri nya itu miss universes.

Zairel tersenyum sedikit. Pipinya memerah.

"Nanti aku dah kena balik KL. Aku harap persahabatan kita yang baru membaik ni bukan setakat sini je. Kita boleh kawan balik macam biasa kan."

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now