Bab 36

3.7K 137 28
                                    

Wajah tanpa riak itu dia pandang dari hujung mata. Nak pandang lebih lebih dia bimbang hati sendiri akan buat hal. Hujung bibir di gigit perlahan. Cuba menghilangkan rasa debar dalam dada.

Sempat dia jeling pada wajah yang lain. Mia mahupun Rayyan semuanya hanya berdiam diri.

Hai, kalau ini lah suasana lunch nya. Baik aku makan kat rumah je. Boleh borak borak dengan mama. Cubit pipi gebu Haifa. Ada jugak faedahnya.

Hani mengeluh perlahan. Bosan..

"Aku ke tandas jap."

Hilman tolak kerusi yang di duduki nya ke belakang sedikit sebelum bangun berdiri dan berjalan pergi.

"Fuh! Lega..."

Rayyan hembus nafas kuat kuat dan bersandar pada kerusi di belakangnya. Tangan di bawa mengurut dada.

"Kenapa kau ajak dia?"

Mata Hani membuntang geram. Meskipun dia nak berbaik baik dengan Hilman tetapi bukan lah dalam masa diri nya belum bersedia. Matanya di larikan ke sekeliling restoran. Bimbang Hilman kembali secara tiba tiba.

"Eh, mana aku tahu. Aku nak turun lift tadi dia muncul tiba tiba je. Tang tu jugak dia cakap nak keluar sama."

Hani pandang dengan wajah Rayyan dengan tak berpuas hati. Geram..

"Ni mesti kau saja nak dajjal kan aku kan. Sengaja ajak datang office lepas tu nak bagi Hilman ikut sama. Lepas tu buat aku rasa malu macam ni. Dah lah kena pandang muka dia..."

"Muka apa? Kenapa dengan muka aku?"

Hani telan air liur. Berpasir!

Dia angkat muka memandang Hilman yang berdiri di belakang Rayyan. Itu lah Hani cakap tak pandang kiri kanan lagi.

Lagipun bukan dia tahu yang Hilman akan datang sekejap je.

"Aaa.. Abang.. Hani.. Tak.. Hani.."

Senyuman sinis terlakar pada bibir Hilman. Renungan mata nan kosong namun terlihat tajam tepat memanah ke mata Hani.

"Kau kalau tak suka nak tengok muka aku cakap. Menyampah dengan aku pun cakap. Tak perlu nak sembang belakang."

Terbangun Hani serta merta dari kerusinya.

"Abang, Hani tak bermaksud macam tu. Hani.. Just.."

"Hani!"

Aduhai siapa pulak yang seru nama aku ni. Tak nampak ke orang tengah gawat ni. Hani paling kan wajah memandang ke arah suara yang memanggil namanya itu. Rasa macam pernah dengar.

Hampir melopong mulut dia dengan gerangan yang muncul secara tiba tiba.

Sekali lagi masalah datang. Dengan Hilman pun belum selesai lagi bahkan bertambah huru hara dan sekarang datang pula yang lain.

Zairel hampir kepada Hani. Dia tahu belakang siapa yang berdiri setentang dengan Hani itu. Senyuman sinis terlakar pada bibirnya.

Hilman...

Tapi yang lebih menarik hati nya ialah Hani.

"Za.. Zairel.. Kau.. Kat sini?"

Hani senyum nipis. Sempat dia pandang wajah milik Hilman. Terus mati semula senyuman nya. Mata itu tajam menikam dirinya. Jikakalau dia boleh mati dengan pandangan berbisa tu, dari tadi lagi dia dah start nazak. Dan sekarang terus arwah.

Hilman pusing ke belakang. Memandang tepat pada 'lawannya'.

"Ye, aku baru sampai semalam. Ni datang nak lunch kat sini. Kau pun ada Hilman."

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now