Bab 35

3K 139 23
                                    

Apa aku kena buat ni. Macam mana nak tawan hati Hilman balik. Itu lah Hani.. Suka sangat buat hal sendiri. Bila dah jadi macam ni, tahu pulak susah hati.

Kalau kalau Hilman dah tak nakkan aku macam mana? Kalau dia dah tawar hati? Jangan kata dia nak berpisah..

Oh, tak sanggup nak bayangkan..

Tuhan.. Aku nak buat apa ni..

Hani mundar mandir berhadapan kolam ikan di laman rumah. Sesekali hujung kuku telunjuk nya dia gigit gigit perlahan. Runsing dengan kata hati sendiri yang tak bekerjasam dengan fikirannya.

"Hani.. Tak lenguh ke? Mama tengok dah hampir setengah jam Hani dok keliling kolam ikan tu. Jangan sampai ada yang mandi dengan ikan tu nanti."

Puan Maria yang tengah meriba Haifa menggeleng kepalanya.

"Kalau lah mandi dengan ikan ni dapat bagi Hani idea yang bernas dan hilangkan segala kekusutan dalam otak ni, Hani rela je. Lagipun dah lama rasa nak try. Ikan ikan ni pun nampak manja je."

Jawapan Hani kali ini menyebabkan Puan Maria tepuk dahi sendiri kuat kuat.

" Hani ni ke situ pulak. Macam macam betul kakak si Haifa ni.. "

Haifa yang kekenyangan dia tiarapkan sedikit dan di tepuk belakang si anak itu perlahan lahan. Ini bertujuan untuk berikan si anak sendawa. Ianya juga untuk mengelakkan si anak dari tersedak susu ataupun kembung perut.

" Mama, bagi lah idea kat Hani. Hani nak buat apa ni. Dah seminggu Hani tidur tak lena. Teringatkan Hilman. Call dia tak angkat, chat WhatsApp dia tak reply. Call office dia tak nak layan. Nasib Hani tak email je."

"Hani.. Hani.. Dah semua tu tak jalan, kenapa Hani tak pergi jumpa dia je. Ajak lunch ke apa ke. Pastu pujuk lah slow slow. Hilman ni, kalau dia dah terasa hati susah nak di pujuk. Kadang dia sejuk sendiri je."

Tak kan lah nak bagi dia sejuk sendiri. Ni dah satu minggu tapi tak ada perubahan. Mau sebulan pun hubungan diaorang masih macam ni juga jika dia ikutkan kata kata mama yang Hilman akan sejuk sendiri.

" Hani bukan tak nak jumpa dia. Hani.. Hani takut.. Nanti dia tak nak jumpa Hani, tak ke naya nanti. Malu lah mama.."

Sekali lagi Puan Maria tepuk dahinya.

"Itu lah Hani. Suka sangat fikir bukan bukan. Masakan Hilman tak nak jumpa Hani. Dia tu, walau kayu dan nampak tak berperasaan. Hilman juga hatinya lembut tau. Ada taman bunga lagi dalam hati. Dari dok bersangka yang bukan bukan, ada baiknya cuba dulu. Dia jual mahal, tahu lah mama sekolah kan dia nanti. "

Hani diam. Dalam panjang lebar kata kata mama tadi ada betulnya juga. Aku ni suka sangat fikir yang bukan bukan. Mana Hani Antasya yang dulu. Yang selalu confident dengan diri sendiri. Yang selalu bersemangat dan tak kenal erti mengalah?

Aku kena..

" Haniiiiiiiiii..."

"Oh mak..."

Dek jeritan yang agak kuat bergema di bahagian garaj kereta, Hani tanpa sengaja tersalah pusing dan dia akhirnya  jatuh ke dalam kolam ikan.

"Berdebushhhhh.."

Kuat kocakan air kolam yang tercipta di sebabkan terjunan tanpa sengaja oleh Hani. Bertempiaran ikan ikan koi lari ketakutan.

"Haniiii.."

Kali ini Puan Maria juga menjerit sama. Terperanjat dengan si anak yang basah kuyup di dalam kolam ikan. Kolam tu tak ada lah dalam sangat, tetapi melihatkan gaya Hani yang jatuh terduduk itu boleh tahan juga basahnya.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now